TARIAN REJANG BE'UH

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

0

Video

tiada

Pelawat Hari ini

80

Jumlah Pelawat

99

Pengenalan dan sejarah

Rejang Be'uh adalah tarian etnik Bidayuh yang biasanya ditarikan selepas musim menuai merupakan sebuah ekspresi kegembiraan dan keraian serta hiburan komunal untuk tetamu rumah panjang. Tarian ini mengisahkan wira Bidayuh bernama Madu Ujong yang diperintahkan oleh Raja Bintang untuk berjuang dengan burung legenda langit dikenali sebagai Tingkilang Raman. Kejayaannya menentang burung legenda tersebut akan membolehkannya layak untuk berkahwin dengan anak perempuan raja bernama Dara Buda.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Biasanya ditarikan oleh dua orang penari lelaki dengan tangan terhulur seakan-akan meniru pergerakan helang. Mereka menari mengikut rentak irama gendang dan gong, serta turut diiringi alunan loceng kecil yang tergantung di sekitar kaki mereka.


Gerak tari dalam tarian ini menggambarkan gerak Madu Ujong dan Tingkilang Raman yang sedang bertarung mengalahkan lawan masing-masing. Mereka adalah penari-penari utama, menari dari setiap hujung serambi bergerak ke arah lawan masing-masing dalam pelbagai gaya. Setiap kali bertemu mereka akan membuat formasi menukik iaitu gerakan sekan terbang terjun arah ke bawah dengan kepala dalam gerakan yang cepat seolah-olah menyerang lawan.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

https://www.sarawakfocus.com/blog/world-of-arts-2/rejang-beuh-warriors-taking-to-the-skies-24 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!