Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

TARIAN ZAPIN PULAU

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Pulau, khususnya dari Pulau Tioman dan Pulau Aur di Mersing, Johor, merupakan variasi tarian zapin yang unik, mencerminkan identiti budaya komuniti pulau tersebut. Tarian ini diwarisi dan dipelihara oleh tokoh-tokoh tempatan yang berperanan penting dalam mengekalkan keasliannya.

• 0

• 3438

TARIAN LABI-LABI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Labi-Labi merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Tarian ini terinspirasi oleh pergerakan dan sifat kura-kura atau labi-labi, haiwan yang sering ditemui di kawasan sungai dan perairan di negeri tersebut. Ia merupakan tarian rakyat yang penuh dengan unsur humor dan hiburan.

Tarian Labi-Labi dipercayai bermula daripada masyarakat nelayan di Terengganu.

Ia dicipta untuk menggambarkan hubungan antara manusia dan alam semula jadi, khususnya haiwan labi-labi, yang merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka.

Tarian ini biasanya dipersembahkan pada majlis keramaian, pesta rakyat, dan upacara tradisional sebagai hiburan kepada masyarakat.

Tema dan Maksud Tarian

Tema utama tarian ini adalah kehidupan labi-labi, iaitu sifatnya yang lambat, berhati-hati, tetapi bijak.

Tarian ini sering mengandungi unsur jenaka yang mencerminkan kehidupan masyarakat nelayan, terutamanya dalam hubungan mereka dengan haiwan tersebut.

Ia juga menggambarkan semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam masyarakat.

• 1

• 3966

TARIAN MAK INANG TUA

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Mak Inang Tua amat popular di negeri Perlis dan Kedah sekitar tahun 1940-an dan 1950-an. Inang yang bermaksud pengasuh merujuk kepada pengasuh anak-anak raja di istana pada zaman dahulu. Tarian ini ditarikan secara berpasangan yang mana penari wanita menggunakan selendang sebagai prop utama dalam persembahan. Tarian Mak Inang Tua telah digarap semula pada tahun 1994 oleh Allahyarham Razali bin Ismail. Gerak tari Mak Inang Tua ini dicipta berdasarkan pengamatan beliau terhadap pergaulan, gurau-senda dan aksi usik-mengusik dalam kalangan masyarakat Kedah. Setiap gerak tari mempunyai nama-nama khusus seperti ‘gerak ghasuk’, ‘gerak sauk’ dan ‘gerak melayah’. Lirik lagu Mak Inang Tua menceritakan tentang seseorang yang sedang merindukan pasangannya. Lagu ini wajib dinyanyikan dengan menggunakan loghat utara atau lebih spesifik lagi, dinyanyikan dalam loghat negeri Kedah. Keindahan gerak tari dan lagu Mak Inang Tua menjadi simbol kepada keunikan hidup bermasyarakat di negeri Kedah. Kecantikan budi pekerti yang terlambang menerusi tarian ini wajar menjadi ikutan masyarakat. ...

• 14
• 5771

TARIAN ZAPIN ARAB

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin  ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

• 0

• 9054

MENORA PERLIS

Seni Persembahan >Teater

Tarian Menora adalah salah satu tarian purba orang Melayu ketika era pra-Islam. Tarian ini menunjukkan hubungan serumpun antara negeri-negeri utara tanah air dengan pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu serta selatan Thailand (Narathiwat, Patani, Songkhla, Yala, Satun). Dipercayai asal-usul tarian ini daripada kerabat diraja purba Melayu di Segenting Kra. Pada dasarnya, Menora adalah persembahan drama tari tradisi masyarakat Siam di Malaysia khususnya di negeri Perlis, Kelantan dan Kedah. Ia merangkumi nyanyian, lakonan dan tarian. Menora mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan teater-teater tradisional Makyung, Mek Mulung dan Jikey. Sebanyak 12 cerita yang dipersembahkan berunsurkan khayalan melibatkan dewa-dewi dan kayangan. Cerita-cerita ini mengandungi watak ‘peran’ yang melakonkan adegan-adegan lucu.

Menora juga mempunyai pengaruh elemen agama Buddha kerana suatu ketika dahulu teater tradisi ini adalah salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha. Selain berfungsi sebagai sumber hiburan, menora turut dilangsungkan bagi tujuan ritual serta perubatan. Pada asalnya dipercayai terdapat 12 gerak tari dan posisi dalam persembahan menora. Namun, lama kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora mencipta olahan gerak tari yang baru mengikut peredaran zaman dan menyesuaikannya dengan cita rasa.

Antara tarian yang biasa dipersembahkan adalah Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah dan Tarian Labah-Labah yang menganyam sarangnya. Tarian Masuk merujuk kepada gerak tari masuk gelanggang. Tarian Burung Kenari adalah hasil pengamatan dan peniruan pergerakan burung. Gerak Tari Pencak Besar adalah pergerakan jalan angsa sementara Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan pergerakan posisi gajah. Gerak tari yang unik ialah Gerak Tari Labah-Labah yang menganyam sarangnya. Semua pergerakan tarian-tarian ini memerlukan stamina yang tinggi untuk dipersembahkan.

• 6
• 7760

TARIAN ZAPIN TENGLU

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Tenglu berasal dari Kampung Tenglu, Mersing, Johor, dan pada awalnya dimainkan hanya oleh pemain lelaki. Persembahan ini lazimnya berlangsung selepas solat Isyak sehingga awal pagi, mencerminkan peranan seni ini sebagai hiburan dalam komuniti setempat. Lagu yang sering digunakan untuk mengiringi tarian ini ialah "Faridzal-Ham," sebuah komposisi muzik tradisional.

Penglibatan wanita dalam Zapin Tenglu bermula pada tahun 1952 apabila Allahyarhamah Hajah Hapsah binti Mohamad, yang berusia 14 tahun ketika itu, mempelajari dan mengambil bahagian dalam persembahan Zapin Tenglu bersama pemain lelaki. Keberanian dan kegigihan beliau membuka jalan untuk keterlibatan wanita dalam seni ini. Allahyarhamah Hajah Hapsah terus memainkan peranan aktif dalam Zapin Tenglu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 1962, menjadikannya tokoh penting dalam perkembangan seni zapin di Johor.

• 0

• 4530

TARIAN ZAPIN GHALIT

Seni Persembahan >Tarian

Umumnya, tarian Zapin lebih dikenali di negeri Johor Darul Takzim. Namun begitu, negeri Kedah Darul Aman juga tidak ketinggalan dengan perkembangan tarian Zapin, khususnya menerusi penciptaan Zapin Ghalit atau Ghalet.

Perkataan zapin berasal dari bahasa Arab iaitu zafn.  Manakala pergerakan kaki yang cepat mengikut rentak ataupun seseorang sudah menari di panggil  zafana dalam bahasa Arab.

Dalam dialek Kedah, Ghalit bermaksud khayal, lalai, asyik atau pun leka Oleh itu, koreografi  Zapin Ghalit tepat memaparkan gerak tari yang bercerita mengenai manusia yang selalu asyik dan leka dalam kehidupan.

Zapin di pengaruhi oleh budaya Arab.  Ketika itu juga, Zapin bersifat edukatif (bersifat mendidik/ memberikan pelajaran) dan digunakan sebagai media dakwah islamiah melalui syair, lagu-lagu, zapin yang didendangkan.

Tarian ini asalnya sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab yang berlayar ke kesultanan Johor pada awal abad ke-16. Pada permulaannya hanya golongan lelaki sahaja yang menyertai tarian ini, tetapi telah dimodifikasikan dengan penyertaan kaum wanita. Tarian zapin antara salah satu jenis tarian rakyat tradisional masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu.

Penghijrahan besar-besaran orang Yaman ke Johor ke abad-19 turut menguatkan lagi pengaruh budaya Arab dalam negeri tersebut dan mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang lebih tradisional dan terbahagi kepada dua iaitu Zapin Arab dan Zapin Melayu.

• 14
• 8860

TARIAN SENANDUNG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Melayu asli Sarawak ini dipersembahkan oleh golongan wanita dalam majlis-majlis perkahwinan atau keramaian. Pada asalnya tarian ini diberi nama Dayang Sari, sempena mengambil nama gelaran Dayang iaitu kata nama gelaran bagi kaum wanita dan Sari adalah nama wanita yang disanjung tinggi.

• 0

• 1664

PUISI REJANG

Seni Persembahan >Muzik

Sejarah Puisi Rejang Melaka merujuk kepada gaya puisi tradisional yang berkembang dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya atau Peranakan di Melaka, Malaysia. Puisi ini adalah salah satu elemen dalam tradisi lisan yang digunakan dalam perayaan, perkahwinan, dan majlis adat dalam masyarakat Peranakan yang menggabungkan pengaruh budaya Cina dan Melayu. Puisi Rejang Melaka mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sering digunakan untuk mengungkapkan perasaan, cerita rakyat, atau sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian.

Puisi Rejang di Melaka berasal daripada gabungan budaya Cina, Melayu, dan India, yang melahirkan budaya Peranakan atau Baba Nyonya. Masyarakat Baba Nyonya di Melaka terkenal dengan tradisi yang mengutamakan adat, seni, dan bahasa yang menggabungkan kedua-dua budaya ini. Dalam konteks ini, puisi Rejang Melaka sering kali digunakan dalam perayaan budaya, seperti perkahwinan dan upacara keagamaan, untuk menyampaikan penghormatan, doa, atau mengungkapkan perasaan dan harapan.

Puisi ini berkembang dalam bentuk syair atau pantun yang digunakan oleh masyarakat Peranakan untuk berbicara tentang kehidupan mereka, termasuk dalam upacara adat, pesta perkahwinan, majlis keluarga, atau untuk mengekspresikan perasaan dan perhubungan dalam masyarakat.

