Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : 423
TARIAN REJANG BE'UH
Rejang Be'uh adalah tarian etnik Bidayuh yang biasanya ditarikan selepas musim menuai merupakan sebuah ekspresi kegembiraan dan keraian serta hiburan komunal untuk tetamu rumah panjang. Tarian ini mengisahkan wira Bidayuh bernama Madu Ujong yang diperintahkan oleh Raja Bintang untuk berjuang dengan burung legenda langit dikenali sebagai Tingkilang Raman. Kejayaannya menentang burung legenda tersebut akan membolehkannya layak untuk berkahwin dengan anak perempuan raja bernama Dara Buda.
- 0
- 3064
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA PERANAKAN DI PULAU PINANG
Kaum Peranakan yang turut dikenali sebagai Cina Peranakan atau Baba Nyonya ini mula membina keturunan etniknya sejak zaman Melayu Melaka lagi, apabila para pedagang Cina (lelaki) berkahwin dengan (wanita) Melayu tempatan atau mengahwini gadis berketurunan Jawa. Kemudian, keturunan ini mula berkembang-biak di Negeri-Negeri Selat usai kedatangan British, menyebabkan sehingga kini, populasi Cina Peranakan ramai di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Golongan lelaki yang merupakan induk perkahwinan campur sehingga terbina Kaum Peranakan ini kebanyakannya berasal daripada kaum Han yang merantau ke Selat Melaka kerana berdagang dan akhirnya berasimilasi dengan budaya Melayu menerusi perkahwinan yang dibina bersama wanita tempatan. Kerana itulah daripada segi pakaian adat, wanita berketurunan Cina Peranakan atau Baba Nyonya ini memakai Kebaya Nyonya, iaitu kebaya pendek (budaya Melayu) yang dipadankan dengan kain batik bermotif haiwan dan tumbuh-tumbuhan (campuran Melayu dan Cina). Golongan lelaki pula masih mengekalkan pakaian tradisi Cina. Daripada sudut makanan pula, kuih-kuih tradisi masyarakat Cina Peranakan amat unik. Kuih yang disebut ‘kueh’, antaranya kuih bakul, kuih rotan, kuih chang dan pelbagai lagi diisi dalam ‘siah’ (mangkuk tingkat), amat dekat dengan tradisi Cina, manakala bagi makanan berat pula, masakan mereka lebih dekat dengan masyarakat Melayu, seperti asam pedas, laksa, kari nyonya dan pelbagai lagi persamaan yang lain.
Negeri Melaka masih mengekalkan nama asal, Peranakan, sementelah di Pulau Pinang, Cina Peranakan lebih terkenal sebagai Baba Nyonya. Istilah Baba Nyonya ini mula digunakan apabila induk (ibu bapa) Cina Peranakan ini memiliki anak yang digelar baba kepada anak lelaki dan nyonya kepada anak perempuan. Daripada panggilan inilah maka terlahir gelaran Baba Nyonya bagi kaum Cina Peranakan di Pulau Pinang. Meskipun adat resam Melayu kuat dalam kalangan Cina Peranakan, namun daripada segi agama, majoritinya tidak beragama Islam. Golongan ini menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, dan amat menyukai joget lambak, kerana pada zaman penjajahan di Tanah Melayu, golongan Cina Peranakan merupakan golongan terhormat yang selalu diundang meraikan temasya bersama British dan Portugis. Mereka turut dipanggil sebagai ‘King’s Chinese’ kerana keistimewaan yang dimiliki pada zaman kolonialisme. Disebabkan golongan Cina Peranakan ini terhormat jugalah, maka mereka mampu bertutur pelbagai bahasa sebagai bahasa utama, antaranya Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan baik.
