Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Makanan Tradisional] 116

Susunan :

LEPAT PISANG

Makanan Tradisional

Lepat Pisang merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang cukup terkenal di negeri Kedah. Kuih ini diperbuat daripada jenis Pisang Nipah atau turut dikenali sebagai pisang Kepok yang ranum dan dilenyek lalu digaul bersama tepung, kelapa parut, dan gula, sebelum dibungkus dengan daun pisang yang kemudiannya dikukus hingga masak. Keunikan aroma harum daun pisang yang meresap ke dalam adunan menjadikan Lepat Pisang sangat digemari masyarakat setempat, sama ada untuk sarapan pagi, minum petang mahupun sebagai juadah kenduri.

Sejarah Lepat Pisang di Kedah berkait rapat dengan cara hidup masyarakat kampung yang bergantung pada hasil tanaman di sekeliling rumah. Pisang yang mudah didapati di sekitar kampung tidak hanya dimakan segar, tetapi turut diolah menjadi pelbagai jenis hidangan seperti pengat pisang, cekodok, dan lepat. Dari kreativiti inilah terciptanya kuih Lepat Pisang yang menjadi salah satu menu kuih tradisional bagi masyarakat di negeri Kedah. Jenis kuih ini sekaligus menambahkan variasi kepelbagaian kuih berasaskan pisang. Walaupun sederhana bahannya, tetapi ia kaya dengan rasa dan nilai tradisi.

• 9

• 1011

HALWA MASKAT

Makanan Tradisional

Halwa Maskat dipercayai berasal dari bandar Masqat di negara Oman di Timur Tengah, tetapi telah diadaptasi kepada cita rasa tempatan. Tidak pasti sama ada ia popular di negeri lain di Malaysia, kerana ia tidak dihasilkan secara harian. Halwa merupakan makanan orang India yang telah memberi inspirasi kepada masyarakat Melayu yang kemudian mengubahsuai namanya menjadi Halwa Maskat.<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Halwa Maskat merupakan sejenis manisan berbentuk segi empat seperti jeli, yang berwarna kuning atau jingga. Ia dihasilkan dari minyak sapi, tepung, dan gula. Halwa Maskat merupakan manisan tradisi istimewa di Pulau Pinang yang dihidangkan hanya pada hari perayaan. <o:p></o:p>

• 47
• 3255

MENTARANG BAKAR

Makanan Tradisional

Mentarang ialah sejenis kerang bercengkerang dua daripada kumpulan siput laut dalam kelas Moluska Bivalvia. Ia mempunyai bentuk cangkerang yang panjang, licin dan berwarna cerah. Dikenali dengan nama saintifik Pharella javanica, mentarang hidup di kawasan berlumpur pesisir pantai, terutamanya di zon pasang surut. Di Malaysia, ia banyak ditemui di kawasan utara Semenanjung, terutamanya di negeri Perlis dan telah menjadi makanan laut yang digemari masyarakat tempatan sejak sekian lama.

Masyarakat pesisir seperti di Kuala Sanglang, Perlis telah sekian lama menjadikan mentarang sebagai sebahagian daripada sumber makanan harian, terutamanya ketika musim mentarang, iaitu selepas musim hujan apabila paras air laut surut dan permukaan lumpur terdedah. Pada masa ini, penduduk tempatan akan turun ke pantai mencari mentarang secara tradisional, sama ada menggunakan cangkul kecil atau hanya dengan tangan.

Salah satu kaedah penyediaan mentarang yang paling popular ialah secara dibakar yang dikenali dalam loghat tempatan sebagai Mentarang Bakaq. Proses ini dilakukan secara ringkas dengan memanggang mentarang di atas bara api sehingga cengkerangnya terbuka. Kaedah ini bukan sahaja mengekalkan rasa manis dan aroma laut yang asli, tetapi juga telah menjadi satu aktiviti sosial yang mengeratkan hubungan komuniti, terutamanya apabila dilakukan secara beramai-ramai ketika tibanya musim mentarang.

Populariti Mentarang Bakaq sebagai juadah tradisional telah melangkaui sempadan geografi dan kini semakin dikenali di peringkat nasional sebagai warisan gastronomi masyarakat pesisir. Namun begitu, perubahan alam sekitar dan penangkapan berlebihan menimbulkan keperluan untuk pengurusan sumber yang lestari bagi menjamin kelangsungan spesies ini dan amalan budaya yang mengiringinya.

