Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
PERGENDANGAN CINA
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
1
Video
ada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
59
Pengenalan dan sejarah
Alat muzik utama dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang ‘shigu’, iaitu gendang tarian singa, dan ada juga menggunakan gendang ‘longgu’. Gendang diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Kedua-dua gendang besar ini hampir sama dan berbentuk seperti tong. Gendang ini mempunyai satu muka menggunakan kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas, yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Muka kulit ini dipukul menggunakan dua pemukul kayu.
Di dalam gendang terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang melunakkan ton atau memberikan nada bunyi yang istimewa. Terdapat juga penggunaan alatan tambahan bagi mempelbagaikan muzik pergendangan ini seperti dram, gong dan simbal. Persembahan gendang ini biasanya diadakan dalam upacara keagamaan di tokong, menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau ‘ong’ dan acara-acara sambutan yang lain.
Menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau ‘ong’ dan acara-acara sambutan yang lain.
• Tangzhuang atau pakaian lelaki cina
• Ikat kepala mengikut warna yang bersesuaian dengan baju
• Ada juga sesetengah yang gemar mengikat lengan sekiranya baju dipakai tidak berlengan panjang
• Gendang tarian singa, gendang shigu atau longgu
• Dram
• Gong
• Simbal
• Lagu-lagu tarian singa
• Kini banyak kumpulan mengadaptasinya dengan lagu rakyat Melayu seperti Lenggang Kangkung, Geylang Si Paku Geylang dan sebagainya.
Badan Kebajikan Penduduk-Penduduk Kediaman Cina Dan Siam (The Welfare Body for Residences of Chinese and Siamese)
i.Lokasi Penggiat: No. 512, Taman Mutiara, Pengkalan Asam, Behor Temak, 01000 Kangar, Perlis
c) Nombor Telefon: 019-4611 988 (Low Tai Pong)
Sumber Rujukan
http://www.jmm.gov.my/files/2-PERLIS.pdf
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2328569
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015