Majlis perkahwinan Cina Peranakan banyak mengetengahkan tradisi warisan kaum Cina yang berwarna-warni, dengan suntikan adat istiadat masyarakat Melayu. Antaranya termasuklah penggunaan tepak sirih yang melambangkan kesucian pengantin wanita, serta mas kahwin yang perlu diserahkan kepada ibu bapa pengantin wanita sebagai tanda penghargaan atas kesuciannya yang dijaga rapi. Turut menjadi adat ialah pertukaran cincin kedua-dua mempelai, pemberian hadiah atau hantaran serta adat menabur bunga rampai dan memperasapkan setanggi.
Majlis mesti diserikan dengan lagu Dondang Sayang dan pantun-pantun indah dalam Bahasa Melayu. Kadangkala, majlis dimeriahkan dengan berlawan pantun dan sekatan tol oleh Mak Andam, sebelum pengantin lelaki boleh ke pelaminan untuk berganding bersama isterinya. Dalam temasya atau istiadat perkahwinan Cina Peranakan, orang ramai mesti turut diraikan. Tuan rumah akan mempersilakan hadirin untuk berjoget lambak atau menari tarian kipas, tarian sapu tangan, tarian mangkuk, tarian buah oren dan pelbagai lagi tarian menarik dan unik.
Masyarakat Baba Nyonya atau Cina Peranakan tidak terlepas daripada ketertiban budaya yang mengelakkan lelaki dan wanita berhubungan sebelum berkahwin. Pengantin lelaki dan wanita tidak boleh bertemu selagi tidak melalui upacara ‘Chim Pang’. Upacara ini merupakan upacara pertemuan sebelum hari perkahwinan. Ibu bapa kedua-dua pengantin perlu menghidupkan lilin di meja, lalu pengantin akan duduk berhadapan, seperti dipertemukan buat kali pertama.
Suatu perkara menarik tentang istiadat atau adat resam Cina Peranakan ini ialah, pada hari ke-12 (terakhir) temasya, hidangan wajib ialah nasi lemak. Seorang tukang masak akan dilantik sebagai ‘Bibi Nasi Lemak’ bagi memastikan nasi yang dimasak betul-betul lazat. Inilah temasya terakhir melibatkan orang ramai, sebelum upacara Che Umm berlangsung, iaitu upacara makan beradab pengantin bersama ibu dan bapa mentua, sebagai tanda terbinanya keluarga baharu.
- 1
- 8431
GENDANG SILAT
Gendang silat adalah antara alat muzik tradisional yang ada di negeri Perak. Alat muzik ini amat sinonim dengan kebudayaan masyarakat malayu yang masih dimainkan sehingga ke hari ini. Lazimnya, paluan gendang silat dimainkan untuk mengiringi persembahan seni silat dengan tujuan menaikkan semangat pesilat. Selain memberikan irama yang memukau, bunyi audiotori gendang silat ini turut berfungsi sebagai sumber keyakinan bagi pesilat, sama ada dalam pertarungan mahupun persembahan silat. Irama yang dihasilkan tidak hanya mengasyikkan, tetapi juga mencipta suasana dinamik yang selaras dengan pergerakan dan tenaga pesilat. Gendang ini turut dimainkan bersama-sama beduk, gedombak, geduk, jidur, kompang dan beberapa peralatan lain bagi menghasilkan irama khusus dalam pergendangan melayu.
- 7
- 3372
ADAT RESAM DAN BUDAYA SEBELUM PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA: UPACARA MEMINANG
Dalam masyarakat Cina, perkahwinan dianggap sebagai satu titik permulaan yang penting dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan salah satu aspek utama dalam memperkukuhkan serta mengekalkan institusi keluarga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keturunan dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Perkataan perkahwinan dalam bahasa Cina ialah 婚姻 (pinyin: hūn yīn). Pada asalnya, perkahwinan tradisional Cina sering diatur oleh keluarga yang berminat untuk menggabungkan hubungan.
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan dianggap sebagai perkara yang sangat penting kerana ia melibatkan penyatuan dua keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat. Menurut tradisi budaya Cina, perkahwinan antara dua individu dengan nama keluarga yang sama dianggap sebagai inses. Dari sudut pandang keluarga yang berpegang kepada ajaran Konfusianisme, perkahwinan menghubungkan keluarga-keluarga yang memiliki nama keluarga berbeza serta memastikan kesinambungan keturunan klan bapa. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan memberi kesan kepada seluruh keluarga, bukan hanya kepada pasangan yang terlibat. Dari perspektif sosial, suami isteri dilihat sebagai unit asas masyarakat Cina.
Struktur adat resam sebelum perkahwinan di dalam masyarakat Cina adalah
Adat Merisik
Upacara Meminang
Adat Pertunangan
- 0
- 2008
ADAT POTONG JAMBUL
Adat "Potong Jambul" merupakan tradisi dalam masyarakat Melayu di Johor yang menandakan peralihan penting dalam kehidupan seorang bayi. Upacara ini biasanya diadakan selepas 40 hari bayi dilahirkan, selaras dengan tamatnya tempoh berpantang bagi si ibu, atau pada hari ketujuh selepas kelahiran bergantung kepada adat setempat. Dalam majlis ini, saudara mara dan jiran tetangga diundang untuk menghadiri doa selamat dan bacaan berzanji secara beramai-ramai. Selesai berzanji, bayi dibawa keluar ke ruang tamu untuk menjalani upacara potong jambul.
- 0
- 2382
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG SUNGAI DI PITAS - ADAT KEMATIAN
Kaum Orang Sungai yang menetap di Pitas merupakan salah satu daripada 30 subetnik Orang Sungai di negeri Sabah. Komuniti ini tinggal di daerah Pitas bersama-sama dengan beberapa kumpulan etnik lain, khususnya etnik Rungus. Majoriti masyarakat Orang Sungai di Pitas menganut agama Islam, namun terdapat juga sebahagian kecil yang beragama Kristian, khususnya dalam kalangan sub-suku Tambanuo. Sama seperti sub-suku lain seperti Buludupi, Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Dewara, Dumpas, Inokang, Kuamut, Lingkabau, Mangkaak, dan Paitan, masyarakat ini memiliki struktur adat resam, budaya, kepercayaan, serta pantang larang yang unik. Mereka juga mengalami proses akulturasi dan asimilasi budaya yang dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, terutamanya dalam adat berkaitan kematian. Struktur adat dan budaya ini mencerminkan identiti serta warisan tradisi yang masih diamalkan oleh komuniti Orang Sungai di Pitas.
- 3
- 2601
ORKESTRA TRADISIONAL CINA TEO CHEW
Orkestra Tradisional Cina Teo Chew (atau Teochew dalam ejaan lain) adalah salah satu bentuk orkestra tradisional yang berasal dari kumpulan etnik Teochew (Chaozhou) di wilayah selatan China, terutamanya di wilayah Guangdong, serta kawasan-kawasan sekitar di Asia Tenggara. Orkestra ini memainkan muzik tradisional Teochew yang kaya dengan melodi, irama, dan alat muzik khas yang mencerminkan budaya masyarakat Teochew.
1. Asal Usul dan Sejarah
Kumpulan Etnik Teochew: Kumpulan etnik Teochew adalah sebahagian daripada kumpulan Han Cina dan berasal dari kawasan Chaozhou di wilayah Guangdong, selatan China. Mereka mempunyai bahasa, adat, dan muzik yang tersendiri.
Pengaruh Muzik Teochew: Muzik Teochew telah berkembang dengan pengaruh dari muzik tradisional Cina secara keseluruhan, tetapi dengan ciri-ciri yang unik. Asal-usul orkestra Teochew dipercayai bermula sekitar dinasti Tang dan berkembang pesat pada dinasti Ming dan Qing. Di kawasan Chaozhou, muzik ini digunakan dalam pelbagai majlis sosial, keagamaan, dan perayaan.
