Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

ALAT MUZIK ENGKERURAI

Seni Persembahan >Muzik

Alat muzik kaum Iban yang begitu ikonik kepada seni muzik tradisi ialah Engkerurai. Alat muzik ini termasuk dalam kelompok aerofon iaitu alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari hembusan atau getaran udara pada rongga alat. Dengan kata lain, engkurai merupakan alat muzik yang perlu ditiup untuk menghasilkan bunyi. Alat muzik masyarakat Iban ini diperbuat daripada labu dan buluh yang biasanya dimainkan secara solo.

Engkerurai yang dikatakan lengkap mempunyai gabungan binaan antara  sebiji labu jenis tangkong yang dipasangkan dengan tujuh batang buluh berbeza saiz dan ukuran kepanjangannya. Bagi menghasilkan alat muzik engkurai, akar labu yang masak perlu dipisahkan dari buahnya sementara isi lau atau isi dalam dikeluarkan agar membentuk ruang rongga di dalam labu. Labu yang berongga ini kemudiannya dijemur dengan teliti sehingga benar-benar kering dan keras. Setelah itu, bahagian dalam rongga labu akan dibersihkan sehingga menjadi benar-benar kosong di dalamnya.  Setelah labu benar-benar kering dan keras, bahagian atas labu tersebut akan ditebuk bagi membolehkan pangkal kesemua tujuh batang buluh dapat disambung dan dimasukkan ke dalam labu. Sementara itu, hujung leher labu pula akan dipotong sebagai tempat meniupnya.

Penyediaan dan penentuan bunyi ruding yakni lelidah adalah penting untuk mengolah bunyi yang bakal dikeluarkan oleh sesebuah Engkerurai. Oleh itu, tumpa yang dibuat daripada campuran perak dan tembaga digunakan untuk membuat ruding. Hanya enam daripada tujuh hujung buluh Engkerurai akan dipasangkan ruding untuk mengeluarkan nada bunyi yang berbeza. Manakala buluh yang terakhir iaitu yang ketujuh akan menjadi penahan dan pengejap bagi buluh-buluh lain yang diikat mengelilinginya. Kesemua tujuh batang buluh ini dimasukkan secara bersekali dalam satu ikatan kukuh ke dalam labu. Namun begitu, rudingnya tidak boleh mencecah bahagian bawah dasar di dalam labu tersebut. Pada keliling lubang labu yang dimasukkan buluh tersebut pula perlu disapu dan dilekatkan dengan engkelulut iaitu sejenis gam atau damar asli yang diperoleh dari sarang kelulut. Dengan cara ini, tekanan udara di dalam labu yang ditiup menerusi buluh tidak akan bocor atau terkeluar dari celah lubang labu tersebut.

Setelah proses pembuatan dan pemasangan ini selesai, pemuzik akan meniup engkerurai bagi tujuan menguji dan menentukan bunyinya. Engkerurai pada umumnya dimainkan oleh pemuzik secara duduk dengan menghembus atau menyedut udara melalui lubang di hujung leher labu untuk mengeluarkan bunyi.  Sementara itu pada masa yang ama jari jemari pemuzik  akan menyentuh lubang-lubang pada buluh bagi menghasilkan nada bunyi yang dikehendaki.

• 1

• 3274

LAGU BERPUKONG (MENIDURKAN BAYI)

Seni Persembahan >Muzik

Berpukong atau berpokong merupakan salah satu adat tradisional menidurkan bayi dalam masyarakat Melayu Banjar yang sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Dalam amalan ini, bayi ditidurkan dalam posisi duduk dengan badan diikat kemas menggunakan kain hingga ke paras tengkuk, manakala kedua-dua kakinya dibiarkan terlunjur keluar dari buaian. Semasa buaian diayun, ibu-ibu akan mengalunkan Lagu Berpukong dalam dialek Banjar, diselang-seli dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Lagu Berpukong adalah salah satu bentuk tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu Banjar. Lagu ini tidak ditulis dalam bentuk teks, tetapi hanya disampaikan secara lisan, menjadikannya elemen penting dalam warisan budaya yang bersifat oral. Liriknya bukan sahaja mencerminkan kehidupan masyarakat masa lampau tetapi juga berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan pujian, hasrat, dan doa. Dalam tradisi ini, ibu-ibu mendoakan agar anak-anak mereka kelak menjadi individu yang beriman, berbakti kepada ibu bapa, serta berguna kepada bangsa dan negara.

