UPACARA ADAT ‘SOGIT’ KAUM DUSUN
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

‘Sogit’ adalah seumpama peraturan atau undang-undang yang bertindak sebagai saman dengan pampasan daripada pihak yang bersalah. Ia membawa maksud denda mengikut amalan adat istiadat etnik di Sabah khususnya suku kaum Dusun. Sogit telah diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengekang pelanggaran adat dan mendisiplinkan masyarakat.

Pampasan atau denda yang dikenakan biasanya dalam bentuk haiwan ternakan seperti khinzir, kerbau, lembu, kambing atau ayam. Sebagai contoh, upacara Sogit akan dilaksanakan kepada lelaki yang bersalah kerana mengganggu gadis yang masih suci ataupun wanita yang telah berkahwin. Justeru pesalah akan dikenakan denda mengikut ketetapan dalam pelaksanaan adat Sogit dalam kalangan masyarakat Dusun.

Proses penghakiman

Jika seseorang perempuan diganggu oleh lelaki dan mengandung sebelum berkahwin, maka lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa keluarganya dan ketua kampung untuk berbincang. Jika lelaki tersebut enggan berkahwin, beliau harus membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan berkenaan. Jika perempuan berkenaan mahu lelaki tersebut mengahwininya, bermakna pihak lelaki perlu menuruti permintaan dan kehendak pihak perempuan. Sogit yang perlu dibayar mestilah melebihi Seribu Ringgit Malaysia (RM1,000.00) beserta barangan tradisional yang disenaraikan. Kelengkapan perkahwinan juga perlu disediakan walaupun kedua-dua pihak tidak akan berkahwin.

Tujuan

Kebiasaannya tujuan adat upacara Sogit ini adalah untuk mengadili dan menghukum pesalah serta memberikan pengajaran kepada pihak yang melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima dalam kalangan masyarakat kaum Dusun di penempatan dan kampung mereka. Antara kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan Sogit adalah:

1. Mencuri hasil tanaman atau ternakan

2. Merosakkan tanaman

3. Membunuh haiwan ternakan

4. Dibuktikan bersalah merogol

5. Mengganggu dan melarikan anak gadis

Fungsi dan Peranan

Amalan upacara Sogit masih diamalkan dalam masyarakat Kadazandusun di Sabah untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Hukuman dijatuhkan mengikut hukum dan adat bagi anak negeri Sabah. Selain itu mereka perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis dan diselesaikan oleh pihak mahkamah mengikut kesesuaian kes.

Tokoh dan Pencapaian

i)             PUAN SINGKABAN BINTI KOWIL (ODUN BADIN)

ii)            PUAN SAINAH BINTI SALAG

iii)   PUAN JUDETH JOHN BAPTIST

Sumber Rujukan

      i.        PUAN SINGKABAN BINTI KOWIL (ODUN BADIN)

    ii.        PUAN SAINAH BINTI SALAG

   iii.        PUAN JUDETH JOHN BAPTIST (TOKOH

   iv.        Animbok, N. A. (2023). ADAT SOGIT: SEBUAH AMALAN KAUM KADAZANDUSUN: Sogit Custom: A Practice of The Kadazandusun People. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 8(1), 91-104.

    v.        HASMIN, M. F. B., MARINSAH, S. A., & SINTANG, S. (2022). PERUBAHAN RITUAL SOGIT DALAM PEMBUKAAN KAWASAN TANAH BAHARU DI RANAU, SABAH: SATU TINJAUAN AWAL: CHANGES OF SOGIT TRADITION IN VACANT LAND OPENING AT RANAU, SABAH: A PRELIMINARY REVIEW. Jurnal Kinabalu, 28(1), 266-274.

   vi.        MARINSAH, S. A., ASIS, A. H. B., & HASMIN, M. F. B. (2022). AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM: Sogit Practice among Dusun Community in Ranau, Sabah: An Analysis from the Socio-Cultural and Islamic Perspective. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 33(2), 105-128.

Musa, P. I. P., Ismail, S. Z., & Rahman, N. A. (2018). [Sogit Practices on Muslim Sabahans in Native Courts: A Study From A Legal Perspective] Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama 

Lokasi