MI KOLOK

Makanan Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

2

Jumlah Pelawat

12

Pengenalan dan sejarah

Dikatakan bahawa Mi Kolok dibawa masuk oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke Sarawak. Justeru, Mi Kolok banyak dihidangkan di kedai makanan Cina. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada Mi Kolok iaitu Mi Kolok (Melayu), Kampua (Cina) dan Mi Rangkai/Kering (Iban). Pada asasnya, sajian ini menggunakan Yee Mee atau mi kering yang dihidangkan bersama hirisan daging atau ayam rebus, kuah sup dan sambal. 

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Untuk menyediakan sup mi kolok, daging lembu atau ayam perlu direbus hingga empuk bersama rempah dan perencah sup, garam secukup rasa dan air secukupnya. Setelah masak, daging dihiris nipis-nipis. Kuah sup boleh diasingkan dan boleh dipanaskan semula juga ditambah air apabila sup kian berkurangan. Untuk menyediakan sambal mi kolok, tumbuk atau kisar cili api bersama dengan bawang putih, kemudian gaulkan bersama kicap manis dan jus limau kasturi.


Bagi menyediakan mi, rebusan mi boleh dimasukkan sedikit garam sehingga mi menjadi lembut dan kemudian toskan mi tersebut. Setelah itu, panaskan sedikit minyak masak dan gorengkan hirisan bawang putih sehingga garing sebelum dikeluarkan dari kuali. Berikutnya, gorengkan seketika mi yang telah ditoskan menggunakan minyak bekas bawang tadi. Tambahkan perasa dengan cuka, sos ikan atau sos soya dan sedikit garam kemudian keluarkan mi dari kuali segera. Seterusnya, goreng hirisan daging dan masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam untuk dikacau rata sebelum dikeluarkan dari kuali.


Untuk menghidang mi kolok, masukkan mi ke dalam pinggan hidangan dan gaulkan sedikit dengan sambal. Taburkan hirisan daging goreng , bawang putih goreng dan hias dengan hirisan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup sebagai kuah mi kolok.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!