Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : 423
TARIAN KANJET TEBENGANG MADANG

Kanjet Tebengang Madang bermaksud Tari Enggang Terbang yang menggambarkan perpindahan etnik Dayak suku Kenyah dari Apau Kayan ke seluruh wilayah Borneo, khususnya Sarawak. Perhijrahan ini dilakukan demi mencari dan membina kehidupan yang lebih baik dan selamat serta sejahtera. Tarian ini dimulakan dengan Lemoq bermaksud syair dalam bahasa sukuan tersebut, yang menceritakan perjalanan panjang mereka semasa berhijrah.

Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita suku Kenyah dengan lemah lembut dan gemalai seakan-akan burung enggang yang sedang terbang. Mereka menari bersama dengan wira-wira lelaki suku berkenaan. Seperti sifat burung enggang yang ditakrif sebagai simbol perdamaian, yang selalu mengikut pemimpinnya, begitu juga dengan suku ini yang sentiasa menurut perintah pemimpinnya.

- 0

- 1075
PEK NGA

Pek Nga adalah sejenis lempeng tradisional yang sangat popular di kalangan masyarakat Kedah, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia hampir sama dengan versi dari negeri lain seperti di Kelantan atau Terengganu, tetapi biasanya pek nga Kedah lebih ringkas dan menekankan rasa kelapa dan santan sebagai bahan utama. Pek nga ini dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau tanpa minyak langsung, menjadikan bahagian luar sedikit garing tetapi lembut di dalam.

Pek Nga mempunyai ciri-ciri unik yang mencerminkan tradisi makanan masyarakat Kedah. Ia diperbuat daripada adunan tepung gandum, santan, dan kelapa parut segar, menjadikan rasanya lemak dan aromanya wangi. Teksturnya lembut di bahagian dalam tetapi sedikit garing di bahagian luar kerana dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau tanpa minyak sama sekali. Pek Nga biasanya disajikan bersama sambal bilis, gulai ikan, atau gula, menjadikannya hidangan serbaguna yang sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kesederhanaannya serta rasa asli dari bahan-bahan semula jadi menjadikan Pek Nga satu makanan tradisional yang sangat dihargai dan menggambarkan keunikan masakan negeri Kedah.

- 1
- 2768
LAYANG MAS PERLIS

Tarian Layang Mas merupakan salah satu tarian tradisional istana yang berasal dari negeri Perlis. Tarian ini mempunyai nilai sejarah yang unik kerana dikatakan tercipta semasa zaman penghantaran Ufti Bunga Emas oleh Raja Perlis kepada Raja Siam, sewaktu negeri Perlis berada di bawah naungan Kerajaan Siam. Proses penghantaran tersebut dilakukan dengan menaiki gajah, dan dalam perjalanan inilah seorang gembala gajah yang dikenali sebagai Tuk Jambul bersama rakannya Ecan telah mencipta sebuah lagu yang dinamakan Layang Mas.

Sekembalinya mereka dari Siam, kedua-dua individu ini mencipta pula satu bentuk persembahan tari yang diilhamkan daripada lagu tersebut, dan lahirlah Tarian Layang Mas. Tarian ini kemudiannya menjadi salah satu daripada rangkaian tarian Terinai, iaitu satu bentuk tarian istana yang terkenal dengan gerakan gemalai dan simbolik.

Gerakan tarian Layang Mas menonjolkan keindahan pergerakan tangan yang melenggang dan melayang, diiringi pusingan lembut serta gerak bahu dan pinggul yang tersusun. Selendang panjang yang digunakan dalam tarian ini diikat di pinggang dan dipegang dengan ibu jari serta jari telunjuk, menggambarkan seolah-olah sayap seekor burung yang sedang terbang. Keindahan visual ini memperkukuh simbolik kelembutan, kemuliaan, dan keanggunan wanita, justeru tarian ini secara eksklusif ditarikan oleh penari wanita sahaja.

- 5
- 5083
ADAT ISTIADAT KERJA ATAU MENABAL

Adat bekerja yang juga dikenali sebagai Menabal merupakan salah satu tradisi penting dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam konteks pemerintahan dan kerajaan. Upacara ini biasanya dilakukan sebagai upacara rasmi dalam sistem beraja Malaysia untuk menandakan pengiktirafan seseorang sebagai pemerintah, raja atau pegawai negeri. Ia melambangkan peralihan kuasa yang sah dan diluluskan oleh rakyat dan golongan bangsawan.

