Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : 430

Susunan :

MUZIK ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Muzik Asli merupakan muzik yang terdengar sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan, bunyi muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan pantun yang berkait dengan sejarah lama seperti lagu Seri Mersing, Siti Payung dan Laksamana Mati Dibunuh. Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu Selasihku Sayang dan Gurindam Jiwa.

Penyanyi atau pemain violin memainkan peranan yang penting dalam persembahan lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sambil diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia memerlukan penguasaan suara dan teknik nyanyian serta pernafasan yang betul. Nyanyian lagu Melayu Asli menggunakan rangkap pantun Melayu sebagai lirik bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya.

• 10
• 1320

ADAT MANDI TIAN

Adat Resam

Mengikut adat Melayu, apabila isteri mengandung genap tujuh bulan maka dilakukan upacara kepercayaan adat mandi tian atau kirim perut oleh Tok Bidan, yang bukannya wajib dalam Islam. Mandi ini dipercayai bertujuan menyelamatkan wanita yang pertama kali mengandung.

• 0
• 1219

TARIAN KADANDIU

Seni Persembahan >Tarian

Kadandiu adalah tarian tradisional masyarakat etnik Tidung yang berasal dari Daerah Tawau, Sabah khususnya di kawasan Balung, Merotai dan Kalabakan. Etnik ini juga turut mendiami beberapa daerah di kawasan Tenggara Sabah seperti Beluran, Sandakan dan Lahad Datu. Kadandiu, bermaksud ‘hatiku rindu’ adalah tarian yang diinspirasikan dari legenda Batu Tinagat, yang mengisahkan Aki Bentawol dan Dayang Dadalit, puteri bungsu dari kayangan yang turun ke bumi untuk mandi bersama enam saudaranya. Kisah ini bermula apabila Aki Bentawol mengambil selendang Dayang Dadalit, menyebabkan puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan.

Dikatakan juga bahawa semenjak Dayang Dadalit berada dibumi hasil pertanian Aki Bentawol seperti padi semakin bertambah-tambah dan dengan itu Aki Bentawol telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan puteri tersebut, kemudian mereka pun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Walaubagaimanapun selepas itu Puteri Dayang Dadalit telah kembali ke kayangan dan meninggalkan Aki Bentawol serta anak mereka dan tidak lagi turun semula ke bumi.

Oleh kerana tarian ini adalah inspirasi daripada kisah lagenda tersebut, maka Kadandiu hendaklah ditarikan dengan jumlah penari wanita seramai 7 orang dan seorang penari lelaki yang lengkap dengan busana keemasan sesuai dengan imej seorang puteri kayangan seperti dalam legendanya.

• 3

• 1344

HADRAH (PERAK)

Seni Persembahan >Muzik

Persembahan Hadrah merupakan kesenian tradisional yang berasal dari Timur Tengah yang berkembang seiring dengan penyebaran agama Islam secara meluas pada awal abad ke-14 di rantau Nusantara. Seni ini kemudiannya menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu, khususnya di kawasan utara Semenanjung Malaysia, termasuk Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak, sejarah perkembangan Hadrah bermula apabila penggiat seni Hadrah dari Kedah, iaitu Tok Che Mat dan Mat Ali yang memperkenalkan kesenian ini ke daerah Selama pada tahun 1949. Sejak itu, Hadrah berkembang ke seluruh negeri Perak dan diakui sebagai salah satu identiti budaya yang penting di negeri ini.

Secara umum, persembahan Hadrah mempamerkan ensembel yang terdiri daripada elemen nyanyian, paluan gendang atau rebana, jenaka, dan juga tarian. Walau bagaimanapun, dalam konteks seni persembahan Hadrah di Perak, ia dikategorikan sebagai muzik tradisional yang hanya menggabungkan elemen nyanyian dan paluan rebana sahaja tanpa melibatkan unsur jenaka atau tarian.  Jika ia dipersembahkan untuk tarian, maka persembahannya adalah disebut Tarian Hadrah. Keunikan ini menjadikan Hadrah Perak lebih tertumpu kepada aspek muzik dan lirik, mengekalkan elemen tradisional yang bersesuaian dengan nilai-nilai budaya tempatan.

Selain itu, identiti Hadrah Perak sering dikategorikan sebagai sebuah kesenian Islam. Pandangan ini berasaskan kepada asal-usulnya yang dikaitkan dengan budaya Arab-Parsi, serta kandungan lirik lagunya yang mengandungi kalimah Arab yang memuji kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W. Elemen-elemen ini menegaskan hubungan seni Hadrah dengan nilai-nilai keislaman, menjadikannya sebagai medium yang bukan sahaja memperkayakan warisan budaya, tetapi juga mencerminkan penghormatan terhadap tradisi keagamaan. Dengan latar belakang sejarah dan ciri khas ini, Hadrah Perak terus dihayati sebagai salah satu seni tradisional yang penting dalam masyarakat Melayu, khususnya di negeri Perak.

• 3
• 1226

VADAI

Makanan Tradisional

Vadai telah tiba di Malaysia bersama-sama dengan migrasi masyarakat India, terutamanya dari India Selatan, seperti Tamil Nadu, Kerala, dan Andhra Pradesh, ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pendatang India ini datang sebagai pekerja buruh untuk bekerja di ladang getah dan pembinaan jalan raya di bawah sistem buruh yang diperkenalkan oleh British. Bersama-sama dengan tradisi dan budaya mereka, mereka juga membawa pelbagai jenis masakan, termasuk vadai.

Tradisi Vadai di India

Di India, vadai telah menjadi sebahagian penting dalam tradisi masakan India Selatan. Ia dimakan sebagai snek harian, makanan ringan, atau dihidangkan pada majlis-majlis khas dan perayaan agama seperti Deepavali.

Pengaruh Vadai di Malaysia

Di Malaysia, pengaruh ini kekal dan berkembang, menjadikan vadai sebagai makanan yang sering ditemui di pasar-pasar malam, kedai mamak, dan gerai makanan di seluruh negara. Vadai merupakan salah satu makanan tradisional yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. Masakan ini, yang berasal dari India Selatan, telah dibawa oleh pendatang India yang berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.

Ciri-Ciri Vadai

Vadai, atau juga dikenali sebagai "vada" atau "vadai," ialah makanan ringan yang dibuat daripada bahan-bahan seperti kacang dhal, tepung beras, dan rempah-ratus yang kemudiannya digoreng hingga rangup. Di Malaysia, vadai bukan sahaja digemari oleh masyarakat India, malah ia turut dinikmati oleh pelbagai kaum kerana keunikan rasanya.

• 1

• 958

TARIAN MAKAK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Makak memanifestasikan aktiviti kehidupan harian etnik Melanau khususnya aktiviti menangkap udang di laut sebagai sumber rezeki, yang kemudiannya udang dijemur untuk dijual ataupun untuk kegunaan sendiri.

Tarian ini mengisahkan sekumpulan lelaki dan wanita turun ke laut membawa alat menangkap udang dinamakan pakak iaitu sejenis jaring halus untuk memerangkap udang. Dengan menaiki perahu kecil dinamakan alui mereka mendayung dan sekali sekala melayangkan pakak ke dalam laut yang telah dikenal pasti mempunyai udang yang banyak.

• 0

• 670

ARANG TAWAK

Seni Persembahan >Tarian

Arang Tawak merupakan tarian tradisional masyarakat etnik Lundayeh, yang sebahagian besarnya mendiami daerah Sipitang dan kawasan pedalaman Long Pasia di Sabah. Dikenali sebagai tarian pahlawan, ia melambangkan keberanian dan semangat kepahlawanan kaum lelaki dalam mempertahankan diri atau mengalahkan musuh dalam peperangan antara puak. Tarian ini dimulakan dengan pukulan gong yang bergema di seluruh kampung, menandakan kepulangan para pahlawan mereka yang diiringi dengan gerak tari gemalai kaum wanita sebagai tanda sambutan. Kemudian, para pahlawan turut serta dalam tarian tersebut, menampilkan gerak-gerak kepahlawanan mereka sebagai simbol kemenangan dan keberanian.

