GENDANG BURDAH

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

58

Pengenalan dan sejarah

Gendang Burdah merupakan kesenian tempatan Sarawak dalam kategori muzik yang hanya terdapat di Sri Aman khususnya kalangan masyarakat Melayu. 


Dikir Burdah telah mula diperkenalkan oleh seorang pendakwah Islam yang datang dari Tanah Arab yang bernama Sheikh Hj. Abd. Karim. Beliau telah bergiat dalam menyebarkan ajaran agama Islam di Sambas, Pontianak, Indonesia. Melalui dakwah, beliau turut mengajar seni Dikir Burdah kepada penduduk setempat. Pada mulanya, Dikir Burdah hanya dipersembahkan di surau ketika menunggu masuknya waktu solat Isyak, iaitu antara ruang masa selepas solat Maghrib dan sebelum masuknya waktu solat Isyak. Setelah sekian lama, amalan dikir ini telah mendapat pandangan jemaah surau untuk dijadikan sebuah persembahan dan aktiviti harian penduduk setempat. Salah seorang daripada anak murid pendakwah tersebut iaitu Sheikh Haji Abdul Rahman yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab meneruskan amalan Dikir Burdah ini. 


Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Seni persembahan ini menggabungkan nyanyian dengan alunan  muzik daripada rentak pukulan gendang. Pada asalnya, alunan dan nyanyian Gendang Burdah ini diadunkan dengan lenggok tarian namun akibat ketiadaan pelapis yang boleh menjadi pewaris, tarian tersebut kian ditinggalkan dan luput hingga kini.


Burdah sebenarnya adalah zikir yang diperoleh daripada kitab marhaban dan berzanji masyarakat tradisi. Dengan diserikan oleh alunan muzik daripada gendang, zikir yang terdapat pada satu muka surat dalam halaman kitab biasanya dilagukan ketika guru agama dan muridnya berehat sebentar semasa pembelajaran agama Islam berlangsung. Gendang yang digunakan dalam zikir ini terdiri daripada empat saiz berlainan yang berbeza bilangannya bergantung kepada jumlah ahli kumpulan iaitu  antara 15 hingga 30 orang. Lagu-lagu yang didendangkan pula lebih cenderung kepada zikir dan selawat Nabi contohnya ‘Astaghfir’ dan ‘Mali’. Lagu-lagu ini juga sering kali ditokok tambah dengan lagu-lagu rakyat tradisional. Namun begitu akibat peredaran zaman dan pemodenan, lagu-lagu baharu dan moden telah semakin banyak dinyanyikan semasa persembahan Gendang Burdah pada hari ini. Sehingga hari ini seni muzik Gendang Burdah sering kali dipersembahkan dalam majlis khusus seperti perkahwinan, kesyukuran dan cukur jambul, serta menyambut orang kenamaan.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan

Mawar Suhaila Haji Ab Razak & Noria Anak Tugang, “Nilai Estetika Seni Dikir         Burdah Di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak” JMS Vol. 4 Issue 1 (2021): 173 – 205

https://journalarticle.ukm.my/13128/1/28659-87545-1-SM.pdf


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!