JERUK MAMAN

Makanan Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

8

Jumlah Pelawat

442

Pengenalan dan sejarah

Tumbuhan maman, atau nama saintifknya Cleome Gynandra, adalah sejenis tumbuhan renek yang hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang. Maman mudah tumbuh secara meliar terutamanya di kawasan tanah rata yang dibakar. Hidupan ini bertambah subur jika ditabur penggalak benihnya, selain tanah yang dibakar menjadi salah satu kaedah utama. Pucuk atau daun muda daripada tumbuhan maman ini sekian lama telah menjadi kulinari tradisional negeri Perlis. Terdapat dua jenis pokok maman, iaitu maman putih dan maman merah. Daun maman dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya pula enak dijadikan pencicah ikan bakar. Daun maman kaya dengan sumber vitamin c dan baik untuk pesakit anemia dan reumatisme. 


Fungsi dan Peranan

- Kulinari tradisional negeri Perlis

- Sayuran yang mampu membantu mencegah penyakit anemia dan reumatisme

- Tinggi probiotik

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

2 ikat daun maman 

1 senduk nasi sejuk

1 sudu besar garam

2 cawan air


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

- Terdapat beberapa kaedah membersihkan maman, antaranya memotong akar daun maman, lalu daunnya direndam untuk membuang pasir-pasir halus. Setelah itu, rendam seketika dengan air garam. 

- Ada juga yang meramas maman dengan garam kasar sehingga layu, kemudian menjemurnya di bawah sinar matahari sehingga sedikit kering. 

- Setelah maman dicuci, barulah proses menjeruk atau penapaian dilakukan iaitu dengan:


1. Kisar nasi sejuk bersama air tadi sehingga halus. Tapis airnya.

2. Masukkan daun maman ke dalam balang, curahkan air tapisan nasi tadi ke dalamnya.

3. Masukkan beberapa tangkai cili padi.

4. Tutup dengan rapi dan peramkan selama 3 hari.

5. Sekiranya maman sudah cukup masam dalam tempoh tiga hari, maka maman boleh dihidangkan bersama hirisan bawang merah atau bawang besar serta cili padi.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

https://perlisfoodie.wixsite.com/perlisfoodie/perlis-traditional-food

https://geopark.perlis.gov.my/tour-item/makanan-tradisi/ 

https://wanitakelantan.com/khasiat-pokok-maman/ 


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas