ADAT BAPUKONG (BERPUKONG)
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Pada masa dahulu, Bapukong merupakan adat unik masyarakat berketurunan Banjar untuk menidurkan bayi yang berusia dalam lingkungan lima bulan hingga setahun.  Adat ini dilakukan sebagai salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan selesa.

Fungsi dan Peranan

Kebiasaannya, Bapukong dilakukan apabila bayi menghidapi penyakit seperti kembung perut, selesema, sakit perut, demam dan sebagainya. Dalam keadaan kurang sihat, bayi mudah meragam. Sekiranya dibiarkan baring berterusan, bayi akan kerap menangis dan meminta untuk didukung.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Dua helai kain batik diperlukan untuk melaksanakan adat Bapukong ini. Kain batik pertama dijadikan buaian dan bayi diletakkan pada kain buaian itu dalam keadaan duduk. Kain kedua digunakan untuk melilit bahagian leher bayi supaya bayi dapat duduk dengan tegak. Kemudian, buaian dihayunkan dengan iringan nyanyian mendodoi bayi dan lagu-lagu dalam loghat masyarakat Banjar, serta selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan / Rujukan Tambahan

https://bubuhanbanjar.wordpress.com./

https://hasanzainuddin.wordpress.com/

Tokoh : Mas Amah binti Sulaiman

Lokasi