Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : 423

Susunan :

LAKSA PENANG

Makanan Tradisional

Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah yang cukup lazat dan sihat, kerana kaya dengan sumber protein. Hanya dengan sekali hirupan, kuah laksa akan memberikan rasa lemak ikan, pedas, masam, manis, ditambah dengan aroma bunga kantan dan daun kesum yang menyelerakan. Gigitan mi laksa daripada tepung beras yang kenyal-kenyal lembut pula melengkapkan hidangan dengan sumber karbohidrat. Disebabkan itulah, laksa diterima sebagai makanan yang sihat, berbanding hidangan mi yang lain.

Laksa merupakan makanan yang berusul daripada kaum Peranakan. Dipercayai masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang sekitar kurun ke-15, makanan ini mula beradaptasi dengan masyarakat melayu menerusi perkahwinan campur lelaki Cina dan wanita Melayu. Semenjak itulah hidangan laksa kian popular. Cumanya, ketika pedagang Cina memperkenalkan masakan ini, mi laksa dimakan dengan sup kosong. Apabila wanita-wanita Melayu menjadi isteri pedagang-pedagang inilah, maka laksa telah diubah-suai mengikut selera tempatan.

Nama ‘laksa’ sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta laksa. Hidangan Laksa Penang yang terkenal dengan pelbagai rencah rasa dalam kuahnya, disajikan pula dengan hirisan timun, daun salad, telur, limau, petis (otak udang) dan cili padi. Di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang, laksa dihidangkan dengan hirisan nanas dan daun pudina. Rencah-rencah ini menyebabkan laksa bertambah enak dan sihat. Kerana unik dan lengkapnya hidangan ini, Laksa Penang merupakan satu-satunya makanan dari Malaysia yang dinobatkan kedudukan ketujuh dalam 50 Makanan Terbaik Dunia oleh CNN, disebabkan zat hidangannya lengkap dan rasanya yang lazat.

Bahan-bahan asas adalah sama seperti laksa negeri lain di Malaysia. Uniknya, Laksa Penang menggunakan mi yang diperbuat daripada tepung gandum ataupun tepung beras. Untuk menambah rasanya, petis atau pati otak udang dicampur atau dinikmati bersama kuah isi ikan kembung dan lain-lain jenis ikan sebagai perisa tambahan.

• 1
• 4085

TARIAN LENGGOK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Lenggok merupakan salah satu tarian tradisional yang berasal dari negeri Perak dan popular di beberapa kawasan seperti Sitiawan, Pasir Panjang, dan Bagan Datoh. Tarian ini berakar daripada tradisi istana dan lazimnya hanya dipersembahkan di dalam Istana untuk majlis-majlis diraja, termasuk sebagai hiburan untuk pembesar istana serta persembahan kepada tetamu-tetamu luar. Pada asalnya, tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita, mencerminkan gerakan yang gemalai dan lemah lembut. Ciri-ciri ini menjadikan Tarian Lenggok sebagai simbol kesopanan dan kehalusan budaya dalam institusi diraja Perak pada masa lalu.

Menurut catatan sejarah, asal-usul Tarian Lenggok dipercayai berasal dari Aceh. Hal ini berkaitan dengan sejarah seorang anak raja Aceh, Sultan Malek Al Mansur, yang dikatakan telah membuka Kerajaan Melayu Beruas sekitar tahun 1453 yang menjadikan tarian Lenggok sebagai sebuah bentuk hiburan Istana. Setelah itu, beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan asal usul tarian ini di negeri Perak adalah seperti sejarah hubungan rapat antara Perak dan Aceh dapat dikesan melalui pemerintahan Sultan Mudzafar Shah I, Sultan pertama Perak, sehingga pemerintahan Sultan Mukkadam Shah, Sultan keenam. Selain itu, hubungan kekeluargaan antara kerabat diraja Perak dan Aceh melalui perkahwinan dengan puteri-puteri diraja Aceh turut mengukuhkan pengaruh budaya Aceh di Perak, yang sebahagiannya diwarisi hingga kini.

Dari segi ciri dan gaya persembahan, Tarian Lenggok juga mempunyai persamaan dengan Tarian Mensuekat dari Aceh. Namun, perbezaan utama terletak pada konteks dan tujuan persembahan. Tarian Lenggok di Perak khusus dipersembahkan dalam istana untuk majlis perkahwinan diraja, hiburan kepada pembesar, serta sambutan tetamu luar. Sebaliknya, Tarian Mensuekat bercorak keagamaan dan berfungsi untuk menyebarkan ajaran Wujudiah. Walaupun begitu, secara tradisinya, Tarian Lenggok kini dianggap sebagai warisan budaya yang unik kepada negeri Perak, mencerminkan keindahan dan kehalusan seni tradisional tempatan.

• 7
• 2417

PERSEMBAHAN BORIA

Seni Persembahan >Muzik

Boria adalah seni teater tradisional yang secara umumnya dikaitkan dengan sejarah dan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein oleh tentera-tentera Khalifah Muawiyah bin Abi Suffian. Upacara memperingati peristiwa ini diadakan secara tahunan oleh pengikut-pengikut Syiah. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa Boria dibawa masuk oleh orang India Muslim ke Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-19. Ketika itu permainan Boria hanya disertai oleh pedagang India Muslim yang menyambut 10 Muharam sempena peristiwa Karbala. Mereka menconteng muka, bertopeng dan memakai pakaian dari guni yang dikenali sebagai Boria Kuli Kalin, manakala orang Melayu ketika itu hanya menjadi penonton sahaja.            <o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Perkataan Boria juga dikatakan berasal dari perkataan ‘Borai’ yang dalam bahasa Hindustan bermaksud gila atau sasau. Boria juga membawa maksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British. Mereka mempersembahkan Boria di atas hamparan tikar, manakala pakaian mereka juga dibuat daripada tikar bagi mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Ada juga berpendapat ia meminjam perkataan ‘Bori’ dari kaum Gujerat yang datang berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan ‘Ria’ sahaja iaitu bersuka-ria dan kemudian dinamakan Boria. Walau apa pun versi mengenai asal-usul Boria, tiada siapa yang dapat menyatakan ia betul atau salah, kerana kebanyakan sumber rujukan awal ini adalah dari sumber lisan, bukan sumber bertulis.<o:p></o:p>

• 20
• 9379

CENCALOK

Makanan Tradisional

Cencaluk adalah sejenis atau perasa tradisional yang berasal dari Malaysia dan Sumatera. Ia terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan merupakan makanan yang sering digunakan sebagai penambah rasa dalam pelbagai hidangan. Cencaluk terbuat daripada udang yang difermentasi dengan garam dan gula. Proses fermentasi ini memberikan cencaluk rasa yang sangat khas sedikit masam, manis, masin dan pahit.

Cencaluk dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia, dan kemudiannya dibawa ke Malaysia melalui pengaruh perdagangan antara kedua-dua negara. Ia telah menjadi salah satu bahan asas dalam masakan Melayu tradisional, terutamanya di negeri-negeri seperti Melaka, Johor, dan Pahang.

Ciri-ciri Cencaluk

• Rasa: Masin, sedikit masam, dan berasa umami, bergantung kepada bahan dan proses pembuatan.

• Tekstur: Lembut dan cair, bergantung kepada berapa lama ia diperam.

• Warna: Cencaluk biasanya berwarna merah jambu atau oren muda, bergantung kepada jenis udang yang digunakan dan campuran bahan lain.

• 1

• 2887

PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG

Permainan Tradisional

Kercang merupakan sejenis alat permainan tradisi Melayu lama yang diperbuat daripada gelungan rotan yang disusun hingga menghasilkan pelbagai bentuk. Pada masa dahulu, permainan ini sangat popular dalam kalangan Orang Asli (etnik Jakun) dan orang Melayu lama yang tinggal di sekitar kawasan pedalaman hutan Endau.<o:p></o:p>

• 20
• 2838

TARIAN ALU-ALU

Seni Persembahan >Tarian

Penari Tarian Alu Alu biasanya terdiri daripada empat orang lelaki dan enam orang wanita. Tarian ini adalah begitu menarik dan amat unik dengan penggunaan buluh oleh para penari untuk melakukan gimik-gimik akrobatik. Umumnya tarian ini tidak mempunyai gerak tari yang spesifik, kecuali gerakan yang banyak dipengaruhi aksi-aksi dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau termasuklah dalam kerja dan proses membuat sagu. Malah, gerak tarinya penari Tarian Alu Alu juga boleh diperolehi dan diinspirasikan menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan dan permainan rakyat.

• 0

• 3836

TARIAN MODTOMU SUMIRID

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sumirid merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat etnik Kadazan-Dusun dari suku Dusun Liwan yang menetap di kawasan Kundasang  daerah Ranau, Sabah. Tarian ini memiliki sejarah unik kerana namanya di ambil bersempena acara khas pertemuan di antara pemimpin-pemimpin kampung atau puak bagi menyelesaikan perbalahan, permasalahan, atau isu penting dalam komuniti mereka iaitu acara ‘Modtomu’.

