KUIH BUGIS MANDI
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kuih Bugis Mandi atau di sesetengah negeri lain dikenali sebagai Kuih Badak Berendam atau Kuih Puteri Mandi, adalah salah satu kuih tradisi etnik Bugis di Selangor. Kuih ini sangat mudah untuk dihasilkan di rumah dan terbahagi kepada bebola kuih, inti kelapa dan kuahnya.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat kuih:

·         360g tepung pulut

·         320ml santan cair

·         1 sudu besar tepung ubi

·         1 sudu teh gula halus

·         sedikit pewarna hijau atau warna-warna lain mengikut pilihan sendiri

 

Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa:

·         50 ml air

·         3 sudu besar gula pasir

·         Sekeping gula melaka/merah

·         2 helai daun pandan

·         1 sudu besar tepung gandung

·         Kepala parut bahagian putih sahaja

 

Bahan-bahan untuk kuah:

·         700 ml santan pekat (1 kelapa)

·         2 sudu besar tepung pulut

·         1 helai daun pandan, disimpulkan

·         garam secukupnya

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Cara Memasak

·         Adun semua bahan kuih menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Bahagikan dah tambah sedikit pewarna dan uli hingga sebati.

·         Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan dengan inti kelapa parut manis dengan gula merah.

·         Jerangkan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah siap diuli dan dimasukkan inti sehingga timbul.

·         Angkat dan masukkan dalam bekas dan tuangkan kuah santan ke atas kuih. Siap untuk hidangan.

Sumber Rujukan

i.      Bahan


ii. Tokoh: Temu bual bersama dengan  Puan Sa’diah Mohamed Topir telah diadakan pada 26/9/2023 di Pekan Kuala Selangor, Taman Kuala Selangor.


Sumber: Rakaman video pembuatan Kuih Bugis Mandi pada 26/9/2023 di Pekan Kuala Selangor


Sumber: Temu bual dengan pengusaha Pn Sa’diah binti Mohamed Topir pada 28/9/2023 di Pekan Kuala Selangor

Lokasi