Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : 423

Susunan :

NASI DAGANG

Makanan Tradisional

Pada masa dahulu di Pantai Timur, ramai nelayan membawa bekal Nasi Dagang untuk turun ke laut kerana ia mengenyangkan, tahan lama dan enak dimakan pada bila-bila masa. Nasi yang dimasak dengan santan dan dimakan dengan kuah gulai ikan ini bertujuan untuk memberi tenaga kepada nelayan yang bekerja di bawah terik matahari dalam jangka masa yang panjang.

Nasi Dagang adalah hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu. Sejak tahun 2009, Nasi Dagang telah tersenarai sebagai salah satu daripada hidangan tradisional yang menjadi makanan warisan kebangsaan. Kebiasaannya, Nasi Dagang diperbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut serta dimasak bersama santan kelapa (dikukus). Ia dihidangkan bersama kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ialah ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar dan dipotong-potong. Selain itu, acar timun juga disediakan. Pada hari biasa, Nasi Dagang Terengganu menjadi hidangan sarapan pagi bagi masyarakat Terengganu dan juga hidangan istimewa bagi acara-acara tertentu. Mengikut cara tradisi, Nasi Dagang dibungkus menggunakan daun pisang yang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi. <o:p></o:p>

• 36
• 5460

TARIAN LILIBU

Seni Persembahan >Tarian

Lilibu adalah salah satu daripada tarian tradisional masyarakat etnik Bisaya yang kebanyakannya menetap di daerah Beaufort Sabah. ‘Lilibu’ membawa maksud ‘Nyiru’ iaitu alat yang digunakan untuk menampi padi atau beras. Nama ini diambil kerana ia diilhamkan daripada amalan ‘Muncang’ iaitu kegiatan penanaman padi yang dilakukan secara beramai-ramai oleh penduduk kampung sehingga aktiviti menuai dan menumbuk padi menjadi beras. Kemeriahan musim menuai padi dipaparkan dalam tarian ini dengan aktiviti menuai padi dilakukan secara kerjasama sambil ‘Badaup’ (menyanyi), iaitu mendendangkan lagu puji-pujian ke atas semangat padi dan bagi menzahirkan kesyukuran kerana padi yang ditanam membuahkan hasil. Kaum lelaki secara beramai-beramai melakukan proses menumbuk padi di dalam lesung tumbukan menggunakan batang penumbuk yang dikenali sebagai ‘Batang Alu-Alu’. Hentakan ini menghasilkan irama bunyi yang dipanggil ‘Mengalang’. Sementara wanita pula secara kolektif melakukan aktiviti menampi padi untuk membuang hampasnya menjadi beras.

• 1

• 2629

TARIAN WAYANG KULIT PURWO

Seni Persembahan >Tarian

Wayang Kulit Purwo, juga dikenali sebagai Wayang Kulit Jawa, merupakan salah satu bentuk teater bayangan tradisional yang berasal dari Jawa dan dibawa ke Malaysia oleh komuniti Jawa yang berhijrah ke negara ini. Persembahan ini menggunakan patung-patung kulit yang diukir halus untuk menggambarkan watak-watak dari epik Hindu seperti Mahabharata dan Ramayana, serta cerita-cerita Panji.

Wayang Kulit Purwo dipercayai berasal dari Jawa, Indonesia, dan telah wujud sejak 1500 tahun Sebelum Masihi. Ia dicipta oleh nenek moyang suku Jawa untuk tujuan ritual tertentu. Di Malaysia, Wayang Kulit Purwo diperkenalkan oleh komuniti Jawa yang berhijrah ke negeri-negeri seperti Johor dan Selangor. Persembahan ini mengekalkan banyak elemen tradisional Jawa, termasuk bahasa dan muzik gamelan.

• 2

• 2307

KUIH BUNGA PUDAK

Makanan Tradisional

Kuih Bunga Pudak adalah kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular di Jitra, Kedah dan juga hidangan istimewa di sana. Sajian ini dinamakan sedemikian sempena warna bunga pokok Pudak. Kuih Bunga Pudak adalah salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Kedah, yang bukan sahaja disukai kerana keenakan rasanya tetapi juga kerana keunikan bentuk dan cara penyediaannya.

• 1
• 3349

BONGAI

Seni Persembahan >Muzik

Asal usul perkataan "Bongai" mempunyai beberapa tafsiran yang menarik. Secara asasnya, nama Bongai ini dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu "bong" dan "aye." Dalam konteks ini, "bong" membawa maksud seseorang yang dihormati, manakala "aye" bermakna "saya." Walaupun pelbagai pandangan wujud tentang asal perkataan ini, perkara yang lebih utama ialah keunikan seni persembahan Bongai itu sendiri. Bongai telah diterima sebagai identiti lagu rakyat di Negeri Sembilan kerana keindahan dan keunikannya. Berbeza daripada nyanyian rakyat lain, persembahan Bongai biasanya dilakukan di tempat khas untuk menonjolkan keistimewaannya agar dapat dilihat dengan lebih menarik.

Bongai merupakan satu bentuk seni yang cukup dikenali dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan dan dianggap sebagai lagu tradisional. Ia setaraf dengan “Dondang Sayang” di Melaka dan “Ghazal” di Johor. Secara ringkas, "berbongai" merujuk kepada kegiatan berbalas pantun yang dinyanyikan dalam bentuk lagu oleh para pelakonnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang boleh dinyanyikan secara solo, berduet, atau beramai-ramai. Walau bagaimanapun, dalam persembahan, hanya satu individu boleh menyanyi atau mengusik ketika pasangan atau lawannya sedang menyanyi.

• 1

• 2411

ADAT BAPUKUNG ATAU PASUNG

Adat Resam

Adat "Bapukung" atau "Pasung" merupakan tradisi unik masyarakat Banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia, dan telah diamalkan oleh komuniti Banjar di Johor. Tradisi ini sering dikaitkan dengan majlis cukur jambul dan dilakukan sebagai cara untuk menenangkan bayi, memberikan rasa selesa, dan membantu mereka tidur lebih lama. Dalam amalan ini, bayi ditempatkan di buaian kecil yang diperbuat daripada kain batik dan diletakkan dalam posisi duduk dengan badannya dibalut dan diikat menggunakan kain batik.

Uniknya, walaupun bayi kelihatan seperti dalam keadaan terikat, posisi ini dipercayai memberikan rasa selesa seakan-akan mereka didakap erat, menyerupai perasaan ketika berada dalam rahim ibu. Adat ini dilakukan dalam pondok kecil yang memuatkan buaian dan melibatkan bacaan doa serta selawat untuk memulai upacara. Tradisi ini memperlihatkan adaptasi nilai budaya masyarakat Banjar terhadap penjagaan bayi, menjadikannya simbolik kehangatan kasih sayang keluarga.

• 0

• 2091

TARIAN SI TUBAU

Seni Persembahan >Tarian

Si Tubau adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Iranun di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran. Nama tarian ini diambil daripada istilah “Tubau” yang bermaksud “kain tenun” iaitu sebuah hasil seni tekstil yang menjadi kebanggaan etnik Iranun. Kain tenun ini dihasilkan untuk menjadi baju, skirt, tuala, selendang dan seluar. “Si Tubau” pula secara khusus merujuk kepada “Si Tukang Tenun”, iaitu individu yang mahir dalam seni menenun kain tradisional ini. Disebabkan itu, kebanyakan pergerakan dalam tarian ini mempamerkan gerak-gerak seperti seseorang yang sedang menenun kain.

• 1

• 2535

TARIAN NOPENG KINEK

Seni Persembahan >Tarian

Nopeng Kinek merupakan tarian kreasi baru yang diilhamkan daripada kesenian Gendang Melayu Sarawak. Muzik Gendang Melayu Sarawak mempunyai elemen tandak/nopeng dan gendang serta pantun/mukun. Ia sering dipersembah semasa majlis keramaian atau perkahwinan, seterusnya mencetuskan ilham bagi penciptaan Tarian Nopeng Kinek.

Dalam persembahan Gendang Melayu Sarawak, para penari terdiri daripada kaum lelaki manakala wanita pula bertindak sebagai pemain gendang atau seh gendang yang bermain gendang di sebalik tirai.  Daripada aspek istilah, ‘penopeng’ bermaksud penari. Terdapat sumber menceritakan bahawa sesekali penari lelaki ingin mencuri pandang seh gendang di sebalik tirai. Tetapi disebabkan perasaan malu, maka penari lelaki ini akan menutup mukanya dengan kain pelikat seolah-olah memakai topeng. Lama-kelamaan, perlakuan ini menjadi kebiasaan sehingga penari lelaki ini digelar ‘penopeng’ manakala Nopeng bermaksud kegiatan yang sedang dilakukan iaitu menari atau bertandak.

Elemen kreasi baharu telah dibawa masuk dalam penciptaan gerak dan lagu Nopeng Kinek, bagi menarik perhatian anak-anak muda untuk menghargainya.

• 10
• 3549

UBI TELAMPONG/KEBABAN

Makanan Tradisional

Ubi Telampong merupakan salah satu makanan warisan tradisional negeri Kedah, khususnya di daerah Jitra, Kubang Pasu, Jerlun dan Bukit Kayu Hitam. Makanan ini menggunakan bahan utama yang mudah diperoleh dalam kalangan masyarakat kampung, iaitu ubi kayu dan air tebu. Keunikan Ubi Telampong terletak pada kaedah memasaknya yang memerlukan ubi kayu dimasak bersama air tebu selama lima hingga lapan jam secara berterusan, menggunakan api daripada kayu bakar.

