ADAT MENITIK MATA SINGA
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Adat resam Menitik Mata Singa dalam Tarian Singa adalah salah satu tradisi kaum Cina yang dipersembah terutamanya pada musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, ketika majlis-majlis kebudayaan, keagamaan, perasmian rumah atau kedai baru, serta perkahwinan. Terdapat dua jenis tarian Singa iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Di Malaysia, tarian Singa Selatan menjadi pilihan kerana ia lebih dikenali dan membawa kegembiraan dalam majlis keramaian.

Kebiasaannya, tujuan adat Menitik Mata Singa diadakan adalah untuk membawa tuah atau ‘ong’ dan mengelakkan bala menimpa persembahan Tarian Singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.Kebiasaannya, adat Menitik Mata Singa ini dilakukan sempena sambutan perayaan dan juga ketika majlis perasmian perniagaan kaum Cina bagi mengundang tuah dan keuntungan nasib.

Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan.

Fungsi dan Peranan

Kebiasaannya, adat Menitik Mata Singa ini dilakukan sempena sambutan perayaan dan juga ketika majlis perasmian perniagaan kaum Cina bagi mengundang tuah dan keuntungan nasib.

Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan.

Busana/ Aksesori

Kostum singa

Peralatan/ Bahan-Bahan

      i.        Berus putih

    ii.        Gendang

   iii.        Riben merah

   iv.        Loceng

    v.        Limau Bali

   vi.        Halia

  vii.        Serbuk Merah

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Persediaan Tarian Singa mengambil masa hampir seminggu dan masa persembahannya juga tertakluk kepada musim perayaan. Upacara Menitik Mata Singa ini dirasmikan oleh ketua kumpulan atau penaja tarian Singa tersebut.

Bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum upacara adalah:

·         Halia tua – dipercayai menyihatkan tubuh badan dan memanjangkan umur.

·         Cinnabar (serbuk merah) dengan cawan merah – membawa kekuatan dan “Ong” (nasib baik).

·         Berus tulisan

·         Reben merah – memberi pangkat kepada tarian singa (ia juga sebagai lambang menahan sifat liar singa).

·         Sayur selada – makanan tarian Singa yang juga disebut sebagai “sang sang mang mang” yang bermaksud hidup mewah.

·         Kain merah – membawa ‘ong’ atau nasib yang baik/ tuah.

·         Daun limau purut – untuk membuang nasib malang dan kejahatan.

Tokoh dan Pencapaian


  • Master Fun Yoke Keong (40 tahun pengalaman)
  • Khue Ju Koon Raymond (25 tahun pengalaman)

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

·         Buku The Art of Lion Dance oleh Joey Yap terbitan Joey Yap Research Group Sdn Bhd

·         Jurnal Sejarah Lisan Malaysia: Kebudayaan Masyarakat Cina: Tarian Singa

https://jslim.uitm.edu.my/pdf/IK20.pdf

·         Tarian Singa, Bukan Tarian Harimau - Kata Malaysia

https://katamalaysia.my/culture/tarian-singa-bukan-harimau/

·         Chinese Lion Dances: What Is It and What Does It Symbolize?

https://www.chinahighlights.com/travelguide/special-report/chinese-new-year/new-year-lion-dance.htm#origin

Lokasi