Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH BUGIS MANDI
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
16
Pengenalan dan sejarah
Kuih Bugis Mandi, yang dikenali juga sebagai Kuih Badak Berendam atau Kuih Puteri Mandi di beberapa negeri lain, merupakan salah satu kuih tradisional etnik Bugis di Selangor. Kuih ini cukup mudah disediakan di rumah, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bebola kuih, inti kelapa, dan kuahnya.
Berikut adalah fungsi dan peranan Kuih Bugis Mandi:
Warisan Tradisi: Kuih ini menjadi simbol budaya masyarakat Bugis di Selangor, menjaga warisan kulinari etnik tersebut.
Pengukuhan Identiti: Kuih Bugis Mandi membantu memperkuat identiti dan rasa bangga dalam kalangan komuniti Bugis melalui hidangan tradisi.
Hidangan Acara: Selalunya disajikan semasa acara tradisional seperti kenduri dan perayaan, melambangkan semangat kebersamaan.
Mudah Disediakan: Kelebihan kuih ini juga terletak pada cara penyediaannya yang mudah, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dibuat di rumah.
Memupuk Nilai Tradisi: Penyediaan kuih ini bersama keluarga menggalakkan kerjasama dan penghargaan terhadap tradisi yang diwarisi turun-temurun.
Bahan-bahan untuk membuat kuih:
· 360g tepung pulut
· 320ml santan cair
· 1 sudu besar tepung ubi
· 1 sudu teh gula halus
· sedikit pewarna hijau atau warna-warna lain mengikut pilihan sendiri
Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa:
· 50 ml air
· 3 sudu besar gula pasir
· Sekeping gula melaka/merah
· 2 helai daun pandan
· 1 sudu besar tepung gandung
· Kepala parut bahagian putih sahaja
Bahan-bahan untuk kuah:
· 700 ml santan pekat (1 kelapa)
· 2 sudu besar tepung pulut
· 1 helai daun pandan, disimpulkan
· garam secukupnya
Cara Memasak
· Adun semua bahan kuih menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Bahagikan dah tambah sedikit pewarna dan uli hingga sebati.
· Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan dengan inti kelapa parut manis dengan gula merah.
· Jerangkan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah siap diuli dan dimasukkan inti sehingga timbul.
· Angkat dan masukkan dalam bekas dan tuangkan kuah santan ke atas kuih. Siap untuk hidangan.
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
JKKN Selangor. (2024). Makanan Tradisional Kuih Bugis Mandi. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/759/pengenalan
Selangor Kini. (2024) Juadah Tradisi Gamit Nostalgia Ramaddan. Kueh Bugis Mandi. https://arkib.selangorkini.my/tag/kuih-bugis-mandi/
Tokoh (jika ada temu bual tokoh)
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Ahmad Zaimy bin Mohd Yusoff
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat,
Kompleks IDCC Shah Alam
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15
40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN
03-5543 1654 /1763