MENTARANG BAKAR

Makanan Tradisional

Gambar

1

Video

ada

Pelawat Hari ini

4

Jumlah Pelawat

514

Pengenalan dan sejarah

Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis, adalah spesis hidupan laut bercangkerang yang hidup di kawasan berlumpur di pesisir pantai Kuala Perlis. Hidupan ini mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Mentarang merupakan hidupan laut yang dijumpai di kawasan berselut sahaja. Di Malaysia, satu lagi tempat yang popular dengan siput mentarang ialah Pantai Sabak, Selangor. 

Mentarang bakar pada mulanya diperkenalkan di Perlis dan dibakar secara tradisional menggunakan arang sebagai bahan bakar. Pada musimnya, penduduk tempatan akan ke Pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat atau Kuala Perlis bagi mengutip mentarang. Pada waktu itu, Perlis akan meriah seolah-olah adanya temasya keraian, malah pada musim mengutip mentarang, sememangnya masyarakat Perlis akan menggelarnya pesta mentarang. Oleh kerana hidupan ini hanya boleh didapati di beberapa tempat sahaja di Malaysia, mentarang diklasifikasikan sebagai hidupan eksotik dan harganya agak mahal dalam pasaran sekarang. Mentarang enak dibakar, dibuat sup, asam pedas, masak kicap, dimasak goreng tepung, sambal, masak lemak cili padi atau goreng lada. Mentarang selalunya banyak pada bulan Mei hingga Julai dan dikatakan meriah pada bulan Jun. Waktu itu, selain nelayan, masyarakat di Perlis juga menjadikan aktiviti mengutip mentarang ketika air surut dan berselut sebagai aktiviti riadah sekeluarga. 

Fungsi dan Peranan

- Kulineri khas Perlis

- Sumber pendapatan para nelayan

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Besen besar untuk mengutip mentarang

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

- Teknik mengutip mentarang, kaki perlu dimasukkan ke dalam dasar selut. 

- Kehadiran atau kedudukan mentarang akan dirasai apabila kaki terkena cangkeranya. 

- Pengutip mentarang kemudiannya perlu menyelam ke dasar untuk mengutipnya dan dimasukkan ke dalam bekas yang dibawa.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1044354/pesta-selam-mentarang-jadi-rezeki-musim-tengkujuh-nelayan-perlis#google_vignette

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas