Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

1046

Pengenalan dan sejarah

Ayam Likkuk atau Ayam Likku' merupakan hidangan tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat etnik Bugis di Sabah, khususnya di daerah Tawau, Lahad Datu, dan Sandakan. Nama hidangan ini berasal daripada perkataan Bugis ‘likuk’ yang bermaksud lengkuas di mana ia menjadi bahan utama kepada hidangan ini (Nafisah Ali, 2024). Ayam Likkuk ini dikatakan mencerminkan identiti budaya kulinari masyarakat Bugis yang kaya dengan penggunaan rempah-ratus tempatan dan cara penyediaan yang unik.


Foto 1: Ayam Likkuk

Sumber: Irma Ibrahim, 2024


Dalam penyediaannya, ayam kampung atau ayam tua menjadi pilihan kerana teksturnya yang lebih pejal dan rasa yang lebih enak apabila dimasak lama lebih kurang 6 hingga 8 jam bersama lengkuas, santan pekat, dan kerisik. Proses memasak Ayam Likkuk memerlukan perhatian khusus pada penggunaan rempah seperti kunyit dan lada putih yang bukan sahaja memberikan warna kuning keemasan tetapi juga menyumbang kepada keseimbangan rasa (Irma Ibrahim, 2024).


Hidangan Ayam Likkuk dalam sajian tradisional Bugis bukan sekadar menggambarkan kemahiran memasak masyarakat etniknya, tetapi juga sebagai simbol kekayaan budaya masyarakat Bugis yang berakar umbi dalam penggunaan bahan-bahan semulajadi serta rasa rasa hormat terhadap seni masakan tradisi yang terus dipelihara hingga kini.


Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan utama:

1 ekor ayam kampung - dipotong kecil mengikut selera masing-masing

1 liter santan pekat - 4 biji kelapa

½ kg lengkuas muda - diparut halus

4 sudu besar kerisik 

2 sudu makan serbuk kunyit 

1 sudu makan garam 

½ sudu makan serbuk perasa

1 ½  sudu makan gula 

2 helai daun kunyit - dihiris halus

5 helai daun limau purut

1 sudu besar cili kering yang dikisar 

100 ml minyak masak 

½ cawan air asam jawa (sedikit sahaja) 

Bahan-Bahan Kisar:

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

15 batang serai

10 biji bawang merah

3 labu bawang putih

Bahan-bahan rempah:

2 ulas bunga lawang

4 biji buah pelaga

3 cm kulit kayu manis

4-5 kuntum bunga cengkih


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1. Cuci dan bersihkan ayam kampung atau ayam tua 

2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan rempah dan bahan-bahan yang telah dikisar.

3. Masukkan lengkuas parut dan cili kering yang telah dikisar

4. Setelah naik bau dan kelihatan separuh garing, masukkan ayam kampung dan gaulkan merata.

5. Tuangkan santan perlahan-lahan dan air asam jawa.

6. Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan serbuk kunyit.

7. Dalam keadaan masakan mulai mengering, masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan gaul merata sehingga sebati.

8. Biarkan dalam beberapa beberapa minit sebelum isi ayam kampung benar-benar empuk dan kering.

9. Ayam Likkuk sedia dihidangkan bersama nasi atau burasak, sejenis ketupat etnik Bugis.


Tokoh dan Pencapaian

Nafisah binti Ali. (69 tahun). Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah. 5 Oktober 2024


Irma binti Ibrahim. (34 Tahun). Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah. 5 Oktober 2024


Sumber Rujukan

-

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nurshahrinna Syahrial

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH

088-205070

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!