• 3

• 1095

TARIAN ZAPIN SALOR

Seni Persembahan >Tarian

Zapin adalah seni tari Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi dan telah disesuaikan dengan elemen kesenian Melayu. Zapin yang diambil daripada terma Arab iaitu ’zafn' bermaksud ‘tarian’ (Kamus Besar Arab-Melayu, Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur). Tarian Zapin Salor dikatakan telah dibawa masuk ke Kampung Salor, Pasir Mas, Kelantan sekitar tahun 1900 oleh pedagang-pedagang Arab yang berniaga dan berdakwah di sini. Tarian ini asalnya diperkenal oleh seorang saudagar yang bernama Sheik Muhammad yang kemudiannya diketengahkan lagi oleh seorang koreografer tempatan yang bernama Tengku Mahmud. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Tujuan asal Tarian Zapin Salor adalah untuk mengisi masa lapang para pedagang dan pendakwah yang berdagang ke negeri ini. Gerak tarinya berbeza sedikit daripada  tarian-tarian zapin yang terkenal di Johor. Zapin Salor hanya mempunyai empat ragam pergerakan iaitu ‘siku keluar’, ‘semerah’, ‘gelambang’ dan ‘wainab’ atau ‘Mokwan Jenab’. Gerak tarinya adalah berasaskan gerak kaki penari-penarinya.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Pada masa dahulu, zapin ini tidak begitu popular kerana pergerakan yang terlalu perlahan. Namun pada masa kini, Zapin Salor mula diminati kerana telah diolah menjadi lebih tangkas dan ditarikan oleh penari lelaki sahaja, walaupun ada kalanya turut disertai penari wanita.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Tarian Zapin Salor merupakan tarian Melayu tradisional dan warisan sebenar negeri Kelantan yang wajar dipelihara, dipertahan dan diperjuang demi untuk diteruskan penghayatannya oleh generasi masa kini.<o:p></o:p>

• 8
• 3645

MAKYONG (KELANTAN)

Seni Persembahan >Teater

Makyong merupakan satu daripada seni persembahan tradisional Melayu yang sangat unik dan halus sifatnya. Ia menggabungkan unsur-unsur tarian, muzik, drama, nyanyian, ritual dan komedi dalam satu bentuk teater keliling yang bersifat dramatik dan naratif. Pelakonnya pada asalnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang memainkan kesemua watak lelaki dan perempuan, kecuali watak-watak komedi yang dikenali sebagai peran. Pemilihan pelakon wanita sepenuhnya berkait dengan fungsinya sebagai hiburan eksklusif di istana untuk para permaisuri, puteri-puteri dan golongan bangsawan wanita. Keadaan ini timbul kerana kebimbangan pihak istana akan potensi timbulnya hubungan romantik sekiranya pelakon lelaki diundang ketika ketiadaan raja atau pembesar negeri yang keluar menjalankan urusan rasmi. Asal-usul Makyong boleh dijejak sekurang-kurangnya lebih 200 tahun dahulu berdasarkan catatan dalam Hikayat Patani, di mana ia mula berkembang dari istana Yala, Kerajaan Pattani, sebelum tersebar ke Kelantan. Dari situ, ia merebak ke Kedah, Singapura, Kepulauan Riau, serta Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Pada mulanya, Makyong merupakan persembahan istana, khususnya di kalangan golongan bangsawan. Malahan, dokumentasi mengenai pertunjukan Makyong dapat ditemui dalam Syair Perkawinan Anak Kapitan Cina karya Encik Abdullah bertarikh 1277 Hijrah (1860 M), yang menggambarkan suasana perkahwinan Engku Puteri Raja Hamidah dengan anak Kapitan Cina. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran British di Kelantan pada awal abad ke-20, kuasa ekonomi dan politik golongan istana semakin merosot, sekali gus menyebabkan Makyong mula tersebar ke kampung-kampung tanpa lagi naungan istana. Perkembangan ini membawa kepada perubahan bentuk persembahan Makyong pada generasi kedua (selepas banjir besar Bah Air Merah tahun 1926 hingga 1950-an). Pada 2005, UNESCO telah mengiktiraf Makyong sebagai Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity (Karya Agung Warisan Lisan dan Tidak Ketara Manusia), satu pengiktirafan yang mengangkat kepentingan seni ini dalam warisan budaya dunia. Pengiktirafan ini memperkukuhkan lagi kepentingan Makyong dalam memelihara identiti dan khazanah budaya Melayu. Hari ini, pelbagai pihak giat menjalankan usaha dokumentasi, latihan pelapis, dan pemuliharaan bentuk asli Makyong agar ia terus dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

