NGAJAT INDU

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

21

Jumlah Pelawat

149

Pengenalan dan sejarah

Perkataan indu yang disebut sebagai induk, bermaksud wanita dalam bahasa Iban. Oleh itu tarian Ngajat Indu adalah sejenis tarian yang ditarikan sepenuhnya oleh golongan wanita dalam kalangan etnik tersebut. Sehubungan itu, elemen utama dalam tarian ini adalah nilai kelembutan dan kesopanan wanita Iban selain memaparkan dengan jelas akan kehalusan seni budaya serta adat istiadat komuniti peribumi berkenaan.

Fungsi dan Peranan

Gerak tari Ngajat Indu amat sarat dengan maksud dan mesej yang tersirat selain mengekspresikan aktiviti kehidupan harian masyarakat Iban yang melalui setiap gerak langkah dalam tarian ini. Adalah amat ketara adanya pergerakan beraspirasikan pembuatan pua kumbu iaitu sejenis kain tenunan warisan kaum Iban Sarawak. Kerja menenun pua kumbu merupakan kepandaian dan kemahiran yang begitu signifikan dalam kalangan wanita Iban. Tarian ini biasanya dipersembahkan ketika sambutan Hari Gawai dan majlis-majlis kebudayaan di Sarawak. Tarian ini juga diselingkan dengan Tarian Ngajat Lesung yang ditarikan golongan lelaki.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

-

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!