Antara peralatan tradisional yang digunakan termasuk kawah besar, kayu api, sodet kayu (sodek), dan kelongsong jut yang diperbuat daripada daun bemban, anak rotan, atau nyiru buluh. Sekiranya menggunakan kelongsong daripada daun bemban, ia perlu direndam terlebih dahulu di dalam air untuk mengelakkan daun menjadi kering dan bergulung (peleot) semasa digunakan.

Ubi kayu yang telah dikupas pula perlu segera direndam dalam air bagi mengelakkan ia 'masuk angin' yang boleh menjejaskan kualiti rasa. Proses memasak Ubi Telampong memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi, kerana bukan sahaja ia mengambil masa berjam-jam, malah tukang masak perlu bertahan dengan asap kayu api yang pedih di mata.

Semasa proses memasak yang panjang ini, air tebu akan mereneh dan menjadi nisan tebu yang pekat, yang akan menyerap masuk ke dalam ubi dan menghasilkan rasa manis semula jadi yang unik. Untuk menambahkan aroma yang harum, kayu bakar yang digunakan tidak terhad kepada kayu getah sahaja, tetapi juga boleh menggunakan kayu manggis, yang menghasilkan bau wangi semasa pembakaran. Kayu rambutan pula sering digunakan untuk mengekalkan bara api yang tahan lama, menjadikan proses memasak lebih stabil.

Secara keseluruhannya, Ubi Telampong bukan sekadar kulinari tradisional bagi masyarakat orang Kedah, tetapi juga lambang identiti budaya agraria, kearifan tempatan, dan keindahan warisan kulinari masyarakat Kedah yang patut dilestarikan.

• 4
• 4345

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM IBAN: ADAT KEMATIAN

Adat Resam

Dalam masyarakat Iban, upacara kematian dan pengebumian akan melibatkan pelbagai pantang larang dan tatacara khusus dan unik untuk dilaksanakan. Setiap sesuatu pantang larang dan tatacara tersebut perlu diikuti dan dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini penting bagi menghormati si mati agar rohnya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga percaya bahawa jika tidak dilaksanakan seperti yang sepatutnya, pelbagai malapetaka dan nasib malang akan menimpa penduduk di kawasan tersebut.

• 1

• 6958

ETAK SALAI

Makanan Tradisional

Etak, yang dikenali secara tempatan sebagai "etok," diiktiraf sebagai makanan warisan Kelantan dengan sejarah yang kaya dan unik yang berkait rapat dengan negeri tersebut. Selama berabad-abad, rakyat Kelantan dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang pendidikan, sosial, atau ekonomi, telah menikmati etak salai. Pada masa kini, gerai-gerai etak sering ditemui di tepi jalan di kawasan dataran banjir Kelantan, terutamanya di Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, dan Bachok.

Secara saintifik, etak dikenali sebagai Corbicula fluminea, sejenis spesies kima Asia, seperti yang digambarkan dalam Rajah 1, yang biasanya dituai dari dasar sungai yang berpasir dan berlumpur. Spesies ini hidup subur di kawasan air payau, di mana sungai bertemu laut, di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain.

Dari segi masakan, etak salai—yang dinamakan sempena kaedah penyediaannya—dikenali kerana rasanya yang unik dengan gabungan rasa umami, masin, dan manis. Ciri khas ini menjadikan etak sukar digantikan dengan makanan laut lain. Di Malaysia, etak paling banyak dimakan di Kelantan, di mana popularitinya telah menyokong perniagaan tempatan yang berkembang pesat, menjadikannya makanan warisan unik bagi negeri tersebut.

Etak salai merupakan snek jalanan yang digemari ramai dan boleh dinikmati begitu sahaja. Penyediaannya melibatkan perapan dengan bahan seperti serai, bawang, garam, dan MSG selama satu hingga dua jam. Selepas itu, etak yang telah diperap disusun di atas pelantar buluh selebar 2 hingga 3 kaki dan diasap di atas api kayu selama kira-kira sejam. Kaedah ini menggunakan api sederhana rendah untuk memastikan kesegaran dan rasa juiciness etak dikekalkan selepas dimasak, menjadikannya satu hidangan yang benar-benar istimewa.

• 3

• 5427

CENDOL SAGU RUMBIA

Makanan Tradisional

Cendol sagu rumbia ialah hidangan tradisional Nusantara yang menggunakan sagu dari pokok rumbia sebagai bahan utama, berbeza daripada cendol biasa yang menggunakan tepung beras. Hidangan ini berasal dari Sumatera dan Kalimantan, di mana sagu merupakan makanan ruji. Proses pembuatannya melibatkan ekstrak pati batang rumbia yang dicampur dengan santan dan gula merah, menghasilkan tekstur yang kenyal serta rasa lemak manis yang unik. Lazimnya dihidangkan dalam majlis adat, kini cendol sagu rumbia semakin terkenal dan diolah dalam variasi moden, namun tetap mengekalkan warisan budaya tempatan yang kaya.

• 0

• 4736