• 2

• 1244

KUIH CHANG NYONYA

Makanan Tradisional

Kuih Chang Nyonya adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Baba Nyonya yang sangat terkenal, terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang. Kuih ini juga dikenali sebagai Nyonya Chang atau Zongzi dalam budaya Cina. Kuih Chang merupakan sejenis kuih pulut yang dibalut dengan daun buluh (daun bambu) dan dimasak dengan cara dikukus atau direbus.

Kuih Chang berasal daripada tradisi Cina, khususnya perayaan Duan Wu Jie (Perayaan Dumpling atau Perayaan Bot Naga). Perayaan ini disambut bagi memperingati seorang tokoh patriotik Cina bernama Qu Yuan, seorang penyair dan menteri zaman purba. Kuih Chang mula diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya apabila komuniti Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Kuih ini kemudiannya disesuaikan dengan citarasa tempatan oleh masyarakat Baba Nyonya, menjadikannya unik dengan gabungan elemen masakan Cina dan Melayu.

Ciri-ciri kuih

Kuih Chang Nyonya berbeza daripada Chang tradisional Cina kerana ia menggunakan bahan-bahan dan teknik unik yang menyesuaikan kuih ini dengan rasa masyarakat Peranakan. Antara ciri khas Kuih Chang Nyonya:

1. Pulut berwarna biru

o Pulutnya sering diwarnakan dengan bunga telang, yang memberikan warna biru semula jadi.

o Biasanya, hanya sebahagian pulut diwarnakan biru untuk mencipta corak yang menarik.

2. Isi (inti) yang manis dan pedas

o Inti Kuih Chang Nyonya diperbuat daripada daging babi atau ayam cincang, kacang tanah, dan bahan perasa seperti rempah-rempah, gula melaka, dan kelapa parut.

o Rempah khas Baba Nyonya seperti buah keras (buah keluak) atau ketumbar sering ditambah untuk memberi aroma istimewa.

3. Daun buluh sebagai pembalut

o Kuih Chang Nyonya dibalut dengan teliti dalam bentuk piramid kecil menggunakan daun buluh, sama seperti Chang tradisional.

• 1

• 4176

KUIH DANGAI

Makanan Tradisional

Kuih Dangai merupakan sejenis kuih tradisional yang sangat popular di utara Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Perlis. Kuih ini diperbuat daripada campuran kelapa parut, tepung pulut dan gula (biasanya gula Melaka), lalu dibakar menggunakan acuan khas yang memberikan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Aroma kelapa bakar yang harum menjadikan kuih ini amat digemari sebagai sajian minum petang mahupun pencuci mulut.

Dari segi asal usul, kuih Dangai dipercayai muncul sebagai hasil kreativiti masyarakat kampung dalam memanfaatkan bahan tempatan seperti kelapa dan tepung pulut. Ia kerap disediakan dalam suasana gotong-royong, terutama ketika musim perayaan atau kenduri. Proses penyediaannya memerlukan kemahiran tertentu untuk mengawal api bara dan memastikan kuih masak sekata tanpa hangus. Namun kini, kebanyakan kuih ini dibakar menggunakan peralatan moden seperti menggunakan ketuhar dan penggoreng kering (air fryer) untuk menjimatkan masa dan memudahkan proses pembakaran.

Kuih ini turut dikenali sebagai “kuih rangin” di beberapa negeri lain seperti Johor dan Melaka, dengan sedikit variasi dari segi rasa dan kaedah memasak. Penyebaran kuih Dangai ke seluruh Malaysia memperlihatkan betapa makanan tradisional ini diterima secara meluas dan menjadi sebahagian daripada warisan budaya kulinari Melayu dari negeri Perlis.

Hari ini, walaupun kuih Dangai semakin jarang ditemui di kawasan bandar, masih terdapat segelintir peniaga dan peminat makanan tradisional yang berusaha melestarikan warisan ini melalui jualan dalam talian, pasar tani dan program promosi makanan warisan untuk para penggemarnya.

• 7

• 3736

MANOK PANSUH

Makanan Tradisional

Manok Pansuh merupakan sejenis makanan tradisi dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Manok bermaksud ayam dan pansuh bermaksud memasak makanan dalam buluh. Justeru, Manok Pansuh ialah resipi ayam yang dimasak dalam buluh.

Manok Pansuh sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi pulut yang dimasak dalam buluh atau dimakan begitu sahaja. Sebahagian tempat di Sarawak masih lagi memasak Manok Pansuh menggunakan cara tradisional ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat di kawasan bandar kini semakin jarang menggunakan buluh sebagai peralatan utama dalam proses memasak Manok Pansuh.

• 33
• 6521

DODOL

Makanan Tradisional

Dodol dipercayai berasal dari Indonesia, khususnya dari wilayah Jawa dan Sunda. Pada asalnya, ia adalah makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, termasuk di negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Filipina, dan Singapura.

