Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH BUNGA PUDAK
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
ada
Pelawat Hari ini
7
Jumlah Pelawat
651
Pengenalan dan sejarah
Kuih Bunga Pudak adalah kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular di Jitra, Kedah dan juga hidangan istimewa di sana. Sajian ini dinamakan sedemikian sempena warna bunga pokok Pudak. Kuih Bunga Pudak adalah salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Kedah, yang bukan sahaja disukai kerana keenakan rasanya tetapi juga kerana keunikan bentuk dan cara penyediaannya.
Kuih ini sering dihidangkan dalam majlis-majlis istimewa seperti kenduri perkahwinan, hari raya, atau perayaan-perayaan lain sebagai simbol keberkatan dan keceriaan.
-
Bahan-bahan inti:
• 1 biji kelapa parut putih
• 240gm gula
• Garam secukup rasa
• Perasa ros secukupnya
• Pewarna merah secukupnya
• Pewarna hijau secukupnya
Bahan-bahan kulit:
• 240gm tepung pulut
• 250ml air
• 1 sudu teh garam halus
Berikut adalah cara-cara penyediaan Kuih Bunga Pudak.
1) Sangai kesemua bahan untuk membuat inti dengan api sederhana hingga kering.
2) Gaul semua bahan untuk membuat kulit kuih dan biarkan selama 30 minit.
3) Sediakan kuali dengan api sederhana panas.
4) Ambil satu sudu adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis kemudian kirai tepung ke dalam kuali sehingga berbentuk bulat.
5) Masukkan inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Panaskan kuih seketika kemudian angkat.
6) Ulangi langkah tersebut hingga adunan habis.
-
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
Majalah WARIS: Vol 3 Isu 2 2014. (2014). (n.p.): Kelab EIA.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Mohammad Salleh bin Mahmud
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Kompleks JKKN Kedah
Lot PTD 400, Pumpong
05250 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
011-10899646
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!