Berendoi adalah kesenian
berunsur Islam yang disertai sekurang-kurangnya empat orang yang berdikir atau
menyanyi dalam upacara 'bercukur' untuk bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya
endoi ini dihias indah dan bayi yang telah dicukur rambutnya diletakkan di
dalamnya. Selepas itu bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang
mengandungi nasihat, semangat dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada
bayiyang sedang didodoikan itu
Contoh rangkap lagu yang didodoikan
Setiap lagu hanya empat rangkap, berbentuk syair seperti berikut:
Kami mula
dengan Bismillah
Disambung dengan Alhamdulillah
Pohon nikmat
kepada Allah
Mendapat syafaat
Rasulullah
Kesenian ini berkembang pesat di negeri Perlis sekitar tahun 1960an setelah tertubuhnya Persatuan Maulud dan Berendoi. Persatuan ini berperanan mengembangkan kesenian Maulud, Berendoi, dan Berzanji.
Persembahan Adat Berendoi ini seringkali dilakukan semasa majlis kesyukuran berkaitan dengan kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu.