Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
NASI BUNGKUS ‘LINOPOT’
Makanan Tradisional
Gambar
3
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
341
Pengenalan dan sejarah
Foto 1: Nasi Bungkus ‘Linopot’
Sumber: Melvin Gatu, 2024, 00:01:30.
Linopot adalah hidangan tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Rungus di Sabah. Dalam bahasa Kadazan-Dusun, Linopot bermaksud 'dibungkus ketat', merujuk kepada nasi yang dibungkus rapi (Alice Kinsui, 2024). Nasi ini dibalut dengan daun Ketapang, yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai Doringin (nama saintifik: Terminalia catappa), atau menggunakan daun Tarap kerana enggunaan daun jenis ini memberikan aroma khusus yang wangi kepada Linopot (Stella Jonnes, 2024).
-
-
● 4 cawan beras Bukit / Beras - gunakan padi bukit jika mahu mengekalkan keaslian tradisional.
● 2 cawan beras perang - untuk memberikan tekstur warna yang autentik
● 3 biji ubi keledek - Gunakan ubi keledek manis berwarna ungu
● 1 biji keladi – saiz sederhana
● ¼ labu kuning (pilihan)
● 10 helai daun Ketapang (Doringin) - boleh menggunakan daun tarap
● ½ sudu makan garam – memberikan rasa lemak
● Air
1. Cuci beras bukit dan beras perang sehingga bersih kemudian toskan.
2. Potong dadu ubi keledek, keladi atau labu dan cuci bersih
3. Campurkan beras bukit, beras perang, ubi keledek, keladi atau labu dan tanak sehingga masak.
4. Bubuh sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak.
5. Setelah bahan-bahan masak dengan sempurna, gemburkan dan tumbuk separa lumat semua campuran dalam keadaan yang masih panas.
6. Layurkan daun Ketapang atau daun Tarap di atas api kecil untuk melembutkannya supaya mudah dilipat dan dibentuk tanpa koyak.
7. Kemudian, letakkan campuran nasi dan ubi di tengah daun, kemudian bungkus rapat-rapat menggunakan daun tersebut sehingga membentuk bungkusan yang padat. Lipat hujung daun untuk memastikan isi di dalamnya tidak terkeluar.
8. Nasi bungkus Linopot sedia dihidangkan bersama lauk-pauk.
Alice Kinsui. 69 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Stella Jonnes. 34 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Sumber Rujukan
Melvin Gatu. (27 Julai 2024). Linopot (Video). Chef Melvin Gatu. https://www.facebook.com/share/r/cmW3xFB4d9w23sHd/?mibextid=UalRPS
Norazira. (2023). Pokok Ketapang - Terminalla catappa. PPH. https://jpph.umpsa.edu.my/index.php/projek/landskap/rimba-lestari-1/ketapang-terminalla-catappa
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!