TARIAN KADANDIU

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

3

Video

tiada

Pelawat Hari ini

2

Jumlah Pelawat

20

Pengenalan dan sejarah

Kadandiu adalah tarian tradisional masyarakat etnik Tidung yang berasal dari Daerah Tawau, Sabah khususnya di kawasan Balung, Merotai dan Kalabakan. Etnik ini juga turut mendiami beberapa daerah di kawasan Tenggara Sabah seperti Beluran, Sandakan dan Lahad Datu. Kadandiu, bermaksud ‘hatiku rindu’ adalah tarian yang diinspirasikan dari legenda Batu Tinagat, yang mengisahkan Aki Bentawol dan Dayang Dadalit, puteri bungsu dari kayangan yang turun ke bumi untuk mandi bersama enam saudaranya. Kisah ini bermula apabila Aki Bentawol mengambil selendang Dayang Dadalit, menyebabkan puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan.


Dikatakan juga bahawa semenjak Dayang Dadalit berada dibumi hasil pertanian Aki Bentawol seperti padi semakin bertambah-tambah dan dengan itu Aki Bentawol telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan puteri tersebut, kemudian mereka pun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Walaubagaimanapun selepas itu Puteri Dayang Dadalit telah kembali ke kayangan dan meninggalkan Aki Bentawol serta anak mereka dan tidak lagi turun semula ke bumi.

Oleh kerana tarian ini adalah inspirasi daripada kisah lagenda tersebut, maka Kadandiu hendaklah ditarikan dengan jumlah penari wanita seramai 7 orang dan seorang penari lelaki yang lengkap dengan busana keemasan sesuai dengan imej seorang puteri kayangan seperti dalam legendanya. 


Fungsi dan Peranan

Secara tradisional, Kadandiu dipersembahkan sebagai lambang penghormatan terhadap kisah Lagenda Batu Tinagat dan sebagai upacara memperingati Dayang Dadalit. Ia juga merupakan simbol permohonan restu sebelum melakukan aktiviti menuai padi. Kini, fungsi tarian ini telah berkembang menjadi salah satu tarian kebudayaan yang dipersembahkan dalam pelbagai perayaan, acara rasmi, dan sambutan masyarakat Tidung umumnya. Tarian dipercayaimelambangkan kesatuan, penghormatan terhadap alam, serta kepercayaan masyarakat terhadap legenda dan asal usul mereka. 

Busana/ Aksesori

Lazimnya penari wanita tarian Kadandiu akan memakai baju yang berwarna emas sebagai tanda khusus kepada puteri-puteri kayangan. Set busana penari wanita dikenali dengan nama ‘Entor Kesuma’  dipadankan dengan kain sarung yang dipanggil ‘Gabol’. Di bahagian dada akan dipakaikan ‘Kubab Pempulu’  bermaksud dada burung yang menghiasi  bahagian dada si pemakai. Kubab pempulu  ini diperbuat daripada kain baldu yang dilekat dengan  benang emas berhiaskan manik dan labuci. 


Aksesori pada bahagian kepala,  penari wanita akan memakai gandik  yang dikenali dengan nama ‘Makuta’. Makuta ini mempunyai dua lapis gandik iaitu pada bahagian hadapan disebut ‘Makuta Tiara’  dan pada bahagian belakang disebut ‘Jamong’ yang dicucuk pada sanggul rambut. Penari wanita juga, akan lengkap mengenakan barang kemas lengkap seperti anting-anting, Gelang Tawa (gelang tangan), dan Geruncung (gelang kaki) serta ‘Selukup udang’ iaitu hiasan daripada emas atau perak yang dikenakan di bahagian lengan dengan bentuk ukiran indah seperti bentuk  burung dan kupu-kupu. 


Baju penari lelaki pula akan memakai potongan baju teluk belanga. Namun kini, seiring dengan peredaran masa dan dunia kontemporari, busana lelaki dipadankan dengan gaya pemakaian seorang bangsawan melayu. Hiasan kepala akan menggunakan tanjak yang dikenali dengan sebagai ‘Singal’. Pada bahagian aksesori, busana lelaki akan dipakaikan dengan tali pinggang iaitu ‘Panding’ dan kain selempang yang dipanggil ‘Serebit’.



Peralatan/ Bahan-Bahan

Alat muzik digunakan dalam tarian ini ialah Kulintangan, Ketipung (gendang), Gong dan Biola. Pada lazimnya tarian Kadandiu akan diiringi dengan dendangan nyanyian lagu ‘Si Dayang Dalit’ yang dinyanyikan oleh lelaki.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Persembahan kadandiu pada akan ditarikan oleh 7 orang penari wanita dan 1 orang penari lelaki. Tarian ini banyak menggunakan gerakan tangan yang bersilang ganti dengan pergerakan kaki. Gerakan tangan adala gemalai yang dihayunkan dengan lembut baik dalam pola berdiri atau duduk. Meniliti ragam yang terdapat di dalam tarian Kadandiu adalah gerakan turun kayangan yang menggambarkan puteri-puteri kayang turun ke bumi. Gerakan bergurau senda di tepian tasik atau sungai dan bermandi manda. Salah seorang penari wanita akan menari berpasangan dengan penari lelaki menunjukkan simbol watak Aki Bentawol dan Dayang Dadalit

Tokoh dan Pencapaian

Suhaimi Magi. (61 tahun). Kampung Ulu Tomani, 89907 Tenom, Sabah

Sumber Rujukan

Abdul Munir Hafizy Ladoni. (2012). Tidung. Dalam Kntayya Mariappan & Paul Porodong. Siri etnik Sabah ITBM-UMS: Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Institut Terjemahan Buku Malaysia. 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Hassanal Redzuan

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH

088-205070

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!