Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH SOPANG REBUS
Makanan Tradisional
Gambar
29
Video
ada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
84
Pengenalan dan sejarah
Kuih Sopang Rebus merupakan sejenis kuih tradisional
Negeri Sembilan. Kuih ini dinamakan sedemikian merujuk kepada bentuknya yang
dihasilkan daripada tepung bulat yang dileperkan menjadi separuh (disebut
sebagai 'sopaghoh' dalam dialek Negeri Sembilan). Selepas diisikan inti, tepung dilipat menjadi separuh
bahagian menyerupai bentuk kuih karipap. Maka terhasillah istilah ‘sopang’ daripada
sebutan 'sopaghoh' dalam dialek Negeri Sembilan.
Rebus merujuk kepada cara memasak zaman dahulu yang tidak
menggunakan alat pengukus. Prosesnya menggunakan kuali yang berisi air yang dididihkan
dan diletakkan loyang berisi kuih beralaskan lapik batang kayu, dan ditutup
kualinya dengan penutup periuk atau penutup bekas nasi kayu. Oleh itu, kuih ini
dinamakan sebagai Sopang Rebus walaupun ia tidaklah dimasak dalam cara merebus.
Kuih ini amat digemari untuk hidangan sarapan ataupun
minum petang dan juga sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa di bulan
Ramadan. Ia diperbuat daripada tepung pulut, santan, gula enau, dan garam,
dengan inti isi kelapa muda parut.
Bahan-bahannya:
·
2 biji isi kelapa muda dikukur
·
2 keping gula anau atau 1 cawan gula merah
campur 1/2 cawan gula pasir
·
1/2 paket tepung pulut
·
2 helai daun pandan
·
2 cawan santan
·
secubit garam
·
Air untuk menguli tepung
Cara
membuat inti:
1. Masukkan
isi kelapa, gula anau, gula pasir dan dua cawan air. Masak sambil kacau untuk elakkan hangus.
2. Masukkan secubit garam dan daun pandan yang disimpul kemas. Masak sehingga inti kelapa ini kering.
3. Jika perlu tambah sedikit gula.
1.
Campur 1 setengah sudu besar tepung pulut dalam
periuk kecil berisi lebihan santan, juga 1/2 sudu gula dan secubit garam dalam
santan. Masak dan sentiasa kacau
sehingga mendidih dan jangan sampai pecah minyak santan.
Cara penyediaan:
1. Masukkan
tepung pulut dalam mangkuk, campur secubit garam.
2. Uli tepung dengan air
sampai boleh dikepal dan dibentuk.
3. Sediakan loyang yang telah
dilapik daun pisang. Layur sedikit daun
pisang agar tidak mudah koyak.
4.
Pastikan daun diletak di paras tinggi sedikit agar nanti kuah tidak tumpah ke
bawah daun.
5.
Gunakan sehelai plastik untuk membentuk kuih. Sapu sedikit minyak masak pada
pemukaan plastik bagi memudahkan proses seterusnya.
6.
Ambil sedikit tepung, bulatkan dan letak tepung di atas lapik plastik untuk
membentuk tepung menjadi bulat leper. Letak inti di tengah-tengah, gunakan
plastik untuk menutup kuih. Letak sedikit air sebelum tutup, tekan bucu kuih
dan licinkan untuk lekatkan bucu kuih.
7.
Sapu minyak di atas daun terlebih dahulu. Susun kuih dalam loyang, pastikan
tidak terlalu rapat.
8. Masukkan kuah santan yang telah dimasak ke dalam loyang, agak-agak menutupi kuih sopang dan terus dikukus segera selama 20 minit.
9.
Kuih sopang yang telah masak akan berubah warnanya dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
ii. Tokoh: Puan Zainab binti Jamil (Ibu Soko Luak Ulu Muar)
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Rosdianah binti Roman
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
06-767 6793/763 6308 / 761 0593