Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
SADA PINASAKAN
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
337
Pengenalan dan sejarah
-
-
1. Siang dan cuci ikan hingga bersih lalu toskan.
2. Tumbuk kunyit hidup, halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi
3. Masukkan atau susun ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk/kuali, dan tambahkan air secukupnya sehingga ikan tenggelam (ikut paras ikan).
4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk, serai yang dititik di atas susunan ikan.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Setelah air rebusan mendidih, masukkan takob-akob beberapa keping (mengikut tahap masam masing-masing)
7. Tambahkan pucuk daun bambangan atau hirisan daun kunyit (pilihan)
8. Tambahkan belimbing buluh, buah bambangan atau mangga muda (pilihan)
9. Masak ikan di atas api perlahan sehingga kuahnya mengering sedikit dan ikan masak sepenuhnya.
10. Pinasakan sada sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas ataupun ambuyat.
Alice Kinsui. 69 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Stella Jonnes. 34 Tahun. Kampung Bongkud, Ranau, Sabah. 6 Oktober 2024
Sumber Rujukan
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!