Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TEATER RANDAI
Seni Persembahan >Teater
Gambar
28
Video
ada
Pelawat Hari ini
74
Jumlah Pelawat
1531
Pengenalan dan sejarah
Randai berasal daripada perkataan merandai yang bererti
mengarang atau melingkari suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang
hilang. Terdapat pelbagai versi tentang asal-usul kesenian Randai ini. Randai
dipercayai bermula dari satu cabang seni masyarakat Minangkabau Sumatera, di
Indonesia, sebelum tersebar luas melalui penghijrahan masyarakat Minang ke
Negeri Sembilan, Malaysia.
Randai
menggabungkan elemen tari, muzik, jenaka dan lakonan dalam setiap
persembahannya. Setiap gerak lakonnya bergerak di atas pola bulatan dengan
diiringi gerak seni bela diri, tarian rakyat dan juga nyanyian. Berbeza dengan
Randai di Sumatera Barat, Randai di Negeri Sembilan mengandungi lagu wajib
seperti lagu buka gelanggang iaitu lagu Budu Landai, Cantik Manis dan
Anak Bocek. Persembahan Randai disertai oleh lebih kurang 20 orang anak
randai yang akan menyampaikan cerita atau ‘kaba’ dan ‘bakaba’ (bercerita dalam
bentuk kiasan dan perumpamaan).
Pada masa kini, Randai sering dipersembah dalam majlis dan acara rasmi Kerajaan Negeri juga
untuk tontonan masyarakat. Semoga keunikan teater tradisional Randai ini akan
terus kekal sebagai warisan seni budaya dan dikenali di peringkat antarabangsa.
Pada masa kini, teater Randai dimainkan oleh ‘anak
randai’ lelaki dan wanita yang memakai busana masyarakat Minang. Mereka juga
memakai seluar gelembung yang berfungsi menghasilkan bunyi tepukan.
Encik Kamarul bin Ibrahim merupakan penerima Anugerah Penggiat Seni Tari
tahun 2013 oleh JKKN Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang pengarah teater,
muzik dan tari yang berpengalaman selama 52 tahun dalam mengadakan persembahan
di dalam dan luar negeri.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
ii. Tokoh: En Kamarul Bin Ibrahim
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Rosdianah binti Roman
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
06-767 6793/763 6308 / 761 0593
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

No 14 Taman Desa Rhu, Lorong Desa Rhu 2, 70400 Sikamat