• 25
• 3401

MASAKAN TRADISIONAL ‘AMBUYAT’

Makanan Tradisional

Ambuyat merupakan sejenis makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Brunei dan Bisaya. Begitu pun, makanan unik ini turut digemari dan diwarisi oleh masyarakat Kadazandusun, Murut, Bajau dan Dusun Tatana di Sabah.

Ambuyat merupakan makanan berkanji yang berwarna putih jernih dan teksturnya melekit-lekit seperti gam. Ia dihasilkan menggunakan tepung sagu rumbia yang diperolehi melalui pemprosesan batang pohon rumbia yang dikenali sebagai ‘ampulung’.

Pada zaman dahulu, ambuyat merupakan menu harian dan wajib dihidangkan ketika hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan, sambutan keramaian dan acara perayaan utama kaum-kaum berkenaan.

• 14
• 2116

MUZIK MELAYU ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Asal Usul Gendang Pahang merupakan salah satu elemen muzik tradisional yang sangat penting dalam kebudayaan Melayu di negeri Pahang, Malaysia. Gendang ini memainkan peranan utama dalam pelbagai persembahan seni dan adat resam masyarakat Pahang. Ia memiliki sejarah dan evolusi yang panjang, yang mencerminkan perpaduan budaya Melayu dengan pengaruh luar, serta adaptasi muzik tradisional dengan elemen tempatan. Sejarah

Gendang Pahang dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang dengan pesat di negeri Pahang selepas itu. Ia adalah sebahagian daripada tradisi muzik Melayu yang lebih luas, tetapi dengan keunikan dan kekhususan dalam cara permainan, gaya irama, dan penggunaannya dalam masyarakat Pahang.

Pada asalnya, gendang Pahang digunakan dalam pelbagai acara penting masyarakat Melayu Pahang, seperti upacara perkahwinan, perayaan, dan acara keagamaan. Ia menjadi alat muzik utama dalam persembahan seni seperti mak yong, kuda kepang, dikir barat, dan tarian tradisional yang lain.

• 1

• 1682

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH DAN WANITA SELAKO

Busana Tradisional

Pada asasnya busana lelaki Bidayuh yang berbaju kulit dan bercawat melambangkan pakaian pahlawan dan baju serta seluar hitam adalah pemakaian untuk upacara ritual.  Pemakaian busana lelaki yang berbaju hitam berlenggan panjang dan berseluar panjang merupakan pemakaian busana lelaki secara umum. Terdapat perbezaan busana bagi masyarakat Bidayuh yang wujud mengikut penempatan mereka. Dengan warna utama pada busana mereka iaitu merah, kuning dan hitam.

Bagi masyarakat Bidayuh Salako yang mendiami kawasan Lundu dan Sematan, Sarawak. Terdapat dua jenis baju tradisi bagi wanita iaitu baju berlengan pendek dan baju separuh lengan. Baju-baju ini sama dengan baju tradisional etnik Bidayuh yang lain tetapi etnik Salako memakai baju berwarna putih. Baju tersebut dipadankan dengan sepasang kain sarung paras lutut yang berwarna hitam. Kain sarung itu dihiasi dengan renda-renda, duit syiling, loceng tembaga dan manik-manik halus yang disulami pelbagai warna seperti putih, kuning dan merah.

Disini kita boleh lihat bahawa pakaian traditi Bidayuh bergantung kepada dimana mereka tinggal. Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada empat (4) kumpulan sub-kaum mengikut dialek dan amalan adat resam yang berbeza. Empat (4) kumpulan ini wujud mengikut penempatan mereka iaitu Bukar-Sadong di Serian dan Samarahan, Biatah di Siburan, Padawan dan Kuching, Jagoi-Singai di Bau dan Salako-Rara di Lundu.

• 29
• 9648