Adat bayar tol perkahwinan amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Johor. Duit tol merupakan bayaran daripada pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.Adat ini merupakan simbol beramah mesra dan menjalinkan silaturahim sesama keluarga pengantin. Sebelum menaiki pelamin, pengantin lelaki akan disekat sehingga sehingga sejumlah duit tol dibayar kepada wakil pihak pengantin perempuan. Jumlah duit tol ini bermula dengan nilai lima puluh sen sehingga seringgit atau lebih, bergantung kepada kemampuan pihak pengantin lelaki.
Sebagai hiburan dan merapatkan hubungan dengan gurau
senda setiap kali dikenakan tol.
Sampul duit tol
Pengantin
lelaki perlu mencari pengapit yang mahir mengawal situasi ketika acara tawar
menawar, serta bijak berpantun semasa adat bayar tol perkahwinan berlangsung.
Terdapat tiga peringkat yang perlu dilepasi dalam adat
bayar tol iaitu:
1. Tol tebus di halaman rumah iaitu duit tol kepada
kanak-kanak, pemuda-pemuda dan warga emas yang datang merewang.
2. Tol tebus di
pintu rumah/ sebelum naik pelamin iaitu duit tol kepada gadis-gadis,
rakan-rakan serta saudara-mara pengantin perempuan.
3. Tol buka
kipas yang dibayar kepada mak andam untuk mengalihkan kipas yang menutupi muka
pengantin perempuan, sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelah
pasangannya.
i. Bahan
Bacaan : Adat Perkahwinan Melayu,
Sabariah Abdullah, Selangor, Percetakan Century Intelek