BUSANA TRADISIONAL SUKU PENAN, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

10

Jumlah Pelawat

10

Pengenalan dan sejarah

Orang Penan lemah lembut dan pemalu, berbeza dengan imej primitif dan tidak bersopan di mata orang lain. Mereka adalah satu-satunya suku yang tidak pernah mengamalkan pemburuan kepala di Sarawak. Mereka mengelak daripada konflik dan menggunakan rundingan jika terdapat salah faham. 

Mengikut sejarah, suku Penan hidup secara nomad di hutan. Namun, kini ramai mendiami penempatan tetap seperti di Lusong Laku, Belaga. Dengan perubahan cara hidup ini suku Penan mula bersosial dan hidup bermasyarakat. 

Sehingga hari ini terdapat sebilangan kecil orang Penan yang masih lagi berkaki ayam di hutan. Tiada masyarakat Penan yang diketahui pernah berbogel sama sekali. Hanya orang-orang tua yang masih mengekalkan pakaian tradisional iaitu cawat, ikat kaki dan pergelangan tangan serta lubang besar di cuping telinga. Ramai juga yang memakai baju-T, kemeja, seluar dan seluar pendek. 

Setakat ini belum ada lagi busana suku Penan di Belaga didokumentasikan secara rasmi. Kebanyakan yang dipakai dipengaruhi oleh dan terasimilasi dengan busana suku lain yang tinggal di sekitar Belaga, seperti Kayan dan Kenyah. Namun, suku Penan sudah mula mencari identiti mereka sendiri agar tidak disamakan dengan suku Kayan dan Kenyah.

Selain menjaga keluarga, aktiviti sampingan wanita Penan ialah menghasilkan kraftangan daripada rotan. Kraftangan mereka terkenal kerana anyaman yang begitu halus dan rumit.

Fungsi dan Peranan

Busana Lelaki:

Busana lelaki Penan Belaga adalah ringkas. Dari dahulu lagi mereka mengutamakan tanggungjawab mencari sumber makanan di hutan untuk keluarga. Justeru, mereka tidak mementingkan busana yang dipakai, cukup sekadar cawat dan peralatan memburu di hutan. 

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Kebanyakan lelaki Penan memakai cawat yang secara tradisinya diperbuat daripada kulit kayu. Namun, hari ini ia diperbuat daripada kain kapas. Bahan ini diperoleh melalui perdagangan dengan suku lain seperti Kayan, Kenyah dan Kelabit, serta pedagang Melayu dan Cina pesisir pantai. 

Busana lelaki Penan Belaga adalah ringkas. Dari dahulu lagi mereka mengutamakan tanggungjawab mencari sumber makanan di hutan untuk keluarga. Justeru, mereka tidak mementingkan busana yang dipakai, cukup sekadar cawat dan peralatan memburu di hutan. 


Busana Wanita:

Asalnya, wanita Penan hanya mengenakan kain sarung untuk menutup badan dari pinggang ke bawah. Mereka di Belaga, khasnya di Lusong Laku, mula belajar bersosial setelah hidup di penempatan kekal. Mereka juga mula mencari identiti dan menghasilkan busana mereka.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!