Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH PENCUCI MULUT HALWA MASKAT
Makanan Tradisional
Gambar
47
Video
ada
Pelawat Hari ini
8
Jumlah Pelawat
75
Pengenalan dan sejarah
Halwa Maskat dipercayai berasal dari bandar Masqat di
negara Oman di Timur Tengah, tetapi telah diadaptasi kepada cita rasa tempatan.
Tidak pasti sama ada ia popular di negeri lain di Malaysia, kerana ia tidak
dihasilkan secara harian. Halwa merupakan makanan orang India yang telah
memberi inspirasi kepada masyarakat Melayu yang kemudian mengubahsuai namanya
menjadi Halwa Maskat.
Halwa Maskat merupakan sejenis manisan berbentuk segi
empat seperti jeli, yang berwarna kuning atau jingga. Ia dihasilkan dari minyak
sapi, tepung, dan gula. Halwa Maskat merupakan manisan tradisi istimewa di
Pulau Pinang yang dihidangkan hanya pada hari perayaan.
Bahan-bahan
·
1/2kg tepung gandum
·
1/2kg gula pasir
·
250g gula batu
·
500ml minyak jagung
·
500ml air
·
2 helai daun pandan
·
1 sudu makan pewarna kuning
Untuk
menghasilkan Halwa Maskat yang bermutu bukan sekadar bergantung kepada sukatan
bahan yang betul, tetapi juga kepada kaedah penghasilannya yang rumit. Proses persediaan sehingga proses mengacau
adunan secara berterusan sangat memakan masa. Bagi menghasilkannya, adunan
Halwa Maskat perlu diperam selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api
yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut
mungkin berkerak dan hangit.
·
Tepung gandum yang digunakan
perlu diuli terlebih dahulu dan dibasuh untuk membuang getah atau dalam bahasa
saintifiknya ‘gluten’.
·
Selain membuang getah tepung
berkenaan, proses membasuh tepung ini adalah bertujuan untuk menghasilkan kanji
tepung. Seterusnya, air tepung yang dibasuh tadi akan diperap dan airnya perlu
ditukar setiap 6 jam selama 3 hari sehingga mendapat air yang benar-benar
jernih dan sehingga terhasil mendapan
kanji tepung yang putih bersih.
Cara
membuat Halwa Maskat Utara
·
Uli
tepung seperti menguli donat.
·
Isikan
air di dalam besen, guna penapis santan dan tapis tepung sambil menggolekkan
tepung sehingga keluar air putih.
·
Tapis
sehingga adunan tepung menjadi getah dan buang getah tersebut.
·
Biarkan
air dalam besen tadi mendap dan buang air jernih, lalu gantikan dengan air
baru. Ulang sebanyak 3 kali.
·
Masak
gula pasir, gula batu dan daun pandan sehingga hancur. Buang
daun pandan.
·
Buang air
jernih di dalam besen dan masukkan tepung yang mendap ke dalam air gula.
·
Masukkan
pewarna kuning dan kacau tanpa henti.
·
Apabila
sudah likat sedikit, masukkan minyak sedikit-sedikit sehingga nampak berkilat.
·
Kacau
sehingga masak, dan tutup api. Simpan di dalam bekas.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan : Resipi tiga dekat halwa maskat, Kosmo.com,
Iswan Shafiq Isa, 3 November 2020
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Zurairi bin Hanip
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni,
Lot No. 2180 Lintang P. Ramlee,
Off Jalan P.Ramlee
10460 PULAU PINANG
04-281 7791 /7792