Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
LAKSA PERLIS
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
263
Pengenalan dan sejarah
-
-
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat laksa Perlis.
Bahan-Bahan Kuah Laksa
1 kg ikan kembung atau selayang (boleh juga campuran ikan sardin tempatan)
2-3 keping asam keping
1 inci lengkuas
1 sudu besar gula 'gherek' (gula Melaka jika tiada)
1 sudu teh garam
½ sudu kecil serbuk perasa
3 liter air
2 batang serai (diketuk)
1 kuntum bunga kantan (dibelah dua)
Segenggam daun kesum
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering (direndam)
3 biji cili merah segar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Mi Laksa & Ulam-ulaman:
1 bungkus Mi laksa beras (direbus dan ditoskan)
Timun (dihiris halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Cili merah (dihiris serong)
Daun salad atau taugeh segar (pilihan)
Sambal kelapa (sambal nyiur) – pilihan
Berikut adalah kaedah atau cara penyediaan Laksa Perlis;
Cara menyediakan kuah laksa;
Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping, lengkuas, garam, dan gula 'gherek' sehingga ikan masak sempurna.
Tutup api dan sejukkan ikan. Asingkan isi ikan daripada tulang dengan teliti.
Kisar isi ikan yang telah disiat halus tadi dengan menggunakan sedikit air rebusan ikan untuk menghasilkan pes halus.
Masukkan pes isi ikan ke dalam periuk.
Tulang ikan pula dikisar halus (boleh tambah sedikit air) dan kemudian ditapis menggunakan penapis halus untuk mengambil pati berperisa. Tambahkan ke dalam periuk berisi isi ikan.
Sementara itu, kisar bahan-bahan rempah (cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan) sehingga halus.
Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi pes ikan tadi.
Setelah semua bahan dicampurkan, jerang kuah ikan di atas api sederhana lalu kacau perlahan-lahan. Jika terlalu pekat, boleh ditambah sedikit air (air rebusan ikan atau air biasa).
Kemudian, masukkan kembali asam keping dan lengkuas yang digunakan semasa merebus ikan ke dalam kuah.
Tambahkan juga serai yang diketuk, bunga kantan, dan daun kesum untuk menaikkan aroma kuah.
Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa mengikut cita rasa dan gaul perlahan.
Masak kuah sehingga mendidih, kacau sesekali agar tidak berkerak di dasar periuk.
Setelah mendidih dan cukup rasa, padamkan api dan kuah sedia dihidang.
Cara Menghidang;
Masukkan mi laksa beras ke dalam mangkuk (jumlah mengikut selera).
Tambahkan ulam-ulaman seperti hirisan timun, bawang besar, daun salad dan cili merah.
Tuangkan kuah ikan panas yang telah siap tadi ke atas mi dan ulam-ulaman.
Hidang bersama sambal kelapa, hirisan limau kasturi, dan cili potong jika suka pedas.
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Geopark Perlis. (n.d.). Makanan tradisi. Perlis Geopark. https://geopark.perlis.gov.my/tour-item/makanan-tradisi/.
MyResipi. (n.d.). Laksa Kuala Perlis. https://myresipi.com/resipi/laksa-kuala-perlis/
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris





