Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : 423

Susunan :

TARIAN JOGET GAMELAN

Seni Persembahan >Tarian

Joget gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik yang dipercayai bermula sejak zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lagi. Persembahan Joget Gamelan ketika itu berperanan sebagai penyeri majlis perkahwinan. Tarian ini dikatakan mula dipersembahkan di istana empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-19. Ia mula dipertunjuk buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga dengan Wan Esah iaitu adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Tradisi gamelan mencapai kegemilangannya ketika zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah apabila baginda berkahwin dengan Tengku Ampuan Mariam pada tahun 1913.

Semasa di negeri Terengganu, Tengku Ampuan Mariam sendiri yang mereka cipta aspek pakaian atau gerak tarinya, sementara Tuanku Sultan Sulaiman pula mengetuai kumpulan muzik. Tarian Gamelan pada asalnya hanya dipersembah di dalam istana. Namun apabila tarian ini dihidupkan kembali selepas tahun 1960an, ia mula dibawa ke dalam pelbagai majlis terutamanya yang melibatkan sambutan terhadap kerabat diraja atau pembesar negeri. Secara estetikanya, tarian ini adalah tarian yang sangat cantik dan kaya dengan kepelbagaian jenis adat dalam geraknya.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya terdapat 77 jenis repertoir Joget Gamelan. Tetapi hanya 12 tarian berikut sahaja yang masih ditarikan sehingga kini:<o:p></o:p>

1)  Timang Burung

2)  Lambang Sari

3)  Ayak-Ayak

4)  Geliong

5)  Selang Arak/ Kunang-kunang Mabuk

6)  Togok

7)  Anom/ Nongga

8)  Ketam Renjong

9)  Lantai Lima

10) Topeng

11) Ketawang

12) Perang Manggung

• 20
• 6668

PERANAN TOPENG SAGU MELANAU UNTUK KAUM DI SARAWAK, BORNEO

Adat Resam

Kaum Melanau merupakan salah sebuah suku kaum yang terbesar di Sarawak dan tinggal di kawasan pinggir pantai meliputi kawasan Matu Daro, Rejang, Mukah dan beberap daerah lain. Sebahagian daripada mereka adalah  beragama Islam dan Kristian malah terdapat juga kalangan yang mengamalkan kepercayaan animisme memuja semangat Ipok iaitu manifestasi kekuatan dan kuasa alam. Ipok dalam kepercayaan kaum Melanau terdiri daripada Ipok Laut, Ipok Balau yakni hutan, Ipok Sarauang yakni langit dan Ipok Iyang yakni tanah.

Dalam bidang perubatan tradisional, kaum Melanau percaya bahawa seseorang boleh jatuh sakit akibat daripada ketidakseimbangan badan dan tenaga alam melalui gangguan semangat jahat. Justeru, wujud Adat Bebayuh iaitu amalan perubatan animisme kaum ini bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

• 1

• 2502

MUZIK KOMPANG JAWA

Seni Persembahan >Muzik

Kompang Jawa yang juga dikenali sebagai Kompang Tiga adalah salah satu muzik tradisi masyarakat Melayu berketurunan Jawa yang berasaskan paluan kompang.Terdapat perbezaan antara kompang ini dengan kompang lain daripada aspek alatan, paluan dan lagu. <o:p></o:p>

Asalnya kompang ini wujud pada zaman Wali Sembilan di Pulau Jawa, yang berfungsi sebagai salah satu cara berdakwah untuk menarik minat masyarakat bagi mendalami agama Islam. Muzik ini telah dibawa oleh pedagang dari Kepulauan Jawa ke negeri Selangor pada awal tahun 1900. Ia dimainkan di masjid, surau, majlis-majlis keramaian seperti khatam al-Quran, berkhatan, perkahwinan, hari kebesaran serta pesta-pesta yang diadakan secara besar-besaran. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah seperti Assolatu, Bissarri, Ya-Solatun dan Sailillah yang liriknya terdapat di dalam Kitab Berzanji.<o:p></o:p>

• 17
• 3095

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Makanan Tradisional

Tempoyak berasal dari kaedah pemuliharaan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk mengawet durian, terutama semasa musim durian melimpah. Tempoyak menjadi bahan yang popular di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan, Pahang, dan Perak kerana ia dapat disimpan lebih lama dan memberikan rasa unik kepada masakan. Sambal Tempoyak Daun Kayu adalah makanan tradisi dalam kalangan masyarakat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sajian ini dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan juga ikan goreng.

• 0

• 2577

TARIAN SENANDUNG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Melayu asli Sarawak ini dipersembahkan oleh golongan wanita dalam majlis-majlis perkahwinan atau keramaian. Pada asalnya tarian ini diberi nama Dayang Sari, sempena mengambil nama gelaran Dayang iaitu kata nama gelaran bagi kaum wanita dan Sari adalah nama wanita yang disanjung tinggi.

• 0

• 1274

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA: KEMATIAN: UPACARA MENANGGALKAN THAALI

Adat Resam

Masyarakat India meyakini konsep kelahiran semula, di mana kematian diibaratkan seperti tidur, dan roh akan "bangun" selepasnya. Sarjana India juga menjelaskan bahawa kematian adalah pemisahan antara roh dan jasad. Jasad akan musnah, sementara roh kembali ke alam barzakh. Mayat dalam kalangan masyarakat India biasanya dibakar atau dikebumikan.

• 1

• 1466

KUIH BULAN

Makanan Tradisional

Kuih bulan berasal dari China, dan sejarahnya berkait rapat dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang disambut setiap tahun pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai dan diiringi dengan sambutan memandang bulan, sebagai simbol kelimpahan dan kesyukuran. Kuih bulan, yang mempunyai bentuk bulat seperti bulan purnama, melambangkan kesempurnaan dan kebersamaan dalam budaya Cina.

Di Malaysia, kuih bulan dibawa masuk oleh pendatang Cina dan menjadi sebahagian daripada warisan budaya tempatan. Selama bertahun-tahun, ia berkembang dan disesuaikan dengan citarasa serta kreativiti masyarakat Malaysia, menjadikannya hidangan yang lebih unik dan menarik.

Jenis-Jenis Kuih Bulan

Kuih bulan hadir dalam pelbagai jenis dan perisa, mencerminkan kepelbagaian budaya dan citarasa rakyat Malaysia. Antara yang paling popular adalah:

Kuih Bulan Tradisional: Kuih bulan tradisional biasanya mempunyai kulit yang lembut dan nipis, dan isinya terdiri daripada pes kacang merah, pes teratai, atau pes biji teratai. Ada juga versi yang mengandungi telur masin di tengahnya, yang menambah kelazatan serta tekstur yang berbeza.

Kuih Bulan Snow Skin: Versi ini lebih moden dan berbeza daripada kuih bulan tradisional kerana kulitnya tidak dibakar, tetapi dibuat daripada doh yang kenyal seperti mochi. Kuih bulan snow skin sering kali diwarnakan dengan warna-warna menarik dan diisi dengan pelbagai jenis perisa seperti coklat, durian, atau teh hijau.

Kuih Bulan Fusion: Seiring perkembangan zaman, kuih bulan turut mengalami inovasi dari segi rasa dan penyediaan. Kuih bulan fusion biasanya mempunyai perisa moden seperti keju, kopi, coklat, dan pandan. Ia menggambarkan adaptasi kuih bulan dengan selera tempatan serta kreativiti pengusaha kuih di Malaysia.

• 1

• 8638

MUZIK ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Muzik Asli merupakan muzik yang terdengar sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan, bunyi muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan pantun yang berkait dengan sejarah lama seperti lagu Seri Mersing, Siti Payung dan Laksamana Mati Dibunuh. Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu Selasihku Sayang dan Gurindam Jiwa.

Penyanyi atau pemain violin memainkan peranan yang penting dalam persembahan lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sambil diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia memerlukan penguasaan suara dan teknik nyanyian serta pernafasan yang betul. Nyanyian lagu Melayu Asli menggunakan rangkap pantun Melayu sebagai lirik bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya.

• 10
• 2981

DENDANG SITI FATIMAH

Seni Persembahan >Muzik

Dendang Siti Fatimah merupakan sebuah syair tradisional yang sarat dengan nilai-nilai keislaman dan kemanusiaan. Dendangan ini menjadi amat popular di negeri Perak terutamanya ketika adat Berendoi (adat naik buai)ataupun masjlis cukur jambul.

Berakar umbi dari Tanah Arab, syair ini dipercayai bermula sejak zaman Rasulullah SAW, dilagukan oleh sembilan bidadari untuk anakanda-anakanda baginda. Syair ini kemudiannya diwarisi oleh Saiyidatina Fatimah az-Zahra, yang mendendangkannya kepada anak-anaknya, Saidina Hassan dan Saidina Hussin, untuk menidurkan mereka. Sejak itu, syair ini dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah, melambangkan kasih sayang dan kelembutan seorang ibu.

Seni kata asal syair ini disusun dalam bahasa Arab dan mengandungi puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Ia juga menyentuh aspek kehidupan seorang ibu, bermula dari saat kehamilan, kesulitan melahirkan, sehingga kepada pengorbanan membesarkan anak. Dendangan ini turut mengandungi pesan-pesan nasihat yang mendalam, mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menghargai ibu bapa serta menjunjung nilai kasih sayang dan rasa syukur.

Di Nusantara, Dendang Siti Fatimah telah melalui proses asimilasi budaya, di mana lirik-liriknya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diolah sesuai dengan budaya setempat. Walaupun mengalami adaptasi, ia tetap mengekalkan intipati keindahan dan pesan moral yang menjadi tunjang warisan seni ini. Kini, Dendang Siti Fatimah bukan sekadar sebuah syair, tetapi simbol warisan seni yang menghubungkan generasi masa kini dengan nilai-nilai tradisi dan agama di negeri Perak.

• 3
• 2274

NASI AMBENG

Makanan Tradisional

Nasi Ambeng ialah hidangan tradisional masyarakat Jawa yang terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan dalam tampah (dulang) beralaskan daun pisang, bersama pelbagai lauk-pauk di sekelilingnya. Lauk-pauk tersebut termasuk pegedil, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, mi atau bihun goreng, opor ayam, kerisik, serunding kelapa, kuih-muih, dan buah-buahan. Nasi ini dimasukkan ke dalam acuan atau besen terlebih dahulu sebelum dihidangkan agar kenyal dan tidak mudah bertabur. Hidangan ini popular dalam kalangan masyarakat Jawa di Malaysia, terutamanya di negeri Selangor dan Johor. Ia biasanya disajikan semasa majlis kenduri, tahlil, dan keramaian, mencerminkan semangat kebersamaan dalam budaya Jawa. Nasi Ambeng bukan sahaja merupakan hidangan yang kaya dengan pelbagai rasa dan tekstur, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai budaya dan sosial masyarakat Jawa di Malaysia, khususnya di Selangor dan Johor. Penyediaan dan penyajiannya yang unik menekankan kepentingan kebersamaan, kerjasama, dan semangat komuniti dalam tradisi mereka.

• 0

• 3232

KUIH KERIA

Makanan Tradisional

Kuih keria merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang sangat popular di Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Kuih ini sejenis makanan ringan yang berbentuk seperti donat, tetapi ia dihasilkan daripada ubi keledek dan dilapis dengan gula melaka atau gula pasir. Nama kuih keria dipercayai berasal daripada perkataan "keria," yang merujuk kepada bentuk bulat kuih ini dengan lubang di tengah, menyerupai roda atau gelung.

Dalam dialek Melayu, bentuk ini sering dikaitkan dengan perkataan "keria" yang membawa maksud bulat atau roda kecil. Kuih keria dipercayai berakar dari makanan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman dahulu, apabila penggunaan ubi keledek sebagai bahan makanan utama sangat meluas. Ubi keledek sering digunakan dalam masakan dan kuih-muih kerana ia mudah didapati, murah, dan berkhasiat. Resipi kuih keria dikatakan bermula sebagai alternatif makanan ringan yang menggunakan bahan-bahan asas tempatan, seperti ubi keledek, tepung gandum, dan gula. Walaupun asal usul tepatnya tidak didokumentasikan secara jelas, kuih keria telah menjadi bahagian penting dalam budaya makanan masyarakat Nusantara.

Kuih keria tradisional menggunakan gula pasir cair sebagai lapisan bagi menghasilkan kuih yang berkilat dan manis. Ini adalah versi yang lebih lama dan biasa ditemui di pasar-pasar tradisional. Diperkenalkan kemudian, menggunakan gula melaka cair yang memberikan rasa karamel yang unik. Versi ini sangat terkenal di Melaka, khususnya di kawasan seperti Limbongan. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan menjadi terkenal kerana menggunakan resipi khas yang memberikan tekstur lembut dan lapisan gula melaka yang kaya.

Keunikan Kuih Keria Gula Melaka :

 Menggunakan gula melaka asli, memberikan rasa karamel yang berbeza berbanding gula pasir.

 Lebih harum dan kaya dengan aroma tradisional, membuatkan ia menjadi kegemaran ramai.

Fakta Menarik Tentang Kuih Keria

 Kuih Keria Antarabangsa Melaka: Gerai kuih keria ini sangat terkenal dan menjadi ikon kulinari Melaka.

 Simbol Makanan Jalanan Malaysia: Kuih keria sering dijual di pasar malam dan gerai jalanan, menjadi kegemaran ramai.

• 1

• 5714

MUZIK KENTRONG

Seni Persembahan >Muzik

Kentrong diperkenalkan oleh pedagang dari Indonesia ke Tanah Melayu dan kemudiannya berkembang di Malaysia, terutamanya di Selangor dan Johor. Prof. Dr. Ding Choo Ming, Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam tulisannya yang bertajuk Perdagangan dan Penghijrahan Membuka Jalan Kepada Penyebaran Karya Sastera Melayu Tradisional, menjelaskan bahawa ramai tokoh seperti penulis, tukang salin, tukang cerita, dan tukang kentrong di Jawa, jurupantun di Sunda, serta penglipur lara sering berulang-alik mengharungi lautan dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di daratan untuk menghibur dan mendidik masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa penghijrahan serta perkembangan aktiviti sastera, seni, dan budaya berlaku akibat pengaruh serta perubahan politik yang positif di Malaysia.

• 1

• 1550