Upacara Menabal biasanya merangkumi upacara khas yang dipengerusikan oleh seorang tokoh agama atau pemimpin tradisional, dihadiri oleh pembesar negeri, diraja, dan rakyat jelata. Proses istiadat ini merangkumi beberapa elemen penting seperti membaca doa, meletakkan tanda khidmat, serta melafazkan sumpah orang yang dilantik. Sejarah adat ini diwarisi sejak zaman Kerajaan Melayu tradisional, di mana Menabal dianggap sebagai alat penegasan kepimpinan dari segi adat dan agama. Selain memperakui hak memerintah, upacara ini juga memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan dan struktur sosial masyarakat melalui penghormatan adat nenek moyang.

- 0

- 3284
MUZIK TRADISIONAL TABOH IBAN

Taboh merupakan salah satu kesenian muzik tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Perkataan taboh bermaksud bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh alat muzik tradisional Iban. Alat-alat muzik ini terdiri daripada empat alat utama iaitu tawak, gendang, engkerumong dan bebendai.

Taboh dimainkan pada masa-masa tertentu seperti ketika perayaan Hari Gawai Dayak, ritual-ritual Gawai masyarakat Iban, ketika mendirikan rumah panjang baru, memberkati rumah panjang yang baru siap dibina, menghidupkan bulan gerhana, istiadat perkahwinan dan upacara memandikan anak kecil di sungai.

Taboh dibunyikan dalam rentak perlahan, sederhana dan agak pantas serta mempunyai melodi yang tidak sama. Ia bergantung kepada fungsi dan tujuan acara yang diadakan. Terdapat perbezaan melodi dan rentak antara Taboh Iban yang dimainkan di Kuching, Sri Aman, Betong, Saratok, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Selain dimainkan untuk menyambut keramaian seperti Gawai Dayak atau ritual Gawai yang lain. Taboh turut dimainkan semasa upacara Ngalu Petara iaitu bagi menyeru Petara (tuhan) supaya turun dari langit.

- 18
- 6888
TARIAN ZAPIN ARAB

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

- 0

- 7307
TARIAN MANSAYAU

Mansayau adalah tarian tradisional bagi masyarakat etnik Murut dari suku Nabai yang kebanyakannya mendiami daerah Keningau meliputi kawasan Kampung Tuarid Tauf, Tuarid Liawan, Debulat, Masak dan Patikang Laut. Tarian ini diinspirasikan daripada gerakan burung yang beterbangan di atas awan. Pada asalnya, Mansayau adalah sebahagian daripada upacara ritual penyembuhan bagi mereka yang sakit. Setelah upacara selesai, tradisi minum Tapai biasanya diadakan sebagai simbolik penutup ritual tersebut. Pada masa itu, semua yang hadir akan menarikan tarian Mansayau sebagai tanda kesyukuran kepada nenek moyang atas perlindungan mereka dan memohon untuk dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya.

- 5

- 3270
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM SULUK: ADAT PERKAHWINAN

Etnik Suluk merupakan salah satu kumpulan etnik utama yang terdapat di negeri Sabah, khususnya di kawasan pantai timur meliputi daerah Semporna, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Sandakan serta kawasan pantai barat khusunya di daerah Kudat. Etnik ini berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina di mana ia mempunyai sejarah migrasi yang panjang serta hubungan erat dengan masyarakat tempatan di Borneo. Masyarakat Suluk di Sabah terkenal dengan budaya maritim mereka, yang mana kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh aktiviti perikanan dan perdagangan laut. Selain itu, mereka juga dikenali dengan tradisi adat resam yang kaya, termasuk upacara perkahwinan, seni tarian Pangalay, serta keunikan bahasa dan kesusasteraan lisan yang masih diamalkan hingga kini. Agama Islam menjadi teras kepada identiti etnik ini, di mana elemen agama dan adat disepadukan dengan harmoni dalam setiap aspek kehidupan mereka, menjadikan etnik Suluk sebagai salah satu kumpulan etnik yang signifikan dalam landskap kebudayaan di Sabah (Kee Sabariah Kee Mohd Yussof & Asmiaty Amat, 2012).

- 3

- 5515
WAJIK

Wajik merupakan salah satu masakan tradisional yang terkenal dalam masyarakat Malaysia. Hidangan ini telah diwarisi turun-temurun dan telah menjadi sebagian penting budaya dan adat resam Melayu. Wajik dipercayai berasal dari Kepulauan Melayu yang kini merangkumi negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Hidangan ini diperbuat daripada bahan asas yang mudah didapati: beras ketan, gula melaka (gula kelapa) dan santan. Wajik dikatakan dicipta oleh masyarakat petani zaman dahulu yang menggunakan bahan-bahan tempatan dan semula jadi yang murah dan mudah didapati. Di Malaysia, wajik sering dihidangkan semasa perayaan dan perayaan terutamanya semasa majlis perkahwinan, upacara cukur kepala dan hari-hari penting seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Wajik juga sering dianggap sebagai hidangan tradisional yang perlu dihidangkan pada majlis-majlis khas. Dalam masyarakat Melayu, menghidangkan wajik adalah tanda menghormati tetamu dan lambang kegembiraan dan penghargaan terhadap majlis atau majlis yang dianjurkan.

- 0

- 2582
TARIAN JOGET JOHORE SPORTS CLUB

"Joget Johore Sports Club" ialah salah satu lagu yang mengiringi tarian joget, sejenis tarian tradisional Melayu yang popular di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian joget dipercayai berasal daripada tarian Portugis, Branyo, yang diperkenalkan semasa era penjajahan Portugis di Melaka. Sejak itu, joget telah berkembang dan menjadi sebahagian penting dalam budaya Melayu, dengan pelbagai lagu seperti "Joget Johore Sports Club" dicipta untuk mengiringi tarian ini.

Tarian ini mula dipersembah semasa Majlis Santapan Keraian DiRaja Johor, yang menggunakan lagu ghazal Johor berentak joget berjudul Johore Sport Club ciptaan “Bapa Ghazal Johor” iaitu Allahyarham Tuan Hj. Musa bin Yusuff @ Pak Lomak.

Awalnya tarian ini tidak mempunyai ragam khusus kerana ia ditarikan secara spontan seperti joget lambak. Pergerakannya mengikut rentak dan tempo lagu muzik yang dimainkan. Ragam tarinya adalah ragam asas joget, serampang, kunang-kunang mabuk dan diakhiri dengan terancang. Gerak tarinya memperlihatkan kelembutan dan kesantunan yang sinonim dengan masyarakat Melayu.

- 2

- 2958
CEMPULING

Cempuling merupakan salah satu bentuk seni muzik tradisional yang diwarisi daripada masyarakat Jawa dan mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19. Istilah cempuling itu sendiri berasal daripada gabungan perkataan Jawa: com-com (bermaksud pelbagai), pul-pul (berkumpul), dan eling-eling (ingat-mengingati). Gabungan ini membawa maksud "sekumpulan individu yang berkumpul untuk saling memperingati", mencerminkan fungsi asal seni ini sebagai medium penyampaian ajaran Islam dan nasihat kehidupan kepada masyarakat.

Pada era awal kemunculannya, Cempuling digunakan sebagai alat dakwah, menyampaikan mesej spiritual dan nilai-nilai moral dalam bentuk nyanyian, muzik dan persembahan lisan. Ia bukan hanya satu persembahan seni semata-mata, malah menjadi wahana pendidikan rohani dan sosial yang mudah difahami oleh khalayak umum.

Di negeri Selangor, khususnya dalam kalangan masyarakat Jawa di Banting dan Kampung Sungai Pelek, Sepang, Cempuling terus dilestarikan sebagai identiti budaya dan simbol etnik. Ia sering dipersembahkan dalam pelbagai acara kebudayaan seperti majlis perkahwinan, kenduri, dan festival seni, serta turut memainkan peranan dalam memperkukuh ikatan sosial dan perpaduan komuniti.

Salah satu kumpulan yang giat memperjuangkan seni ini ialah Kumpulan Cempuling Damar Wulan dari Kampung Sungai Pelek, Sepang. Kumpulan ini pernah meraih kejayaan sebagai Naib Johan Festival Cempuling anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor. Mereka juga pernah diundang ke program Sembang Nasi Lemak Kopi O (TV3) dan menerbitkan single popular berunsur nasihat berjudul Piye Kepriye dalam bahasa Jawa.

- 11
- 4970
ADAT BERDERAI

Majlis perkahwinan merupakan salah satu upacara meriah yang dilangsungkan dengan semangat gotong-royong dan kerjasama. Adat berderai merupakan salah satu adat yang sering diamalkan ketika perkahwinan di Kelantan. Berderai merupakan kaedah meringankan beban perbelanjaan pihak pengantin dengan cara timbal balas bantuan kewangan yang diberikan oleh rakan, keluarga atau individu yang terdekat kepada pengantin. Contohnya, sekiranya berderai RM1000 diberikan kepada si A ketika majlis perkahwinannya, maka RM1000 juga akan dikembalikan oleh si A kepada pemberi ketika majlis perkahwinan di pihak pemberi.

Adat yang masih diamalkan oleh masyarakat desa ini menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan permuafakatan yang masih tebal dalam kalangan masyarakat setempat.

- 1

- 1166