Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Adat Resam] 85
ADAT MENURUNKAN PERAHU BAHARU

Adat menurunkan perahu baharu adalah salah satu upacara penting dalam budaya dan kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya di kalangan komuniti nelayan. Proses ini bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal untuk menurunkan perahu ke laut, tetapi juga sebuah ritual yang penuh dengan simbolisme dan makna mendalam, yang berkait rapat dengan kepercayaan, kehidupan laut, dan hubungan antara manusia dengan alam.

- 0

- 1062
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT SEMASA BERADA DI TENGAH LAUTAN

Masyarakat Melayu, khususnya nelayan yang tinggal di pesisir pantai, memiliki pelbagai adat dan tradisi yang berkait rapat dengan kehidupan mereka di laut. Adat ini bukan sahaja berkaitan dengan persiapan sebelum turun ke laut atau selepas pulang ke pantai, tetapi juga melibatkan amalan dan kepercayaan yang diterapkan semasa berada di tengah lautan. Adat semasa berada di tengah lautan melibatkan hubungan erat antara manusia, alam semula jadi, dan kepercayaan spiritual yang mendalam.

- 0

- 1472
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CHETTI MELAKA: SADANGGU ATAU SADENGGU

Adat Sadanggu, juga dikenali sebagai Sadunggu, Sadenggu atau Sandanggu, merupakan salah satu adat penting dalam kalangan masyarakat Chetti di Melaka. Ia adalah sebuah adat resam tradisional yang khusus dijalankan untuk anak gadis sunti yang telah mengalami haid pertama dan menandakan peralihan status daripada kanak-kanak kepada seorang anak dara. Adat ini mengandungi unsur-unsur ritual, keagamaan dan sosial, serta masih diamalkan oleh komuniti Chetti sebagai lambang penghormatan terhadap nilai adat nenek moyang yang diwarisi sejak turun-temurun.

Adat Sadanggu telah diamalkan oleh masyarakat Chetti Melaka sejak beberapa generasi dahulu yang dipercayai telah berusia lebih 200 tahun. Amalan ini adalah seiring dengan penempatan awal masyarakat Chetti yang wujud hasil perkahwinan campur antara pedagang India Selatan (terutamanya Tamil) dengan wanita tempatan Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka sekitar abad ke-15.

Walaupun bentuk adat ini mungkin mengalami sedikit perubahan dari segi penyampaian atau adaptasi mengikut zaman, intipati ritual Sadanggu masih kekal bagi menandakan peralihan status gadis sunti kepada seorang anak dara dalam komuniti mereka. Tradisi ini diwarisi secara turun temurun dalam bentuk tradisi lisan dan amalan keluarga yang masih dijalankan secara aktif dalam komuniti kecil Chetti di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka sehingga ke hari ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Chetti, apabila seorang gadis datang haid buat pertama kali, dia dianggap berada dalam keadaan yang tidak suci dan terdedah kepada gangguan roh-roh jahat. Justeru itu, gadis tersebut perlu dikuarantin di dalam bilik selama 16 hari dan tidak dibenarkan keluar rumah, termasuk untuk ke sekolah atau ke kuil. Keluarga gadis juga tidak dibenarkan mengunjungi kuil, dan kunjungan orang luar ke rumah itu dianggap tidak sesuai kerana diyakini boleh membawa kekotoran rohani.

Oleh yang demikian, Adat Sadanggu bukan sekadar ritual peralihan, tetapi juga satu bentuk identiti budaya dan spiritual masyarakat Chetti yang kaya dengan simbolisme, estetika, dan nilai komuniti. Ia menyerlahkan bagaimana adat dan kepercayaan dihayati secara kolektif oleh keluarga dan komuniti dalam membentuk jati diri anak gadis mereka.

- 4
- 5318
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG SUNGAI DI PITAS - ADAT KEMATIAN

Kaum Orang Sungai yang menetap di Pitas merupakan salah satu daripada 30 subetnik Orang Sungai di negeri Sabah. Komuniti ini tinggal di daerah Pitas bersama-sama dengan beberapa kumpulan etnik lain, khususnya etnik Rungus. Majoriti masyarakat Orang Sungai di Pitas menganut agama Islam, namun terdapat juga sebahagian kecil yang beragama Kristian, khususnya dalam kalangan sub-suku Tambanuo. Sama seperti sub-suku lain seperti Buludupi, Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Dewara, Dumpas, Inokang, Kuamut, Lingkabau, Mangkaak, dan Paitan, masyarakat ini memiliki struktur adat resam, budaya, kepercayaan, serta pantang larang yang unik. Mereka juga mengalami proses akulturasi dan asimilasi budaya yang dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, terutamanya dalam adat berkaitan kematian. Struktur adat dan budaya ini mencerminkan identiti serta warisan tradisi yang masih diamalkan oleh komuniti Orang Sungai di Pitas.