Manakala istilah ‘Sumirid’ pula merujuk kepada gerakan dalam proses tradisional memisahkan padi dari tangkainya dengan cara memijak-mijak menggunakan kaki, yang dikenali sebagai acara Mongogik dalam bahasa Dusun. Sebelum adanya teknologi mesin pelerai padi, Mongogik dilakukan secara manual dan merupakan kaedah penting dalam pengolahan hasil padi. Pergerakan ini kemudian dijadikan inspirasi bagi rekabentuk Tarian Sumirid yangbukan sahaja sebagai sebuah tarian, tetapi juga simbol budaya yang memelihara amalan tradisi masyarakat Dusun Liwan.

• 1

• 2141

TARIAN ZAPIN ARAB

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin  ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

• 0

• 5850

GENDANG PERLIS

Seni Persembahan >Muzik

Pada zaman dahulu, Gendang Perlis dimainkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau majlis-majlis keramaian. Mengikut sejarah, muzik Gendang Silat asalnya dimainkan ketika temasya laga kerbau dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syafii (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943).<o:p></o:p>

• 17
• 1143

ADAT RESAM DAN BUDAYA SEBELUM PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA: UPACARA BERTUNANG

Adat Resam

Dalam masyarakat Cina, perkahwinan dianggap sebagai satu titik permulaan yang penting dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan salah satu aspek utama dalam memperkukuhkan serta mengekalkan institusi keluarga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keturunan dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Perkataan perkahwinan dalam bahasa Cina ialah 婚姻 (pinyin: hūn yīn). Pada asalnya, perkahwinan tradisional Cina sering diatur oleh keluarga yang berminat untuk menggabungkan hubungan.

Majlis perkahwinan biasanya diadakan setelah setahun bertunang atau dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan. Namun, jika sebelum hari perkahwinan berlaku kematian dalam keluarga salah seorang bakal pengantin, perkahwinan tersebut perlu ditangguhkan hingga tahun berikutnya atau selama 100 hari. Adalah dianggap tidak sesuai untuk melangsungkan perkahwinan ketika ahli keluarga sedang berkabung.

• 0

• 4066

ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN

Adat Resam

Masyarakat Minangkabau yang mewarisi adat ini mempercayai sepenuhnya bahawa Datuk Perpatih Nan Sabatang, juga dikenali sebagai Cati Bilang Pandai dan penasihat Sri Maharajo Dirajo, pemerintah pertama Minangkabau, telah mewujudkan sistem matrilini melalui keperibadian Ibu Kandung. Istilah Adat Perpatih hanya bermula semenjak kedatangan Islam pada abad ke-15, seiring dengan kewujudan adat ini di wilayah-wilayah yang kemudiannya membentuk gabungan Negeri Sembilan pada abad ke-18.

Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Pada abad ke-15 pantai timur Sumatera di Indonesia adalah sebahagian daripada wilayah Minangkabau di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka di Tanah Melayu. Justeru, kedatangan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu adalah amalan biasa. Mereka membawa masuk adat ini yang diterima dan mula berkembang terutamanya di kawasan Paya Kumbuh, Batu Hampar, Tanah Datar dan Seri Lemak.

Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning adalah gabungan adat ini yang diamalkan di Minangkabau dengan adat penduduk setempat dan berasaskan hukum syarak. Oleh itu, terdapat kelainan unsur adat ini di wilayah-wilayah tersebut dengan yang di Minangkabau yang mengandungi unsur-unsur merantau, berdagang atau berhijrah.

Suku Biduanda adalah suku utama daripada 12 suku dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan, dan terdapat dalam mana-mana jua wilayah adat atau luak kerana ini diamal oleh penduduk asal.

• 0

• 9316

ASAM ROM

Makanan Tradisional

Asam Rom Pahang adalah salah satu hidangan tradisional dari negeri Pahang yang terkenal dengan rasa asam yang segar dan pedas. Hidangan ini biasanya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti asam gelugur, ikan, dan rempah-rempah tempatan. Asam Rom lebih dikenali dalam kalangan penduduk pantai timur dan sering dihidangkan bersama nasi sebagai lauk yang menyelerakan.

Asal Usul Asam Rom Pahang:

Asam Rom adalah masakan tradisional yang telah diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu di Pahang, terutama di kawasan pedalaman dan pesisir pantai. Masakan ini biasanya disediakan menggunakan bahan-bahan tempatan yang mudah didapati seperti asam gelugur, yang memberikan rasa masam yang menyegarkan, serta bahan rempah yang menyatu sempurna dengan rasa ikan atau makanan laut.

• 0

• 1153