Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BOSOU
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
38
Jumlah Pelawat
696
Pengenalan dan sejarah
Bosou atau juga dikenali sebagai Tinamba merupakan makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Ia tergolong dalam kategori makanan yang diperam, seakan-akan jeruk atau pekasam. Bosou dihasilkan melalui proses pengawetan ikan air tawar, daging, atau sayur-sayuran lain yang dicampur dengan nasi putih, garam, dan buah pangi (Buah Kepayang) sebagai bahan pengawet utama. Buah pangi berfungsi untuk mengelakkan makanan daripada mudah basi dan memberikan aroma yang tersendiri (Stella Jonnes, 2024).
Foto 1: Bosou Ikan
Sumber: Stella Jonnes, 2024
Bosou secara tradisional disimpan dalam bekas kedap udara dan diperam selama beberapa minggu sehingga mencapai rasa masam, masin, dan sedikit pedas. Sebelum wujudnya kaedah penyejukan moden, teknik pengawetan ini digunakan untuk memanjangkan jangka hayat makanan, menjadikannya sebahagian penting daripada diet masyarakat Kadazan-Dusun (Alice Kinsui 2024). Biasanya, bosou dihidangkan sebagai pembuka selera atau dimakan bersama nasi putih serta lauk-pauk lain. Ia juga sering disajikan semasa perayaan tradisi seperti Kaamatan atau Bambarayon, mencerminkan peranan budaya dan sosialnya yang penting.
-
-
● 5 ekor ikan air tawar atau 250 gram daging - Pilihan tradisional termasuk ikan tilapia, pelian, atau ikan laut seperti tuna atau salmon. Daging juga boleh digunakan, bergantung kepada selera.
● 1 mangkuk nasi putih - Sebagai bahan utama yang dicampurkan untuk proses fermentasi.
● 1 biji buah Pangi (Buah Kepayang) - Ditumbuk halus untuk digunakan sebagai pengawet semulajadi dan menambah rasa.
● 1 sudu makan garam - Untuk membantu proses fermentasi dan mengekalkan kesegaran.
● 3 batang tuhau (akar kelubi) - Dihiris halus untuk rasa tambahan (pilihan).
● 1 biji sederhana lengkuas - Ditumbuk halus sebagai perasa.
● 5-6 biji cili padi - Dihiris halus (Pilihan)
● 10 ular buah nangka atau ½ biji nenas muda (pilihan) – Untuk menambah rasa manis dan masam.
● 1 batang pisang muda (Polod) – Boleh dicampur untuk memberikan tekstur tambahan.
1. Bersihkan ikan atau daging, kemudian potong menjadi kepingan kecil.
2. Buah pangi perlu dibersihkan, ditumbuk isinya sehingga halus, dan dicampurkan bersama garam. Buah pangi membantu dalam proses fermentasi dan memberikan aroma khas.
3. Gaulkan ikan atau daging dengan nasi, garam, buah pangi, lengkuas, tuhau (akar kelubi), dan bahan-bahan pilihan lain seperti cili padi, nenas muda atau nangka.
4. Masukkan campuran ini ke dalam bekas kedap udara seperti tajau (tempayan kecil) atau balang. Pastikan bekas ditutup rapat untuk mengelakkan lalat atau kotoran masuk.
5. Biarkan bosou diperam selama 5 hingga 7 hari pada suhu bilik sehingga ia diperap sepenuhnya. Semakin lama ia diperam, semakin kuat rasa masam dan aromanya.
6. Bosou boleh dimakan mentah sebagai ulam, atau dimasak semula bersama bawang, cili, dan minyak untuk mengurangkan bau yang kuat.
Alice Kinsui. 69 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Stella Jonnes. 34 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Sumber Rujukan
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!