Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN DOH BERLADONG LANANG
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
252
Pengenalan dan sejarah
Doh Berladoh Lanang mengisahkan teruna dan dara yang beriringan turun bersama ke pesisiran pantai untuk mencari ambal atau pepahat dengan menaiki sampan menyusuri anak sungai. Bagi menghilangkan rasa penat dan lelah semasa berdayung, mereka menyanyi dengan penuh gembira, mengalun bahasa-bahasa indah dalam pantun sambil bergurau senda antara satu sama lain. Keindahan bahasa puitis dalam berbalas pantun dan suasana bergembira serta bergurau senda ketika mencari ambal merupakan elemen teras dan penting dalam tarian ini.
-
-
-
Persembahan dalam tarian ini diperindah dengan penggunaan bakul dan tambok yang dipakai di badan penari sebagai peralatan persembahan. Tarian Doh Berladoh Lanang ini sebenarnya diinspirasikan daripada Pesta Ambal yang disambut pada setiap tahun oleh masyarakat Melayu di Daerah Asajaya. Hasil koreografi Allahyarham Mohd Hafiz Untong yang dikenali juga dengan nama Bayu muzik tarian ini diambil daripada lagu rakyat bertajuk Doh Berladoh Lanang yang dinyanyikan ketika mencari ambal. Nanyian lagu ini biasanya akan bermula sebaik sahaja mereka mula bersampan dan berlarutan semasa mereka mengutip ambal di tepi pantai. Kelakuan dan pergerakan badan semasa mengutip ambal akhirnya telah diolah indah menjadi gerak tari diiringi nyanyian lagu Doh Berladoh Lanang.
-
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!