- 3

- 3236
ADAT REWANG

Rewang, juga dikenali sebagai gotong-royong, sinonim dengan budaya masyarakat berketurunan Jawa di Johor. Tradisi ini menjadi amalan turun-temurun yang menekankan semangat kerjasama dalam komuniti untuk persiapan sesuatu majlis seperti perkahwinan, kenduri doa selamat, atau majlis keramaian lain. Dahulunya, rewang melibatkan anak-anak muda yang berebut-rebut untuk menjadi "penanggah" atau "kendarat," iaitu pelayan majlis. Namun, peranan ini semakin berkurangan kerana banyak majlis kini menggunakan sistem layan diri atau pakej katering yang merangkumi pramusaji. Aktiviti rewang ini sering dilakukan pada malam sebelum majlis persandingan, selepas solat Isyak atau selesai majlis khatam Al-Quran atau berzanji. Rewang juga menjadi platform untuk hiburan tradisional seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, barongan, joget lambak, karaoke, dan jamuan sup tulang.

- 0

- 4441
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA: PERKAHWINAN: SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Setiap masyarakat dan etnik memiliki adat perkahwinan yang khas berdasarkan suku dan tradisi mereka. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa masyarakat India juga mempunyai adat perkahwinan yang sangat unik dan berbeza daripada kaum-kaum lain.

- 1

- 6752
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU DUSUN KIMARAGANG: ADAT PERKAHWINAN

Dusun Kimaragang merupakan salah satu sub-etnik terbesar dalam rumpun Kadazan Dusun yang mendiami bahagian utara Sabah, Malaysia. Komuniti ini kebanyakannya tinggal di daerah Kota Marudu, Pitas, Beluran, Paitan dan Sandakan. Dusun Kimaragang terkenal dengan budaya agrarianya yang kukuh, khususnya dalam penanaman padi, yang menjadi asas kehidupan ekonomi dan sosial mereka. Selain daripada kehebatan pertanian mereka, adat dan kebudayaan mereka sangat kukuh dan mendasari falsafah kehidupan bermasyarakat mereka. Salah satu adat budaya yang mereka amalkan sehingga ke hari ini adalah adat perkahwinan tradisional mengikut proses dan struktur amalan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

- 1

- 4624
ADAT MENYAMBUT MENANTU PEREMPUAN

Perkataan 'sambut menantu' terbit daripada perbuatan beberapa orang perempuan yang menjadi wakil pihak pengantin lelaki yang datang menjemput dan mengambil pengantin perempuan selepas pengantin baru berada selama beberapa hari di rumah pengantin perempuan.

Istilah menyambut menantu bermaksud mengalu-alukan kehadiran pengantin perempuan kedalam keluarga sebagai ahli baharu. Adat ini pada umumnya dilaksanakan secara tertutup selaras dengan ajaran Islam, dan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis bermula dengan bacaan doa kesyukuran diikuti dengan jamuan makan yang dihidangkan kepada pengantin perempuan sekeluarga.

- 0

- 3949
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BIDAYUH: ADAT PINGIRIH

Adat pingirih merupakan sebuah tradisi yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di Sarawak. Tradisi ini membawa nilai budaya muafakat dan saling membantu yang unik dalam aktiviti harian anggota komuniti Bidayuh di negeri ini. Adat pengirih biasanya dapat dikesan dalam aktiviti berkaitan pembinaan rumah dan kerja pertanian melibatkan penanaman padi, lada, koko dan getah yang merupakan komoditi utama masyarakat Bidayuh.

Dengan kata lain, tradisi pengirih bukan sahaja dapat memudahkan kerja, malah mampu meringankan beban kerja selain menjimatkan masa untuk menyempurnakan kerja yang tuan rumah sedang usahakan. Seperti tradisi gotong-royong kerja dalam tradisi pengirih dijalankan secara beramai-ramai tanpa sebarang bayaran atau upah.

KONSEP PINGIRIH

Apabila sesebuah keluarga berhasrat untuk toban pingirih yakni menganjurkan pingirih, pemakluman dan permintaan akan disampaikan kepada ahli komuniti berkaitan tarikh dan masa serta tempat juga jenis kerja yang akan dijalankan. Biasanya kalangan ahli komuniti sentiasa bersedia daripada segi kelengkapan masa dan tenaga untuk tujuan tersebut. Pada hari dan masa yang telah ditetapkan, ahli komuniti berkenaan akan odi ngiri atau datang mengirih dan menyumbangkan kemahiran dan tenaga untuk melaksanakan kerja dan aktiviti yang telah dimaklumkan oleh penganjur pingirih.

Dalam keadaan tertentu, sebilangan ahli komuniti yang datang menyertai pingirih adalah kalangan mereka yang pernah menganjurkan pingirih sebelum ini. Mereka hadir sebagai tindakan untuk membalas pingirih atau disebut sebagai odi rapas pingirih.

