Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 226

Susunan :

NGAJAT INDU

Seni Persembahan >Tarian

Perkataan indu yang disebut sebagai induk, bermaksud wanita dalam bahasa Iban. Oleh itu tarian Ngajat Indu adalah sejenis tarian yang ditarikan sepenuhnya oleh golongan wanita dalam kalangan etnik tersebut. Sehubungan itu, elemen utama dalam tarian ini adalah nilai kelembutan dan kesopanan wanita Iban selain memaparkan dengan jelas akan kehalusan seni budaya serta adat istiadat komuniti peribumi berkenaan.

• 1

• 751

TARIAN KLASIK INDIA SG PETANI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian klasik India di Sungai Petani, Kedah, mempunyai sejarah yang kaya dan berkait rapat dengan migrasi masyarakat India ke Tanah Melayu, khususnya pada abad ke-19 dan ke-20. Tarian ini, yang merangkumi pelbagai bentuk seperti Bharatanatyam, Kathak, dan Odissi, dibawa bersama oleh pendatang India yang tiba sebagai pekerja di ladang dan juga pedagang. Tarian klasik ini bukan sahaja dianggap sebagai satu bentuk seni, tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan cerita epik seperti Ramayana dan Mahabharata, serta untuk melaksanakan ritual keagamaan dalam kuil Hindu.

Di Sungai Petani, tradisi tarian ini berkembang pesat dengan penubuhan pelbagai institusi seni dan budaya yang bertujuan memelihara warisan tersebut.

• 0
• 609

KANJET

Seni Persembahan >Tarian

Dalam bahasa suku Kenyah yang merupakan sebuah etnik Orang Ulu di Sarawak, Kanjet bermaksud tarian. Justeru Kanjet adalah tarian yang begitu identikal kepada suku kaum Kenyah. Selain Kanjet, tarian ini juga disebut Tuut, Saga Ngarang atau Nyivan dalam bahasa Kayan-Kenyah. Ringkasnya, kesemua istilah terebut semuanya merujuk kepada maksud yang sama iaitu tarian atau menari.

Kanjet boleh dipersembahkan untuk pelbagai tujuan dan acara termasuklah upacara ritual, majlis selamat datang atau sebagai hiburan semata-mata. Tarian ini mempunyai pergerakan yang lemah gemalai memaparkan kesopanan dan sifat-sifat harmoni, anggun dan unik. Gerak tarinya ternyata penuh dengan keseimbangan dan keindahan, terutamanya dalam mengekspresikan sifat kepahlawanan dan keharmonian dalam kehidupan harian etnik berkenaan.

Kanjet lahir dan berkembang menerusi sejarah kebudayaan etnik Orang Ulu itu sendiri yang mengamalkan budaya memburu kepala musuh atau mengayau. Tarian ini juga begitu kuat dipengaruhi oleh fenomena alam sekitar selain keyakinan terhadap mimpi dan pengaruh dalam sistem kepercayaan tradisi. Upacara sebelum dan selepas mengayau contohnya, telah melahirkan gerak tari yang menggambarkan pergerakan dan ketangkasan pahlawan ketika mengayau sedang dilakukan. Justeru, para penari lelaki sering mempamerkan ketangkasan dan kelincahan serta kegagahan dalam persembahan manakala penari wanita lebih banyak menyerlahkan kelembutan dan kehalusan dalam gerak tarinya.

• 0

• 508

TARIAN BUBU MENARI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Bubu atau Luka Menari  merupakan salah satu tarian rakyat yang popular di negeri Perak. Kesenian ini dipercayai telah berusia lebih daripada 120 tahun yang berasal di Kampong Tanjong Bidara, Teluk Intan, Perak. Bubu atau lukah merupakan peralatan menangkap ikan yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dulu. Jenis Bubu yang digunakan dalam tarian ini, adalah Bubu Jantung yang diperbuat daripada buluh dan rotan berukuran empat (4) kaki tinggi dan satu (1) kaki lebar.

Terdapat pelbagai mitos yang berkaitan dengan asal usul tarian Bubu Menari. Salah satu versis mitos yang paling popular ialah kisah mengenai tiga orang pemuda yang tersesat di dalam hutan semasa menjalankan aktiviti membubu di sungai. Dalam keadaan penat dan putus asa mencari jalan keluar, mereka tiba di sebuah kawasan lapang dan terlihat seorang wanita misteri sedang menyanyi di atas pokok berdekatan. Para pemuda itu menghampiri wanita tersebut dan bertanya arah jalan keluar dari hutan berkenaan. Dengan bimbingan wanita itu, mereka akhirnya berjaya menemui jalan pulang.

Sebagai tanda kenangan terhadap peristiwa pertemuan dengan wanita misteri itu, mereka mencipta sebuah bubu yang dihias menyerupai seorang wanita. Bahagian kepala bubu tersebut diperbuat daripada tempurung kelapa yang disolek agar menyerupai wajah wanita. Semasa mempersembahkan bubu itu, mereka turut menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh wanita misteri tersebut. Tradisi ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah tarian yang dikenali sebagai Bubu Menari dan terus diamalkan oleh penduduk Kampung Tanjong Bidara sehingga ke hari ini.

