Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KETUPAT PALAS
Makanan Tradisional
Gambar
7
Video
tiada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
2
Pengenalan dan sejarah
Foto 1: Ketupat Palas
Sumber: Sirap Limau.com
Secara tradisional, ketupat palas berfungsi sebagai juadah utama yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Ketupat ini lazimnya disajikan bersama lauk-pauk seperti rendang, gulai atau serunding, dan menjadi lambang kemeriahan serta kesyukuran dalam meraikan hari kemenangan umat Islam. Di kampung-kampung, ketupat palas turut menjadi antara hidangan wajib dalam pelbagai majlis seperti kenduri kesyukuran dan tahlil. Hal ini menunjukkan fungsinya sebagai makanan penghargaan dan simbol perayaan bersama dalam masyarakat tradisional.
-
Berikut merupakan bahan-bahan utama yang digunakan dalam penyediaan ketupat palas secara tradisional. Anggaran 35–40 biji ketupat palas bersaiz sederhana.
1 Kg Beras Pulut
500 gram Santan Kelapa Pekat
1½ sudu besar Garam Halus
1 sudu besar Gula Halus
2 helai Daun Pandan (dicarik dan disimpul)
40 - 50 helai Daun Palas (dilayur)
Berikut adalah kaedah atau cara penyediaan ketupat palas. Langkah 1: Menyediakan Bahan-Bahan Cuci beras pulut sehingga bersih, kemudian rendam selama 3–4 jam (atau semalaman) supaya ia menjadi lembut dan mudah dimasak. Setelah direndam, toskan pulut sehingga kering. Perah kelapa untuk mendapatkan santan pekat, atau gunakan santan kotak sebagai alternatif. Sukat lebih kurang 500 ml untuk 1 kg beras pulut. Campurkan santan dengan garam (1½ sudu besar), gula (1 sudu besar) dan daun pandan yang telah disimpul. Gaul rata. Langkah 2: Memasak Pulut Kukus pulut yang telah ditoskan selama 20–30 minit hingga separuh masak. Setelah itu, keluarkan pulut dari pengukus dan gaulkan bersama campuran santan tadi secara perlahan-lahan sehingga sebati dan santan menyerap sepenuhnya ke dalam pulut. Kukus sekali lagi selama 15–20 minit sehingga pulut benar-benar masak dan kelihatan berkilat. Langkah 3: Menyediakan Daun Palas Sementara pulut dimasak, layurkan daun palas di atas api kecil supaya ia menjadi lembut dan tidak mudah koyak semasa proses pembungkusan. Lap daun dengan kain bersih untuk membuang habuk atau sisa kotoran. Langkah 4: Membungkus Ketupat Palas Ambil sehelai daun palas, lipat membentuk corong segi tiga. Masukkan satu sudu besar pulut yang masih suam ke dalam corong daun, padatkan sedikit agar bentuk ketupat kemas. Lipat hujung daun ke bawah dengan teknik gulungan tradisional hingga membentuk segi tiga padat. Ulang langkah ini sehingga semua pulut habis dibungkus. Langkah 5: Mengukus Ketupat Susun ketupat palas di dalam pengukus dengan kemas. Kukus selama 15–20 minit untuk memastikan ia benar-benar masak dan melekat sempurna dalam balutan daun. Setelah siap, angkat dan sejukkan sebelum disimpan atau dihidangkan.
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Wikipedia contributors. (n.d.). File: Licuala spinosa 1zz.jpg [Photograph]. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Licuala_spinosa#/media/File:Licuala_spinosa_1zz.jpg
Lim, C. K. (2008). Taxonomic revision of the genus Licuala (Arecaceae) in Peninsular Malaysia. Gardens' Bulletin Singapore, 60(2), 349–430.
Plants of the World Online. (n.d.). Licuala spinosa Wurmb. Royal Botanic Gardens, Kew.
https://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.org:names:667719-1
Chemilan. (n.d.). Ketupat Palas: Cara-cara buat ketupat yang mudah. https://chemilan.com.my/ketupat-palas-cara-cara-buat-ketupat-yang-mudah/
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris




