Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KELUPIS
Makanan Tradisional
Gambar
2
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
332
Pengenalan dan sejarah
Foto 1: Kelupis
Sumber: Dayang Nadia Mawi, 2024
Kelupis adalah makanan tradisional yang sangat popular di Pantai Barat Selatan Wilayah Sabah seperti di daerah Beaufort, Labuan, Sipitang dan Papar khususnya dalam kalangan masyarakat etnik Brunei, Kedayan dan Bisaya (Dayang Nadia Mawi, 2024). Hidangan ini biasanya dihidangkan semasa majlis keraian seperti perkahwinan, sambutan Hari Raya, atau acara-acara khas. Kelupis diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan, kemudian dibungkus menggunakan daun Irik/Ngirik (Phacelophrynium maximum) sebelum dikukus sehingga masak.
-
-
● ½ kg beras pulut - Gunakan pulut susu untuk tekstur yang lebih lembut.
● 1 liter santan kelapa - Boleh gunakan santan segar atau santan dalam kotak.
● 5 helai daun pandan - Diikat simpul untuk menambah aroma.
● ½ sudu makan garam - Secukup rasa.
● Air – Untuk mengukus
● 30 helai daun ngirik - layurkan daun terlebih dahulu supaya lembut dan tidak mudah koyak.
● 1 gulung tali rafia – Pilihan untuk mengikat kelupis selepas dibungkus
1. Masukkan beras pulut yang telah dicuci ke dalam periuk. Tambahkan santan, garam, daun pandan, dan air secukupnya.
2. Masak di atas api sederhana sehingga pulut separuh masak dan airnya hampir kering. Kacau perlahan-lahan agar tidak berkerak di bahagian bawah.
3. Penyediaan daun pembungkus: Layurkan daun Ngirikdi atas api kecil untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan proses pembungkusan supaya daun tidak mudah koyak.
4. Ambil 2-3 sudu besar pulut separuh masak dan letakkan di tengah daun pembungkus. Gulung dengan kemas dan lipat kedua-dua hujungnya. Jiaa khuatir gulungan Kelupis terbuka, ikat menggunakan tali rafia.
5. Letakkan kelupis yang telah dibungkus ke dalam pengukus. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam sehingga pulut masak sepenuhnya dan daunnya layu. Proses ini juga membolehkan aroma daun meresap ke dalam pulut, menambah keunikan rasa pada kelupis.
6. Setelah masak, keluarkan kelupis dari pengukus dan biarkan ia sejuk seketika. Kelupis boleh dinikmati bersama rendang, ayam masak merah, atau kuah kacang sebagai pelengkap hidangan.
Dayang Nadia Mawi. 32 tahun. Kampung Bangka-Bangka, Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber Rujukan
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!