Dodol adalah salah satu jenis kuih yang dimasak menggunakan teknik memasak berjam-jam dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di kawasan tropika, seperti santan kelapa dan gula kelapa. Makanan ini menjadi simbol kemakmuran dan kelimpahan kerana proses penyediaannya yang memerlukan waktu lama dan tenaga yang banyak. Oleh itu, dodol menjadi hidangan khas untuk majlis-majlis besar dan perayaan-perayaan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Dodol mula dikenali di Malaysia melalui pengaruh budaya dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, khususnya melalui Selat Melaka, yang merupakan laluan perdagangan utama pada zaman dahulu. Para pedagang membawa bersama mereka bukan sahaja barangan tetapi juga tradisi masakan, termasuk dodol.

Dodol terus berkembang di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya di negeri-negeri seperti Pahang, Selangor, Johor, dan Perak. Ia menjadi hidangan tradisional yang sangat popular dan sering disediakan semasa Hari Raya, majlis perkahwinan, dan kenduri.

Variasi Dodol

Walaupun bahan asas dan cara pembuatan dodol tidak banyak berbeza dengan dodol dari negeri lain, terdapat beberapa variasi dan pengubahsuaian yang memberi ciri unik kepada Dodol, seperti:

1. Dodol Durian: Beberapa pembuatan dodol menggabungkan isi durian, memberikan rasa yang lebih aromatik dan berkekalan. Ini menjadikan dodol durian sangat digemari oleh penggemar durian.

2. Dodol Kacang: Dalam beberapa variasi, kacang tanah atau kacang hijau digunakan dalam dodol, memberikan tekstur yang lebih menarik dan rasa yang berbeza.

3. Dodol Nanas: Beberapa pengusaha dodol juga menghasilkan dodol nanas, yang memadukan rasa manis dan sedikit masam daripada nanas segar dengan kepekatan dan kelembutan dodol.

• 1

• 9402

KUIH KARAS (KEDAH)

Makanan Tradisional

Kuih Karas diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk jaring halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dalam minyak panas dengan menggunakan acuan khas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat. Kuih Karas sangat popular dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Setar, Kedah.

• 2
• 5858

MAKANAN TRADISIONAL TAU FU FAH

Makanan Tradisional

Tau Fu Fah, juga dikenali sebagai douhua, adalah pencuci mulut tradisional yang berasal dari China dan popular di kalangan masyarakat Cina. Hidangan ini diperbuat daripada susu soya beku, menghasilkan tekstur berkrim seperti puding. Sejarahnya bermula sejak Dinasti Han (206 SM - 220 AD) apabila ahli perubatan Liu An menemui proses membuat tauhu  menggunakan air garam untuk menggumpalkan susu  soya. Tau Fu Fah kemudiannya menjadi hidangan tradisional yang sangat popular terutamanya di Asia Tenggara dengan variasi sirap gula merah atau gula Melaka sebagai bahan tambahan untuk menghasilkan rasa manis pada hidangan makanan.

Di Malaysia,  menu Tau Fu Fah sangat popular dan sering dijual di pasar malam dan restoran tradisional. Selain versi klasik, terdapat variasi moden yang menggunakan pelbagai topping seperti kacang atau bijan. Hidangan ini bukan sahaja lazat malah mempunyai kesan kesihatan yang baik, dikatakan membantu menyihatkan badan mengikut perubatan tradisional Cina. Tau Fu Fah mencerminkan warisan kulinari masyarakat Cina, kaya dengan sejarah dan budaya serta kekal sebagai bahagian penting dalam warisan masakan rantau ini.

• 1

• 6980

KETUPAT PALAS

Makanan Tradisional

Ketupat palas merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu yang amat sinonim dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, khususnya Perlis. Ia diperbuat daripada beras pulut yang dimasak bersama santan dan garam, lalu dibungkus menggunakan daun palas (Licuala spinosa) dalam bentuk segi tiga yang unik dan padat. Ketupat ini lazimnya dihidangkan bersama rendang, serunding daging atau ayam.

Asal usul ketupat palas berkait rapat dengan budaya agraria dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang mengutamakan penggunaan hasil alam sekitar. Walaupun tiada tarikh penciptaan yang pasti, makanan ketupat secara umum dipercayai telah wujud sejak zaman awal penyebaran Islam di Nusantara. Dalam manuskrip dan catatan sejarah Melayu lama, ketupat sering disebut dalam konteks kenduri, upacara keagamaan dan perayaan sebagai lambang kesyukuran dan penyatuan masyarakat.