Adat Berpukong dan Lagu Berpukong menggambarkan keunikan nilai budaya masyarakat Banjar, di mana elemen keagamaan, seni, dan tradisi digabungkan untuk menyemai kasih sayang, nilai moral, dan identiti budaya dalam kalangan generasi muda. Amalan ini menjadi bukti warisan budaya yang kaya, menghubungkan masyarakat Banjar dengan akar sejarah dan identiti tradisional mereka.

• 7
• 1581
16

TARIAN WEK JONGAN

Seni Persembahan >Tarian

Lagu dan tarian wek jonggan bermula daripada kisah kehidupan sebuah keluarga etnik Salako yang tinggal di kawasan pedalaman pada suatu ketika  dahulu. Keluarga ini terdiri daripada tiga ahli keluarga iaitu Si bapa bernama Ambujakng dan Si ibu bernama wek jonggan manakala si Anak bernama Si Aching. Keluarga ini adalah  keluarga petani yang bekerja mengusahakan tanaman padi.

Alkisah bermula dengan kesedihan apabila si Ayah meninggal dunia dan selang beberapa waktu selepas itu diikuti Si Ibu pula meninggal dunia. Tinggallah Si Aching  seorang diri sebagai anak yatim piatu.  Dalam emosi yang hiba dan sedih , Si Aching kerap kali menziarahi pusara kedua orang tuanya. Di pusara itu, Si Aching meluahkan perasaan hibanya dalam mengenang kehidupannya sebagai sebatang kara, tetapi masih meneruskan kerja kerja bertanam padi. Jerih payah dan suka dukanya telah diluahkan dalam kata kata yang penuh emosi di pusara kedua orang tuanya.

Luahan kata-kata serta dan langkah kaki si Aching berkeliling di sekitar pusara orang tuanya telah diciptakan menjadi lirik lagu wek jonggan serta langkah tarian  kawan-kawan Si Aching adalah bagi memujuknya dalam menghadapi  kesedihan dan kedukaan. Justeru itu, bersesuaian dengan peradaban masa, lagu wek jonggan dan seni tari wek jonggan dikemaskini menjadi tarian kebudayaan etnik Salako untuk tujuan sebagai hiburan terutama pada waktu sambutan perayaan yang berkaitan padi atau untuk menyambut kehadiran tetamu dalam majlis-majlis tertentu sebagai tanda kegembiraan. Maka sampai ke hari ini, etnik Salako  masih tetap mengekalkan tarian We’Jonggan dalam gerak tari proses bertanam padi  sebagai cerminan budaya dan adat leluhur etnik Salako.

• 16
• 2777

TARIAN JOGET TRILA LILA BABA NYONYA

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Joget Trila Lila adalah kesenian yang menjadi identiti masyarakat Baba Nyonya di negeri Melaka. Etnik Baba Nyonya berasal daripada perantau Cina yang menjalankan aktiviti perdagangan di Tanah Melayu, yang kemudian berasimilasi dengan masyarakat tempatan melalui perkahwinan. Maka lahirlah etnik yang dikenali sebagai Baba Nyonya atau masyarakat Peranakan. Etnik ini mengamalkan cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, antaranya menerusi bahasa yang digunakan, pemakaian baju kebaya serta tarian joget (Sohaimi et. al, 2017). <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Tarian Joget Trila Lila diserap daripada gerak tari joget Melayu dan disesuaikan dengan budaya etnik Baba Nyonya, antaranya dapat dilihat menerusi aspek dialek dan penggunaan prop. Uniknya, tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita yang dipanggil Nyonya. Lagunya berentak agak rancak namun gerak tarinya masih mengekalkan kesopanan dan kesantunan wanita Baba Nyonya.

<o:p></o:p>

Tarian ini merupakan satu medium hiburan kepada masyarakat di samping berfungsi memperkenalkan budaya masyarakat Baba Nyonya Melaka. Tarian ini  sering diadakan semasa acara keramaian dan sambutan perayaan.

<o:p></o:p>

• 22
• 4752

TARIAN ZAPIN ARAB

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin  ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

• 0

• 6499

TARIAN BAKANJAR

Seni Persembahan >Tarian

Bakanjar merupakan salah satu tarian tradisional yang berasal daripada etnik Dusun suku Tatana di Daerah Kuala Penyu, Sabah. Tarian ini menggambarkan seni mempertahankan diri dan keberanian yang menjadikannya sejenis tarian perang dalam budaya suku Tatana. Ia hanya ditarikan oleh kaum lelaki kerana ia mempamerkan pergerakan yang dinamik dan simbolik sehingga sering dipersembahkan dalam pelbagai majlis, khususnya semasa acara perkahwinan. Selain melambangkan semangat kepahlawanan, Bakanjar juga berfungsi sebagai lambang penghormatan kepada tradisi dan warisan nenek moyang suku Tatana sehingga ia diangkat menjadi inspirasi kepada Festival Odou Bakanjar yang diraikan setiap tahun oleh kumpulan etnik Dusun Tatana di daerah Kuala Penyu.

• 4

• 2435

MUZIK MELAYU ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Asal Usul Gendang Pahang merupakan salah satu elemen muzik tradisional yang sangat penting dalam kebudayaan Melayu di negeri Pahang, Malaysia. Gendang ini memainkan peranan utama dalam pelbagai persembahan seni dan adat resam masyarakat Pahang. Ia memiliki sejarah dan evolusi yang panjang, yang mencerminkan perpaduan budaya Melayu dengan pengaruh luar, serta adaptasi muzik tradisional dengan elemen tempatan. Sejarah

Gendang Pahang dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang dengan pesat di negeri Pahang selepas itu. Ia adalah sebahagian daripada tradisi muzik Melayu yang lebih luas, tetapi dengan keunikan dan kekhususan dalam cara permainan, gaya irama, dan penggunaannya dalam masyarakat Pahang.

Pada asalnya, gendang Pahang digunakan dalam pelbagai acara penting masyarakat Melayu Pahang, seperti upacara perkahwinan, perayaan, dan acara keagamaan. Ia menjadi alat muzik utama dalam persembahan seni seperti mak yong, kuda kepang, dikir barat, dan tarian tradisional yang lain.

• 1

• 3742

TARIAN MELENGGOK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Melenggok merupakan tarian tradisional bagi masyarakat Cocos iaitu etnik minoriti di Sabah yang kebanyakannya mendiami daerah Tawau dan Lahad Datu. Mengikut sejarah, tarian ini berasal dari Kepulauan Cocos (Keeling), Australia yang mempunyai sejarah migrasi panjang serta hubungan erat dengan masyarakat tempatan di Sabah pada awal abad ke-20 (Romtie et al., 2021). Tarian ini khusus ditarikan oleh penari lelaki sahaja dengan perbuatan ‘Melenggok’ yang membawa maksud ‘bergoyang-goyang’ atau ‘meliuk-liuk’ tubuh badan yang terinspirasi oleh pergerakan burung-burung di pesisir pantai, diiringi dengan elemen gerak Silat pada awal persembahan serta gabungan gerak tarian dansa Cocos yang menghentak-hentak kaki sambil menepuk-nepuk tangan.

• 4

• 1678

MUZIK TUMBUK KALANG

Seni Persembahan >Muzik

Tumbuk Kalang dikategorikan sebagai muzik tradisional Negeri Sembilan dan dahulunya dijadikan sebagai permainan rakyat di Negeri Sembilan. Terkenal khususnya di daerah Tampin, Inas, Gunung Pasir dan Rembau, Tumbuk Kalang dimainkan oleh golongan pesawah ketika mengemping padi terutama pada waktu malam bulan mengambang. Setelah penat menuai dan membanting padi pada siang hari, mereka berkumpul untuk mengemping padi, sambil menikmati irama Tumbuk Kalang. Biasanya mereka akan berpantun dan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan ialah lagu tumbuk emping, kuda berontak, petang-petang dan gogar bacang<o:p></o:p>

• 17
• 2999

SILAT KURA-KURA

Seni Persembahan >Teater

Silat Kura-Kura merupakan seni bela diri tradisional yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, yang muncul pada abad ke-19. Seni ini diasaskan oleh seorang guru silat yang mendapat inspirasi daripada perkelahian dua ekor kura-kura semasa bertapa di gua Hulu Paka. Gerakan unik kura-kura tersebut, seperti melindungi diri dan menyerang dengan kawalan yang strategik, diadaptasi menjadi teknik seni bela diri ini. Tok Ibrahim Hussin, sebagai pengasas utama, mewariskan pengetahuan ini kepada pelajarnya Yunus Mamat, yang kemudiannya mempromosikan seni ini di Kampung Menerong, Kuala Berang.