Penyebaran ke Asia Tenggara: Pada abad ke-19 dan ke-20, ramai orang Teochew berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia. Mereka membawa bersama tradisi muzik mereka, termasuk orkestra Teochew. Di Malaysia dan Singapura, orkestra ini terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada budaya Cina tempatan.
- 0
- 2030
ADAT BAPUKONG (BERPUKONG)
Pada masa dahulu, Bapukong merupakan adat unik masyarakat berketurunan Banjar untuk menidurkan bayi yang berusia dalam lingkungan lima bulan hingga setahun. Adat ini dilakukan sebagai salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan selesa.<o:p></o:p>
- 16
- 2092
TARIAN JOGET JOHORE SPORTS CLUB
"Joget Johore Sports Club" ialah salah satu lagu yang mengiringi tarian joget, sejenis tarian tradisional Melayu yang popular di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian joget dipercayai berasal daripada tarian Portugis, Branyo, yang diperkenalkan semasa era penjajahan Portugis di Melaka. Sejak itu, joget telah berkembang dan menjadi sebahagian penting dalam budaya Melayu, dengan pelbagai lagu seperti "Joget Johore Sports Club" dicipta untuk mengiringi tarian ini.
Tarian ini mula dipersembah semasa Majlis Santapan Keraian DiRaja Johor, yang menggunakan lagu ghazal Johor berentak joget berjudul Johore Sport Club ciptaan “Bapa Ghazal Johor” iaitu Allahyarham Tuan Hj. Musa bin Yusuff @ Pak Lomak.
Awalnya tarian ini tidak mempunyai ragam khusus kerana ia ditarikan secara spontan seperti joget lambak. Pergerakannya mengikut rentak dan tempo lagu muzik yang dimainkan. Ragam tarinya adalah ragam asas joget, serampang, kunang-kunang mabuk dan diakhiri dengan terancang. Gerak tarinya memperlihatkan kelembutan dan kesantunan yang sinonim dengan masyarakat Melayu.
- 2
- 2159
MASAK LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI
Negeri Sembilan, juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus, adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Masyarakat Negeri Sembilan berasal daripada suku Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia, yang mula berhijrah ke sini sejak abad ke-14. Kumpulan masyarakat ini kemudiannya menetap di sembilan kawasan seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat, dan Pasir Besar, lalu membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.
Dari segi masakan tradisional, Negeri Sembilan terkenal dengan hidangan Gulai Lemak Cili Api atau juga dikenali sebagai "masak lomak lado api." Hidangan ini menjadi lambang masakan tradisional Melayu Negeri Sembilan dan berasal daripada pengaruh Minangkabau. Ia sering disediakan menggunakan bahan seperti ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran, dan daging salai. Justeru Gulai Lemak Cili Api ikan keli salai sangat digemari kerana rasanya yang kaya dan pedas, menjadikannya salah satu makanan ikonik di negeri ini.
- 0
- 2114
TARIAN PIRING
Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan telah membawa bersama mereka warisan budaya, termasuk seni tradisional seperti Tarian Piring. Dalam budaya Minangkabau, tarian ini juga dikenali sebagai Tari Piring dan merupakan seni tari milik masyarakat Minangkabau yang masih dipraktikkan oleh penduduk Negeri Sembilan. Tarian Piring ini dipercayai telah dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat sewaktu mereka berpindah ke Negeri Sembilan.
Sejak itu, Tarian Piring telah diterima sebagai sebahagian daripada adat istiadat, khususnya dalam majlis perkahwinan yang melibatkan acara pertandingan dan persandingan dalam masyarakat Negeri Sembilan. Tarian ini memainkan peranan penting dalam tradisi perkahwinan Melayu di Negeri Sembilan. Bagi memastikan kelangsungan warisan ini, Tarian Piring telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2015.
- 0
- 3247
HALWA MASKAT
- 47
- 2171