Namun begitu, tarian Bubu dipercayai telah diasaskan oleh seorang bomoh bernama Pandak Keladi yang telah telah memperkembangkan tarian ini hingga ke beberapa generasi. Beliau bersama para nelayan terdahulu telah bersepakat untuk menjalankan ritual kesyukuran setiap kali balik daripada menuai hasil Bubu mereka. Ritual kesyukuran ini dimulakan dengan menghias bubu dengan pakaian wanita kerana Pandak Keladi telah menerima bayangan ini melalui mimpinya. Kemudian, mantera dibacakan sambil orang-orang yang memegang bubu menghayun ke kiri dan kanan. Usai mantera dibacakan, dipercayai Bubu tersebut dirasuki semangat makhluk halus dan akan bergerak menari sendiri dengan rancaknya tanpa perlu dipegang oleh orang lain.

Sehingga hari ini tarian Bubu yang asal masih dipraktikkan, namun tarian ini telah diberi nafas baru bersesuaian hukum agama Islam yang tidak memberikan tujuan syirik atau kepercayaan tahyul. Dalam konteks persembahanya pula ia disesuaikan dengan kerangka persembahan moden masa kini agar terus diterima oleh masyarakat.

• 13
• 403

REBANA PERAK

Seni Persembahan >Muzik

Rebana Perak merupakan salah satu permainan alat muzik tradisional yang sangat terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan, khususnya di kawasan persisiran Sungai Perak merangkumi daerah Kuala Kangsar hingga ke selatan di daerah Bagan Datoh.

Perkataan Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘Rab’ bermakna ‘pukulan’ dan ‘Na’ bermakna ‘kami’. Justeru, rebana membawa maksud ‘pukulan kami’. Alat muzik ini sering dimainkan dalam majlis-majlis tertentu dan mempunyai persamaan dengan permainan kompang, terutamanya dari segi kesesuaian majlis di mana ia dipersembahkan.

Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara Rebana Perak dan kompang, antaranya dari segi saiz dan bahan pembuatannya. Rebana Perak mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding kompang, dengan bahagian pemalu yang diperbuat daripada kulit kerbau atau lembu, berbeza dengan kompang yang menggunakan kulit kambing. Secara fizikal, Rebana Perak berbentuk bulat dengan diameter antara 25 sentimeter hingga 32 sentimeter dan ketinggian antara 11 sentimeter hingga 14 sentimeter. Beratnya juga agak signifikan, di mana sesetengah rebana mampu mencapai sehingga 4 kilogram sebiji.

• 2
• 1260

TARIAN MENGARANG MENYAK

Seni Persembahan >Tarian

Mengarang Menyak adalah tarian etnik Melanau. Tarian ini menggambarkan kehidupan masyarakat ini yang tinggal di pesisiran pantai Sarawak, dan adalah simbolik kepada proses menyak iaitu salah satu cara dalam penghasilan tepung sagu disebut sei dalam bahasa tempatan.

Gerak tarian ini meliputi semua kegiatan pemprosesan tepung sagu dari memotong, mengikis dan menginjak atau memijak rumbia untuk mengeluarkan intinya yang dikenali sebagai tepung lemantak sehingga terhasilnya sagu. Tarian ini juga menggambarkan semangat kerjasama antara lelaki dan wanita yang bekerja dalam keadaan harmoni dan gembira semasa melaksanakan tugas harian mereka.

• 0

• 398

DONDANG SAYANG

Seni Persembahan >Muzik

Foto 1: Persembahan Dondang Sayang

Sumber: Jabatan Warisan Negara

Dondang Sayang merupakan sejenis seni persembahan tradisional Melayu yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis di Melaka. Istilah “dondang” membawa maksud menghiburkan hati, manakala “sayang” merujuk kepada kasih atau cinta, justeru secara literalnya, Dondang Sayang bermaksud “nyanyian kasih sayang”. Nyanyian ini sangat unik kerana digabungkan dengan pantun Melayu, yang dilagukan secara berbalas oleh dua penyanyi yang pada kebiasanya oleh lelaki dan wanita.

Meneliti sejarah, Dondang Sayang dipercayai berasal dari nyanyian istana zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada ketika itu, nyanyian ini merupakan puji-pujian terhadap kebesaran kerajaan dan dipersembahkan kepada para pedagang asing yang singgah ke Melaka. Selepas kejatuhan kerajaan tersebut, seni ini terus berkembang dan keluar dari lingkungan istana melalui usaha para pembesar yang menaruh minat untuk mengekalkannya. Dondang Sayang kemudian diterima sebagai seni rakyat, menghiburkan masyarakat dalam pelbagai acara sosial dan keraian.

