Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
AIR SARBAT
Makanan Tradisional
Gambar
26
Video
ada
Pelawat Hari ini
9
Jumlah Pelawat
70
Pengenalan dan sejarah
Air Sarbat dicatatkan telah wujud sejak ribuan tahun lalu
di Parsi. Malah Air Sarbat juga dicatatkan dalam buku Canon of Medicine
dan Hikayat Seribu Satu Malam. Dalam masa yang singkat sahaja air Sarbat
menjadi popular di seluruh India dan salah satunya adalah ketika pemerintahan
Empayar Mughal. Semasa Empayar Mughal memerintah, resipinya telah ditambah baik
yang mana ais dari banjaran Himalaya diletakkan bagi tujuan menghasilkan satu
minuman yang sedap dan menyegarkan.
Pada awal tahun 1900an, berlakunya gelombang perpindahan penduduk dari India ke Tanah Melayu. Mereka turut membawa masuk tradisi makanan dan minuman mereka, dan salah satunya ialah Air Sarbat. Kini Air Sarbat atau jenama perniagaan 3579Ais Tingkap adalah satu jenis minuman tradisi yang digemari di Pulau Pinang. Minuman ini dipelopori oleh seorang peniaga di Lebuh Tamil, George Town sejak tahun 1919. Ketika musim panas, permintaan terhadap Air Sabat adalah sangat menggalakkan kerana ia dapat menghilangkan rasa dahaga..
Bahan-bahan dan cara membuat Air Sarbat:
Air Sarbat merupakan campuran air dan isi kelapa, getah
anggur, buah kembang semangkuk, biji selasih, akar sarbat dan sirap gula. Namun
ada juga yang meletakkan lemon dan laici mengikut cita rasa masing-masing.
Campuran bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam gelas
bersama dengan ketulan ais untuk diminum segera. Ketulan ais yang semakin
mencair akan mengurangkan rasa manis dalam minuman ini. Air Sarbat bermanfaat
untuk menyejukkan panas badan, serta mengurangkan batuk dan demam panas.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan : Ais Tingkap resipi turun temurun, https://www.astroawani.com
Ais Tingkap Memikat dengan Aroma dan Rasa yang menggoda, https://jomexplore.io, 1 Oktober 2023
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Zurairi bin Hanip
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni,
Lot No. 2180 Lintang P. Ramlee,
Off Jalan P.Ramlee
10460 PULAU PINANG
04-281 7791 /7792