Ketupat palas kemudiannya berkembang sebagai variasi tempatan apabila masyarakat Melayu di utara mula menggunakan daun palas, yang lebih mudah didapati di kawasan berpaya, berbanding daun kelapa. Teknik pembungkusan berbentuk segi tiga dipercayai diinspirasikan daripada bentuk geometri praktikal untuk mengekalkan pulut agar kekal padat dan mudah disusun ketika proses pengukusan atau penyejukan.

Berlainan dengan ketupat nasi yang dibungkus menggunakan daun kelapa dan berbentuk empat segi, ketupat palas menonjolkan ciri-ciri tempatan melalui penggunaan daun palas duri yang tumbuh subur di kawasan paya dan lembap. Aromanya yang harum serta tekstur pulut yang lembut menjadikannya makanan nostalgia yang terus digemari, bukan sahaja oleh penduduk kampung, malah juga dalam kalangan masyarakat bandar moden.

Dari sudut budaya, penyediaan ketupat palas bukan sekadar satu aktiviti memasak, tetapi turut mencerminkan nilai gotong-royong, kerjasama dan hubungan kekeluargaan. Proses membungkus daun palas yang memerlukan kemahiran khusus sering dijadikan aktiviti berkumpulan, terutamanya menjelang sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

• 7

• 1907

PEK NGA

Makanan Tradisional

Pek Nga merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular di Kedah. Ia berbentuk seakan-akan lempeng kelapa yang dimasak di atas kuali leper menggunakan api sederhana dan biasanya dijadikan hidangan sarapan pagi atau makanan ringan yang dimakan bersama pelbagai lauk sampingan seperti gulai ikan, kari daging, sambal tumis ikan bilis, atau sekadar dicicah dengan gula.

Dari segi asal usul, nama “Pek Nga” dipercayai berasal daripada singkatan frasa dialek utara iaitu “tempek atas belanga” atau “tempek dalam belanga” yang merujuk kepada cara penyediaannya yang mudah, iaitu dengan menepek adunan ke atas belanga panas untuk dimasak. Tradisi ini menggambarkan kreativiti masyarakat Melayu di negeri Kedah yang menggunakan bahan asas mudah didapati seperti kelapa parut, tepung gandum, santan, dan garam untuk menghasilkan makanan berkhasiat yang mampu memberikan tenaga bagi memulakan hari.

Walaupun sinonim dengan Kedah, Pek Nga sebenarnya mempunyai nama dan sebutan yang berbeza mengikut negeri di Malaysia; misalnya, ia dikenali sebagai Lempeng Nyor di Kelantan dan Terengganu, manakala di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan ia lebih popular dengan nama Lempeng Kelapa. Kepelbagaian nama ini memperlihatkan bagaimana resipi yang hampir sama berkembang dalam pelbagai komuniti Melayu dengan sedikit perbezaan cara penyediaan dan citarasa setempat.

Dari sudut perbandingan dengan makanan Barat, Pek Nga boleh dianggap sejenis pancake tradisional Melayu kerana bahan serta cara memasaknya di atas kuali leper hampir menyerupai pancake yang menggunakan adunan tepung, telur, susu, dan dimasak dengan kaedah yang sama. Persamaan dari segi ramuan asas dan teknik penyediaan inilah yang menjadikan Pek Nga sering disebut sebagai versi tempatan kepada pancake, walaupun ia mempunyai identiti tersendiri yang kaya dengan nilai budaya masyarakat Kedah.

• 4

• 1618

CHAR KUETIAU

Makanan Tradisional

Char Kuetiau (ejaan lain: kway teow), chao guotiao (dialek Mandarin) atau chau gwai diu (dialek Kantonis) bermaksud kuetiau goreng. Mi kuetiau diperbuat daripada sejenis mi yang dipanggil kuetiau, berwarna putih, lembut dan berkeping-keping, berbentuk leper dan kira-kira satu sentimeter lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge juga sayur kucai cina. Kadangkala, hirisan sosej cina, kek ikan atau bahan-bahan lain turut ditambah mengikut cita rasa setempat. Terdapat pelbagai versi sajian ini. Antaranya, mencampurkan telur itik untuk memperkayakan rasanya atau isi ketam untuk menambahkan rasa manis dalam hidangan ini.

Berdasarkan kisah orang dahulu kala, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikan masakan ini popular dalam kalangan buruh bagi mengekalkan tenaga dan nutrien, untuk membanting tulang mengerjakan tugas-tugas kasar setiap hari. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka. Masakan ini juga dipercayai mula popular di Malaysia selepas imigrasi etnik Cina pada awal abad ke-19 dan abad ke-20.

• 1
• 2128