Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH CELOROT
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
22
Pengenalan dan sejarah
Hidangan kuih tradisional iaitu Kuih Celorot atau Selorot juga dipanggil Kuih Segurut amat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu Melanau. Kuih ini mempunyai rasa yang unik kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang istimewa iaitu tepung beras, santan kelapa, gula apong atau gula nipah, daun pandan, air dan garam secukup rasa. Malah bekas balutan kuih ini yang diperbuat daripada pucuk daun nipah muda juga memberi aroma yang begitu menyelerakan. Tidak dinafikan juga teknik memasak kuih Selorot dengan kaedah dikukus, sebenarnya turut menjadikan kuih ini begitu istimewa.
-
-
-
Langkah pertama ialah masukkan air santan bersama gula, garam dan daun pandan untuk didihkan. Kemudian setelah mendidih, masukkan santan pekat ke dalam didihan tersebut dan pindahkan dari dapur untuk dibiarkan sejuk seketika. Beras yang digunakan untuk membuat kuih ini perlu direndam sehingga betul-betul kembang sebelum dikisar menjadi hancur dan diayak untuk mendapatkan tepung beras yang benar-benar halus. Tuangkan air santan yang telah dididihkan ke dalam tepung beras dan gaulkan sehingga sebati menjadi adunan kuih.
Sebelum itu, sediakan bekas kelongsong kuih selurut yang diperbuat daripada gulungan daun nipah muda berbentuk kon kecil berkepanjangan lima hingga tujuh inci dan berukuran lilit sekitar tiga hingga empat inci. Tuangkan adunan tepung beras tadi ke dalam kelongsong sehingga penuh dalam setiap satunya. Biasanya jumlah kelongsong yang disediakan adalah sekitar 30 hingga 50 biji mengikut kehendak keperluan kuih ini dimasak sama ada untuk dijual atau hidangan keluarga atau majlis kenduri. Susun kelongsong secara menegak di dalam periuk kukus agar adunan tepung beras tadi tidak tumpah. Tambahan pula kedudukan ini akan memudahkan untuk disusun dan diambil keluar setelah masak selain mudah untuk memeriksa sama ada kuih tersebut sudah cukup masak atau sebaliknya.
Setelah selesai, panaskan periuk kukusan dan masukkan beberapa helai daun pandan bagi menerbitkan aroma yang menyelerakan kepada kuih selurut tersebut semasa dimasak secara dikukus. Biasanya tempoh anggaran 20 hingga 30 minit diperlukan untuk mengukus atau memasak kuih selorot, bergantung kepada jumlah sekali kukus dan saiz balutan kelongsong dari daun nipah tadi. Jika saiz yang besar, tempoh masa yang lebih lama akan diperlukan. Bagi memastikan kuih selorot sudah cukup masak dan sedia dihidangkan, sebatang lidi berkepanjangan dua kali panjang kelongsong boleh digunakan untuk memeriksa sama da adunan tepung beras di dalam kelongsong telah cukup masak atau tidak. Caranya ialah dengan mencucuk lidi tersebut ke dalam kelongsong berisi adunan tepung beras semasa proses memasak. Jika kuih atau adunan itu tidak melekat pada lidi, bermakna kuih tersebut sudah cukup masak dan boleh dikeluarkan dari periuk kukus untuk dinikmati.
-
Sumber Rujukan
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!