Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KEBAYA LABUH NYONYA
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
17
Pengenalan dan sejarah
Baju Kebaya Labuh Nyonya di Melaka disebut juga sebagai Baju Panjang atau Baju Belah Panjang. Fabrik ialah kain kasa jarang. Justeru, terdapat anak baju berwarna putih, berkolar tinggi dan berhias renda dipakai di bahagian dalam kebaya ini. Lazimnya dipakai oleh kaum Nyonya Peranakan juga kaum Chetti, dipadankan dengan kain batik atau kain corak pelikat.
Busana ini masih dipakai hari ini oleh para nyonya yang berumur ketika menghadiri upacara perkahwinan tradisi dan keraian, juga sebagai kostum untuk seni persembahan.
Perhiasan kepala terdiri daripada cucuk sanggul dan sikat yang diperbuat daripada emas atau perak. Sehelai saputangan besar digayakan di atas bahu.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Nur Al-Farani binti Rosli
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka
Kompleks JKKN Melaka
Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh,
75450 MELAKA
06 - 763 6308
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

-




