WAYANG KULIT JAWA

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

3

Video

tiada

Pelawat Hari ini

6

Jumlah Pelawat

76

Pengenalan dan sejarah

Wayang Kulit Jawa adalah salah satu seni persembahan tradisi yang hanya terdapat di Kampung Sungai Nibong, Sekinchan, Daerah Sabak Bernam. Wayang kulit Jawa dibawa dari Jawa Tengah ke Daerah Sabak Bernam pada tahun 1948 oleh Hj. Jaafar bin Marto. Kini hanya tinggal seorang sahaja Tok Dalang iaitu Hj Mukhti bin Hj Rais. Menurut beliau  Allahyarham Hj. Jaafar bin Marto merupakan seorang tok dalang, malah beliau individu penting yang mengasaskan kegiatan seni Wayang Kulit Jawa di Daerah Sabak Bernam, Selangor.

Pada masa kini Wayang Kulit Jawa di Kg tersebut berhadapan dengan isu kepupusan dan wajar dipugari Kembali. Wayang kulit Jawa ini mempunyai keunikan tersendiri kerana terkandung elemen muzik, lagu, seni berbahasa dan seni lakon yang mempunyai unsur penyampaian mesej, cerita dan lawak jenaka tersendiri. Kini hanya terdapat seorang sahaja Tok Dalang/ Penggiat yang masih hidup iaitu Hj Mukhtis bin Hj Rais. Terdapat satu Kumpulan sahaja yang masih ada iaitu Persatuan Seni budaya Warisan Gamelan & Wayang Kulit Parit 11.

Peralatan/ Bahan-Bahan

- Bonang Barong

- Kenong

- Bonang penerus

- Gendang

- Gong

- Saron

- Selentem

- Demong

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Ahmad Zaimy bin Mohd Yusoff

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat, Kompleks IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN

03-5543 1654 /1763

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!