Latihan Silat Kura-Kura biasanya dijalankan di kawasan berpasir seperti tepi sungai, yang menyerupai habitat kura-kura. Tokoh seperti Mohamad Razali bin Ismail juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan seni ini sehingga kini, dengan murid-muridnya terdapat di luar Terengganu, termasuk Johor, Kelantan, dan Singapura. Silat ini pernah dipersembahkan dalam acara besar seperti persembahan budaya di Singapura dan semasa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Hulu Terengganu.

Walau bagaimanapun, Silat Kura-Kura menghadapi cabaran dalam kelangsungannya. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir, persaingan daripada seni silat moden seperti Pencak Silat, serta kurangnya pendedahan melalui media dan platform pertandingan menyebabkan seni ini kian dilupakan. Generasi muda lebih cenderung kepada aktiviti moden yang lebih mudah dipelajari dan dinamik. Untuk memastikan kelangsungan seni ini, beberapa langkah pemeliharaan perlu diambil. Antaranya adalah mengadakan bengkel latihan dan kelas untuk generasi muda, mendokumentasikan sejarah dan teknik Silat Kura-Kura melalui filem dan buku, serta mempromosikannya melalui media sosial dan acara kebudayaan. Kerjasama antara kerajaan, swasta, dan institusi pendidikan juga penting untuk memasukkan elemen Silat Kura-Kura dalam kurikulum seni dan budaya. Dengan langkah ini, Silat Kura-Kura dapat terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang, sekaligus memperkukuhkan identiti budaya Melayu di mata dunia.

• 1

• 1839

DENDANG SITI FATIMAH

Seni Persembahan >Muzik

Dendang Siti Fatimah merupakan sebuah syair tradisional yang sarat dengan nilai-nilai keislaman dan kemanusiaan. Dendangan ini menjadi amat popular di negeri Perak terutamanya ketika adat Berendoi (adat naik buai)ataupun masjlis cukur jambul.

Berakar umbi dari Tanah Arab, syair ini dipercayai bermula sejak zaman Rasulullah SAW, dilagukan oleh sembilan bidadari untuk anakanda-anakanda baginda. Syair ini kemudiannya diwarisi oleh Saiyidatina Fatimah az-Zahra, yang mendendangkannya kepada anak-anaknya, Saidina Hassan dan Saidina Hussin, untuk menidurkan mereka. Sejak itu, syair ini dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah, melambangkan kasih sayang dan kelembutan seorang ibu.

Seni kata asal syair ini disusun dalam bahasa Arab dan mengandungi puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Ia juga menyentuh aspek kehidupan seorang ibu, bermula dari saat kehamilan, kesulitan melahirkan, sehingga kepada pengorbanan membesarkan anak. Dendangan ini turut mengandungi pesan-pesan nasihat yang mendalam, mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menghargai ibu bapa serta menjunjung nilai kasih sayang dan rasa syukur.

Di Nusantara, Dendang Siti Fatimah telah melalui proses asimilasi budaya, di mana lirik-liriknya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diolah sesuai dengan budaya setempat. Walaupun mengalami adaptasi, ia tetap mengekalkan intipati keindahan dan pesan moral yang menjadi tunjang warisan seni ini. Kini, Dendang Siti Fatimah bukan sekadar sebuah syair, tetapi simbol warisan seni yang menghubungkan generasi masa kini dengan nilai-nilai tradisi dan agama di negeri Perak.

• 3
• 2028

TARIAN ASYIK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Asyik yang adalah dipersembah di istana raja-raja Kelantan dan Pattani, Selatan Thai adalah tarian klasik yang berasal dari Kelantan. Biasanya tarian ini ditarikan di hadapan Raja dan Permaisuri. Tarian ini berasal daripada kisah seorang raja yang memelihara seekor burung. Tetapi burung kesayangan baginda tersebut telah terlepas. Setelah sekian lama menunggu, namun burung tersebut tidak kembali. Akhirnya, raja memerintahkan agar sebuah gerak tari dicipta menyerupai gerak-geri burung kesayangannya itu.    <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Gerak tari utama yang telah dicipta terdiri daripada gerak duduk bersimpuh dengan pergerakan yang membayangkan ‘seekor burung’, ‘ombak laut’, dan ‘gajah beranak’. Pada masa kini, terdapat beberapa perubahan dalam tarian ini iaitu penari memakai pakaian penuh bertutup, dan daripada posisi duduk bersimpuh kepada posisi badan yang sedikit bangun.<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Tarian Asyik merupakan salah satu tarian tradisional di negeri Kelantan yang perlu dikekalkan dan dipelihara keasliannya agar tidak lenyap dalam peredaran zaman moden. <o:p></o:p>

• 9
• 7233