Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
LAKSA SARAWAK
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
34
Pengenalan dan sejarah
Laksa Sarawak sangat terkenal dan menjadi hidangan ikonik bagi masyarakat di negeri Sarawak. Keunikan laksa ini terletak pada rempah khas yang digunakan semasa proses penyediaannya. Rempah laksa ini sungguh berbeza dan tidak terdapat pada sajian laksa di negeri-negeri lain. Selain rempah khas, bahan-bahan asas lain termasuklah bihun, daging ayam yang telah dimasak, tauhu goreng, telur dadar, tauge, cendawan hitam, udang, telur rebus serta limau kasturi. Kuahnya diperbuat daripada campuran sambal belacan, santan, air asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai.
-
-
-
Langkah pertama dalam penyediaan mi kolok ialah
dengan mendidihkan dua liter air yang dimasukkan bersama rempah laksa dan
sebatang atau dua batang serai yang telah diketuk. Setelah mendidih seketika,
masukkan pula secara perlahan-lahan bahan lain yang telah disediakan iaitu
udang, santan, garam dan gula, kemudian gaul kesemua bahan tersebut untuk
mendapatkan rasa yang sebati. Sementara itu, sediakan sebiji mangkuk untuk
diletakkan bihun dan kemudian letakkan bahan-bahan laksa yang telah sebati tadi
ke atas bihun terebut. Langkah terakhir bagi melengkapkan hidangan, masukkan
kuah laksa ke dalam mangkuk bihun dan diikuti sambal belacan serta jus limau
kasturi. Setelah semuanya lengkap, hidangan mi kolok sedia untuk dinikmati
seisi keluarga.
-
Sumber Rujukan
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!