Penyertaan pingirih diukur dengan berdasarkan bilangan hari seseorang menyumbangkan tenaganya. Dalam keadaan tertentu, ahli komuniti yang menyertai pingirih boleh juga membuat permintaan khusus kepada penganjur berkaitan balasan penyertaannya. Atas permintaan, peserta pingirih boleh juga dibalas dengan keperluan dapur asas yang terdiri daripada beras, garam dan belacan. Dalam keadaan ini, persetujuan untuk memberi balasan ternyata dapat membantu ahli komuniti yang menghadapi kesukaran hidup dari segi keperluan asas iaitu bekalan makanan.

Tambahan pula peserta pingirih ialah kalangan saudara mara dan rakan taulan yang bersedia membantu penganjur pingirih. Malah sekiranya sesuatu pingirih tidak sempat dibalas penganjur, bantuan yang diberikan akan dianggap dan diingati sebagai budi dan jasa ikhlas.

Pingirih yang dianjurkan tidak terhad kepada lingkungan kawasan dan batas geografi tertentu sahaja. Oleh itu, sering kali pingirih turut melibatkan hampir seluruh penduduk sekampung malah kampung-kampung berdekatan yang lain. Justeru, penduduk kampung sentiasa pingirih-birumiek atau saling berpingirih sesama mereka. Contohnya pingirih ngutuom iaitu pingirih dalam kerja menuai padi dilaksanakan dengan harapan untuk memperoleh hasil tuaian yang lumayan selain dapat mengukuhkan rasa kekitaan.

Pada dasarnya rapas pingirih tidak semestinya serentak dan dilakukan bersama-sama dengan aktiviti semasa odi ngirih. Sebaliknya, lebih bergantung kepada keadaan dan kehendak rapas pingirih itu sendiri. Justeru, seseorang penganjur pingirih boleh boleh mengirih orang lain atas sebab keperluan terhadap kemahiran khusus yang dimilikinya. Dengan kata lain, seseorang itu diperlukan atas faktor kepakarannya dalam sesuatu pekerjaan.

- 0

- 2635
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT BANJAR BAGAN SERAI, PERAK: BAPUKUNG ATAU PUKONG

Bapukung atau Pukong merupakan salah satu adat tradisional menidurkan atau mendodoikan bayi dalam masyarakat Melayu Banjar yang sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Adat ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu Banjar yang kebanyakannya menetap di daerah Bagan Serai, Perak dan kekal diamalkan sehingga ke hari ini. Dalam amalan ini, bayi ditidurkan dalam posisi duduk dengan badan diikat kemas menggunakan kain hingga ke paras tengkuk, manakala kedua-dua kakinya dibiarkan terlunjur keluar dari buaian. Semasa buaian diayun, sekumpulan pendendang yang terdiri daripada wanita akan akan mendendangkan Lagu Bapukung dalam dialek Banjar, diselang-seli dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

- 6
- 2566
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENURUNKAN PUKAT BAHARU

Adat menurunkan pukat baharu adalah salah satu upacara tradisional yang dilakukan oleh masyarakat Melayu, khususnya nelayan, yang berfungsi untuk memohon keberkatan dan keselamatan sebelum mereka memulakan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat baharu. Adat ini merupakan sebahagian daripada proses permulaan musim tangkapan ikan dan sangat penting dalam menjaga hubungan baik antara nelayan, laut, dan alam sekitar.

- 0

- 1157
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT RAWA KAMPAR, PERAK: ADAT BERJOJAK

Masyarakat Rawa, atau disebut juga sebagai “Rao”, merupakan salah satu komuniti tradisional yang signifikan di negeri Perak, Malaysia. Masyarakat ini dipercayai berasal dari Sumatera Barat, Indonesia, dengan sejarah penghijrahan ke Perak yang bermula sekitar tahun 1850 hingga 1876. Proses migrasi ini melalui Sungai Perak di Bagan Datoh sebelum penduduknya tersebar ke kawasan lain termasuk di sepanjang Sungai Kampar. Antara tokoh utama yang memainkan peranan penting dalam penghijrahan ini termasuk Pawang Ana, seorang tokoh cerita penglipur lara terkenal, Tok Tua Sakti, pembuka kawasan Tapah, dan Abdul Karim bin Raja Aman Shah, pembuka kawasan Selama.

Masyarakat Rawa di Kampar terkenal dengan kekayaan adat budaya unik mereka yang kekal diamalkan sehingga hari ini. Salah satu adat tradisional yang masih diamalkan adalah Adat Berjojak, iaitu ritual melatih bayi berjalan di atas tanah. Istilah “Berjojak” berasal daripada kata “Berjejak,” dengan sebutan dialek Rawa menggantikan bunyi “e” kepada “o,” mencerminkan keunikan linguistik komuniti ini. Adat ini bukan sahaja menggambarkan identiti budaya masyarakat Rawa tetapi juga berfungsi sebagai simbol warisan yang terus dipelihara oleh generasi kini, menjadikannya tradisi yang bermakna dalam falsafah kehidupan dan sistem sosial mereka.

- 26
- 5556