Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
MASAKAN TRADISIONAL MANOK PANSUH
Makanan Tradisional
Gambar
33
Video
ada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
67
Pengenalan dan sejarah
Manok Pansuh merupakan sejenis makanan tradisi dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Manok bermaksud ayam dan pansuh bermaksud memasak makanan dalam buluh. Justeru, Manok Pansuh ialah resipi ayam yang dimasak dalam buluh.
Manok Pansuh sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi pulut yang dimasak dalam buluh atau dimakan begitu sahaja. Sebahagian tempat di Sarawak masih lagi memasak Manok Pansuh menggunakan cara tradisional ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat di kawasan bandar kini semakin jarang menggunakan buluh sebagai peralatan utama dalam proses memasak Manok Pansuh.
Pada masa kini, masakan tradisi Manok Pansuh menjadi hidangan ketika musim perayaan Gawai atau pada acara-acara budaya bila-bila masa sahaja. Manok Pansuh juga telah dijadikan menu jualan gerai atau di kedai-kedai makan di Sarawak.
1. Seruas buluh (seperti buluh yang disediakan untuk membuat lemang tetapi saiznya lebih besar lagi)
2. 1/2 ekor ayam yang telah siap dipotong
3. 1/2 cawan air
4. 3 ulas bawang putih
5. 2 biji bawang merah
6. 3 batang pucuk tepus
7. 2 inci halia
8. 2 biji cili besar
9. Garam dan serbuk perasa
Secekak pucuk ubi yang diramas
1. Sediakan bara api seperti yang dilakukan ketika membakar lemang.
2. Bersihkan buluh terlebih dahulu.
3. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk sehingga lumat.
4. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa, halia dan pucuk tepus.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh. Masukkan sedikit air.
*Jangan menghentakkan buluh tersebut.
6. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
7. Seterusnya, bakar buluh tersebut di atas bara api lebih kurang setengah jam.
8. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka ayam pansuh telah pun masak.
9. Keluarkan ayam pansuh daripada buluh kemudian boleh hidangkan.
Sumber Rujukan
i. Professor Dr. Noria Anak Tugang
Pensyarah Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!