Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN KANJET NGELEPUT
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
336
Pengenalan dan sejarah
Kanjet Ngeleput merupakan tarian yang menggambarkan suasana keriangan masyarakat etnik Orang Ulu semasa berburu sambil berkelah di hutan. Sementara menanti kembalinya para pemburu dengan hasil buruan, etnik ini biasanya akan berhibur dengan menari mengikut alunan muzik petikan Sape. Alat muzik Sape dalam kalangan etnik Orang Ulu diperbuat daripada kayu yang mudah diperoleh di sekitar kawasan kediaman mereka.
-
Dalam tarian ini penarinya berbusana lengkap sebagai pahlawan dengan pakaian diperbuat daripada kulit haiwan. Busana ini turut dilengkapi topi yang dihiasi manik berwarna-warni dan bulu burung kenyalang, sebilah parang, bekas anak sumpitan yang diikat di pinggang dan sebatang sumpitan di tangan.
-
Tarian ini telah diperkenalkan pada sekitar tahun 1985 oleh Kumpulan Kesenian Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak. Asalnya tarian ini merupakan hasil koreografi menerusi olahan baharu bagi mempelbagaikan lagi jenis-jenis tarian Orang Ulu yang terdapat di Negeri Sarawak. Tarian asal telah dicipta oleh Cik Uli Bilong selaku pakar rujuk bagi etnik Orang Ulu, manakala koreografi pula telah disusun oleh Encik Affendi Sebli. Tarian ini memperlihatkan langkah yang tangkas tetapi senyap semasa berburu di hutan. Apabila melihat sasarannya penari menyumpit dan sumpitannya jarang sekali tidak tepat.
Kini, tarian ini telah diberi nafas baharu melalui elemen pemodenan yang secara langsung telah mengubah struktur asal. Kini tarian Kanjet Ngeleput boleh dikesan dalam pelbagai versi yang tersendiri mengikut kesesuaian sesebuah persembahan.
-
Sumber Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=iFYEj1M-a1k
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!