BUSANA TRADISIONAL SUKU KENYAH, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

17

Jumlah Pelawat

17

Pengenalan dan sejarah

Kenyah adalah salah satu suku orang asal yang mendiami kawasan pedalaman Daerah-Daerah Baram dan Belaga di Sarawak. Mengikut sejarah, masyarakat Kenyah berasal dari dataran tinggi Usun Apau sekitar 1400 masihi. Suku ini mula berpecah kepada suku-suku kecil sekitar 1400-1600 masihi iaitu, antaranya, Kenyah-Kenyah Badeng, Jambok, Lepo’ Tau, Lepo’ Maut, Uma’ Bakah, Lebu’ Kulit, dan Sambop. Setiap pecahan suku ini juga memiliki perbezaan penggunaan bahasa. 

Pemerintah Rajah James Brooke memecahkan lagi suku Kenyah sehingga ada yang masih kekal tinggal di kawasan dataran tinggi Usun Apau, ada yang tinggal di Hulu Batang Baram, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang. 

Suku Kenyah dikenali sebagai pakar dalam seni kraftangan khas dan mempunyai busana tradisional yang sangat unik, serta memiliki corak pakaian yang berbeza mengikut sub-suku. Busana tradisi yang direka oleh mereka ini dianggap sebagai status sosial mereka. 

Setelah suku Kenyah ini melalui pelbagai rintangan untuk mengekalkan suku mereka di Sarawak, akhirnya mereka berjaya keluar daripada kemelut politik pecah dan perintah dan kini hidup mereka aman damai. Meskipun begitu, perpecahan suku menyebabkan mereka masing-masing memiliki latar belakang, pakaian tradisi, ekonomi dan bahasa yang berbeza mengikut sub-suku. Namun, mereka masih termasuk dalam rumpun suku Kenyah yang sama.

Masyarakat Kenyah sangat berbakat dalam bidang seni. Pada pakaian tradisional mereka terdapat banyak corak dan warna yang menarik. Di perkampungan suku ini juga terdapat pelbagai lukisan motif Kenyah pada dinding, terutamanya di rumah ketua kampung tersergam indah lukisan orang Kenyah yang dijadikan sebagai hiasan tradisi. Mereka juga penanam padi huma yang sangat aktif sejak berabad lamanya.

Fungsi dan Peranan

Busana Lelaki:

  • Besundung: Baju perang yang kebiasaannya diperbuat daripada kulit binatang seperti beruang, kancil, harimau dan kambing. Baju ini untuk melindungi diri daripada diserang musuh apabila berlaku peperangan, juga dipakai ketika upacara adat dan persembahan.

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

  • Bluko: Topi pelindung yang biasanya diperbuat daripada rotan yang kuat dan tahan lenturan, dihiasi taring harimau.

  • Ganjar: Kain menutupi bahagian punggung dan kaki sekaligus menjadi alas duduk.

  • Boka Un: Perhiasan bahagian tangan, melambangkan perahu kerana kawasan kediaman suku ini perlu melalui air dengan menggunakan perahu.


Busana Wanita:

  • Sapai: Set lengkap terdiri daripada ta’a sapai dan ta’a keluma dengan corak dan motif yang berbeza. Terdapat juga beberapa pilihan motif seperti kelunan, lenjau dan temengang.

  • Tapung: Perhiasaan kepala dalam pelbagai jenis iaitu tapung ino’sip, tapung puk/beluko, tapung ucuk dan tapung da’a.

  • Ino Bengen: Hiasan manik bulat yang dijadikan kalung perhiasan.

  • Gelam: Gelang tangan. Terdapat beberapa jenis seperti gelam lengen/leku’ dan gelam ino’sip.

  • Belaung: Anting-anting panjang untuk  wanita dan lelaki.

  • Beteng: Tali pinggang diperbuat daripada manik dan batu berwarna-warni.

  • Uleng: Rantai kalung  untuk wanita dan lelaki, diperbuat daripada manik dan batu berwarna-warni.

  • Belanayat: Aksesori sebagai pelengkap.

Sumber Rujukan

Kenyah People. (n.d.). Encyclopedia Britannica. Retrieved October 26, 2021, from https://www.britannica.com/topic/Kenyah

Lepau Kenyah: Pakaian Tradisional Kenyah (1). (n.d.). Lepau Kenyah. Retrieved October 26, 2021, from http://demabetuen.blogspot.com/2017/02/pakaian-tradisional-kenyah-1.html

Project, J. (n.d.). Kenyah, Kelinyau in Malaysia. Joshuaproject.net. Retrieved October 26, 2021, from https://joshuaproject.net/people_groups/12622/MY

Tan, A. -. (n.d.). Rustani: Corak Khas Pakaian Adat Suku Dayak Kenyah. Rustani. Retrieved October 26, 2021, from https://rrustani.blogspot.com/2016/08/corak-khas-pakaian-adat-suku-dayak.html

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!