Antara kisah yang sering dikaitkan dengan asal-usul populariti Dondang Sayang ialah kisah Wan Benai yang dikatakan telah menghiburkan Sang Nila Utama dengan nyanyian berentak dondang sayang dan pantun kasih sayang ketika mereka berkelah di Tanjung Bemban. Nyanyian ini diiringi oleh pembesar dan isteri mereka, dan menarik perhatian orang kampung yang turut menyertai sama ada dengan menyanyi atau mengikut bunyinya. Fenomena ini menyumbang kepada penyebaran dan penerimaan Dondang Sayang dalam kalangan masyarakat awam.

Selain itu, Dondang Sayang dianggap sebagai balada cinta, iaitu satu bentuk nyanyian untuk menyampaikan perasaan kasih, rindu, nasihat atau jenaka melalui pantun yang disampaikan secara spontan dan kreatif. Keindahan dan kekuatan persembahan terletak pada kecekapan penyanyinya dalam menjual dan membeli pantun, menjadikannya satu bentuk hiburan intelektual dan seni budaya lisan yang tinggi nilainya. Kualiti persembahan sangat bergantung pada kepantasan berfikir dan kepakaran dalam menyusun bait pantun yang bernas, berseni dan bersahaja.

Pada masa kini, Dondang Sayang terus dipelihara sebagai warisan budaya tidak ketara. Ia sering dipersembahkan dalam pelbagai majlis seperti perkahwinan, perhimpunan komuniti, pesta budaya, dan acara pelancongan. Malahan, pelbagai aktiviti dan latihan turut dianjurkan oleh institusi kebudayaan untuk memastikan seni ini terus diwarisi oleh generasi muda. Mengiktiraf nilai dan kepentingannya, UNESCO telah mengiktiraf Dondang Sayang sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 29 November 2018. Jabatan Warisan Negara juga telah mengenal pasti empat jenis Dondang Sayang utama di Malaysia, iaitu Dondang Sayang Melaka, Dondang Sayang Baba Peranakan, Dondang Sayang Tanjung Penyengat, dan Dondang Sayang Pulau Pinang.

• 5
• 2047

PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL CAKLEMPONG

Seni Persembahan >Muzik

Muzik tradisional Caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil Caklempong sebagai Taklempong.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat dalam kalangan masyarakat Minangkabau. 'Cak' bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala 'Lempong' bermaksud bunyi paluan bonang.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Dalam amalan tradisi zaman dahulu, selain daripada bertujuan sebagai hiburan acara keramaian, Caklempong turut memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Pada masa dahulu, terdapat lima nada Caklempong iaitu do, re, mi, so dan la. Walau bagaimanapun, bermula tahun 1970, permainan muzik Caklempong di Negeri Sembilan dikembangkan menjadi enam nada iaitu, do, re, mi, fa, so , la, ti, dan do.<o:p></o:p>

• 26
• 986

TARIAN GOBEK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Gobek ini diilhamkan daripada kehidupan orang-orang tua yang menggunakan gobek untuk melumatkan sirih pinang. Keindahan pada tarian ini terletak pada melodinya dan kelembutan gerak tari penari wanita dan lelaki ketika menggunakan gobek sebagai alatan utama tarian. Sejarah awal Tarian Gobek dikaitkan dengan zaman pemerintahan Kesultanan Kedah, di mana ia dipersembahkan dalam majlis diraja, terutama dalam sambutan perayaan dan upacara rasmi. Tarian ini terkenal dengan gerakannya yang bertenaga dan dinamik, mencerminkan sifat gotong-royong dan kerjasama dalam kehidupan masyarakat tradisional.

• 0
• 422

GENDANG 24 MUSIM

Seni Persembahan >Muzik

Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim. Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina.

Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988.

Persembahan pertama ensemble ini hanya menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai, pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15 gendang untuk melengkapkan ensemble ini.

• 1

• 2073

NGAJAT LESONG

Seni Persembahan >Tarian

Dalam kalangan etnik Iban, Tarian Ngajat Lesong juga disebut sebagai Ngajat Ngetup Lesong atau Ngajat Manggum Lesong dipersembahkan oleh penari lelaki sahaja. Tarian ini menarik dan begitu istimewa menerusi penggunaan alatan lesung penumbuk padi dalam persembahan di samping mencabar kekuatan, kegagahan dan kemahiran penarinya.

• 1

• 1179

MUZIK KOMPANG JAWA

Seni Persembahan >Muzik

Muzik kompang Jawa atau turut dikenali Kompang Tiga di Malaysia berasal daripada tradisi masyarakat Jawa yang berhijrah ke Malaysia khususnya pada abad ke-19 ini dibawa oleh pendatang Jawa yang menetap di negeri seperti Johor dan Selangor. Kompang Jawa telah berkembang menjadi iringan muzik  dalam acara keagamaan, adat istiadat, dan acara umum seperti perkahwinan, majlis berkhatan, dan jamuan. Irama kompang yang dimainkan secara berkumpulan melambangkan semangat muhibbah dan sering diiringi lagu-lagu pujian dan doa, menunjukkan fungsi kompang sebagai alat penyatuan dan penyebarluasan nilai-nilai budaya Islam di Malaysia

• 1

• 635