• 0

• 2603

TARIAN DANSA COCOS

Seni Persembahan >Tarian

Dansa Cocos merupakan tarian paling popular dalam kalangan masyarakat etnik Cocos, sebuah kumpulan etnik minoriti yang menetap di daerah Tawau, Sabah. Istilah 'Dansa' itu sendiri berasal daripada perkataan Inggeris 'Dance', yang bermaksud tarian atau menari. Tarian ini mempunyai sejarah panjang yang bermula dengan kedatangan anak-anak kapal dagang Inggeris yang pertama kali tiba di Kepulauan Cocos pada tahun 1826. Alexander Hare, seorang perintis pelayaran Inggeris pada ketika itu memainkan peranan penting dalam memperkenalkan tarian ini melalui interaksi dengan anak-anak kapal dan penduduk tempatan. Kemudian, pada tahun 1827, Clunies Ross meneruskan pelayaran tersebut dan membawa pekerja dari beberapa kawasan di Nusantara seperti Melaka, Betawi (Jakarta), dan Banjarmasin. Bersama-sama dengan mereka, datanglah pengaruh budaya yang mencorakkan bentuk awal tarian Dansa Cocos. Tarian ini kemudian berkembang menjadi salah satu elemen penting dalam kesenian dan dan kebudayaan masyarakat etnik Cocos.

• 5

• 3190

NGAJAT NGALU TEMUAI

Seni Persembahan >Tarian

Ngajat Ngalu Temuai bermaksud tarian menyambut tetamu yang dipersembahkan oleh penari-penari lelaki dan perempuan etnik Iban. Secara khusus, persembahan tarian ini diadakan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu atau temuai dalam bahasa Iban. Lazimnya, tarian ini ditarikan bagi menjemput dan mengiringi tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama orang kenamaan dan tetamu-tetamu kehormat bergerak masuk ke rumah berkenaan.

Pergerakan tarian ini hampir sama dengan Tarian Ngajat Indu yang memaparkan gerak lemah gemalai dan tertib. Biasanya tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi dan perayaan khususnya Hari Gawai.

• 0

• 2668

ALAT MUZIK ENGKERURAI

Seni Persembahan >Muzik

Alat muzik kaum Iban yang begitu ikonik kepada seni muzik tradisi ialah Engkerurai. Alat muzik ini termasuk dalam kelompok aerofon iaitu alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari hembusan atau getaran udara pada rongga alat. Dengan kata lain, engkurai merupakan alat muzik yang perlu ditiup untuk menghasilkan bunyi. Alat muzik masyarakat Iban ini diperbuat daripada labu dan buluh yang biasanya dimainkan secara solo.

Engkerurai yang dikatakan lengkap mempunyai gabungan binaan antara  sebiji labu jenis tangkong yang dipasangkan dengan tujuh batang buluh berbeza saiz dan ukuran kepanjangannya. Bagi menghasilkan alat muzik engkurai, akar labu yang masak perlu dipisahkan dari buahnya sementara isi lau atau isi dalam dikeluarkan agar membentuk ruang rongga di dalam labu. Labu yang berongga ini kemudiannya dijemur dengan teliti sehingga benar-benar kering dan keras. Setelah itu, bahagian dalam rongga labu akan dibersihkan sehingga menjadi benar-benar kosong di dalamnya.  Setelah labu benar-benar kering dan keras, bahagian atas labu tersebut akan ditebuk bagi membolehkan pangkal kesemua tujuh batang buluh dapat disambung dan dimasukkan ke dalam labu. Sementara itu, hujung leher labu pula akan dipotong sebagai tempat meniupnya.

Penyediaan dan penentuan bunyi ruding yakni lelidah adalah penting untuk mengolah bunyi yang bakal dikeluarkan oleh sesebuah Engkerurai. Oleh itu, tumpa yang dibuat daripada campuran perak dan tembaga digunakan untuk membuat ruding. Hanya enam daripada tujuh hujung buluh Engkerurai akan dipasangkan ruding untuk mengeluarkan nada bunyi yang berbeza. Manakala buluh yang terakhir iaitu yang ketujuh akan menjadi penahan dan pengejap bagi buluh-buluh lain yang diikat mengelilinginya. Kesemua tujuh batang buluh ini dimasukkan secara bersekali dalam satu ikatan kukuh ke dalam labu. Namun begitu, rudingnya tidak boleh mencecah bahagian bawah dasar di dalam labu tersebut. Pada keliling lubang labu yang dimasukkan buluh tersebut pula perlu disapu dan dilekatkan dengan engkelulut iaitu sejenis gam atau damar asli yang diperoleh dari sarang kelulut. Dengan cara ini, tekanan udara di dalam labu yang ditiup menerusi buluh tidak akan bocor atau terkeluar dari celah lubang labu tersebut.

Setelah proses pembuatan dan pemasangan ini selesai, pemuzik akan meniup engkerurai bagi tujuan menguji dan menentukan bunyinya. Engkerurai pada umumnya dimainkan oleh pemuzik secara duduk dengan menghembus atau menyedut udara melalui lubang di hujung leher labu untuk mengeluarkan bunyi.  Sementara itu pada masa yang ama jari jemari pemuzik  akan menyentuh lubang-lubang pada buluh bagi menghasilkan nada bunyi yang dikehendaki.

• 1

• 4902