Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ALAT MUZIK TURALI
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
2
Video
tiada
Pelawat Hari ini
23
Jumlah Pelawat
594
Pengenalan dan sejarah
Turali juga dikenali dengan nama Turahi dalam subdialek Tambunan dan Tuahi dalam dialek Penampang merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam kategori aerofon jenis seruling. Turali adalah sejenis seruling hidung yang unik kerana dimainkan dengan hembusan melalui hidung, menjadikannya berbeza daripada kebanyakan alat muzik tiupan lain.
Turali diperbuat daripada buluh Sumbiling dengan ukuran kira-kira 30 - 40 sentimeter panjang, di mana hujungnya ditebuk lubang untuk meniup yang dikenali sebagai lubang Pogunian. Manakala pada bahagian batang akan mempunyai empat lubang untuk menghasilkan pelbagai nada. Lubang belakang dikenali sebagai lubang Pongirusan yang dikendalikan oleh ibu jari, sementara tiga lubang di bahagian hadapan dikenali sebagai lubang Mokorudu yang dikendalikan oleh jari lain.
Secara tradisional, Turali dimainkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun dalam keadaan berduka, terutamanya ketika menghadapi musibah seperti kematian, sebagai iringan kepada perasaan sedih dan penghormatan. Irama muziknya sering meniru melodi pelbagai lagu dan bacaan ritual di mana ia dikaitkan dengan rasa kesayuan dan biasanya dimainkan sebagai ekspresi diri yang sedang bersedih apabila terkenang ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Menurut pantang larang etnik ini, Turali tidak boleh dimainkan ketika berlakuknya kematian sehingga dalam tempoh berkabung. Ia hanya boleh dimainkan lebih dari 6 bulan atau ketika hari memperingati kematian. Namun, seiring dengan perkembangan dunia kontemporari masa kini, ia tidak lagi terhad kepada upacara berduka sahaja kerana ia sering dimaikan dalam majlis keramaian seperti sambutan perayaan tradisional atau menyambut ketibaan tetamu-tetamu penting.
-
-
-
-
Sumber Rujukan
Pugh-Kitingan, J. (2017). Sources, sounds and meanings of Turali (Noseflute) music in Dusunic cultures of Sabah. Malaysian Journal of Music, 6(2), 1–28. https://doi.org/10.37134/mjm.vol6.2.1.2017
Pugh-Kitingan, J. (2012). Kadazan Dusun. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Borneo Ensemble. (2024). Universiti Malaysia Sabah
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!