Search Filters
Tapisan Carian
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211
Susunan :
TARIAN SI TUBAU
Seni Persembahan >Tarian
Si Tubau adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Iranun di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran. Nama tarian ini diambil daripada istilah “Tubau” yang bermaksud “kain tenun” iaitu sebuah hasil seni tekstil yang menjadi kebanggaan etnik Iranun. Kain tenun ini dihasilkan untuk menjadi baju, skirt, tuala, selendang dan seluar. “Si Tubau” pula secara khusus merujuk kepada “Si Tukang Tenun”, iaitu individu yang mahir dalam seni menenun kain tradisional ini. Disebabkan itu, kebanyakan pergerakan dalam tarian ini mempamerkan gerak-gerak seperti seseorang yang sedang menenun kain.
• 1
• 2365
TARIAN MONGIGOL SUMUNDAI
Seni Persembahan >Tarian
Tarian Mongigol Sumundai merupakan tarian tradisional yang kaya dengan elemen budaya dan simbolisme bagi masyarakat etnik Rungus yang kebanyakannya mendiami kawasan utara Sabah khususnya di daerah Kudat serta daerah kecil Matunggong. Tarian Mongigol merupakan gerak tari khusus bagi penari lelaki, sementara tarian Sumundai pula adalah khusus ditarikan oleh penari Wanita. Namun, kedua-dua tarian ini dipersembahkan secara serentak, di mana penari lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan.  Secara umumnya, tarian ini boleh dikategorikan sebagai tarian imitasi kerana ia meniru pergerakan objek-objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik Rungus pada zaman dahulu (Pangayan, 2020).  Pada masa kini, tarian Mongigol Sumundai sering dipersembahkan dalam pelbagai acara perayaan, khususnya semasa Pesta Kaamatan, Pesta Magahau atau upacara ritual sebagai tanda kesyukuran atas hasil pertanian.
• 4
• 3742
MAIN PETERI
Seni Persembahan >Muzik
Main Peteri, atau disebut juga sebagai Main Teghi dalam dialek Kelantan, adalah salah satu kesenian autentik di negeri ini. Kesenian ini adalah salah satu kaedah perubatan tradisi paling popular dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak lama dahulu. Diakui bahawa sukar untuk mengasingkan aspek seni persembahan dan ritual perubatan dalam kesenian ini kerana terdapat pertalian rapat antara kedua-dua unsur itu. <o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Terdapat pelbagai versi berkaitan asal-usul Main Peteri yang boleh dijadikan sumber maklumat, namun kerana ketiadaan rekod-rekod yang tepat maka sumber lisan adalah satu-satunya rujukan yang ada.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Daripada sudut persembahan, Main Peteri dilihat sebagai sebuah kesenian yang menarik kerana ia menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik, dengan unsur Islam, magis dan ritual. Tok Teghi iaitu ketua kumpulan bertindak sebagai perantara bagi menghubungkan pesakit dengan angin atau semangat yang diseru. Ketika proses ini berlangsung, Tok Teghi akan mengalami perubahan watak; menjadi bengis dan garang, menjadi orang tua nyanyuk, pemuda cacat, bersuara sengau dan pelbagai watak lain bagi menggambarkan sakit yang ditanggung oleh pesakit.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Seni persembahan Main Peteri merupakan persembahan kesenian yang jarang dipersembah di luar Kelantan. Dengan itu, persembahan ini seharusnya diperluas agar masyarakat luar dapat mengetahui kesenian ini, seterusnya dikekalkan sebagai warisan masa depan.<o:p></o:p>
• 9
• 5117
TEATER TRADISONAL MENORA (KELANTAN)
Seni Persembahan >Teater
Menora adalah salah satu seni budaya warisan yang berasal dari wilayah Narathiwat, Selatan Thailand, dan telah lama menjadi sebahagian daripada budaya Kelantan. Seni yang turut dikenali sebagai “Manora” dalam bahasa Thai ini merupakan sejenis teater tari rakyat yang menggabungkan unsur-unsur ritual, gerak tari, muzik instrumental, nyanyian, serta lakonan yang berunsur cerita. Walaupun berasal dari Thailand, Menora kini turut dipersembahkan di Kelantan dan beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia, menjadikannya suatu lambang kebudayaan rentas sempadan yang unik.
• 1
• 3281
TARIAN ZAPIN KORES
Seni Persembahan >Tarian
Tarian Zapin Kores merupakan salah satu warisan seni zapin Melayu yang unik dan berasal dari Kampung Kores, Batu Pahat, Johor. Nama "Kores" berasal daripada istilah yang menggambarkan lekok-lekok sungai yang menyerupai bentuk lok keris. Kesenian ini menggambarkan kesinambungan tradisi yang diolah berdasarkan nilai estetika tempatan.
Zapin Kores diperkenalkan oleh Haji Husin Ahmad yang mempelajari seni zapin daripada seorang penduduk kampung, Dollah Pak Besar. Dollah Pak Besar, seorang peniaga buah pinang, kerap berulang-alik ke Sumatera, Indonesia untuk urusan perniagaan. Semasa lawatannya, beliau sempat mendalami seni zapin di sana dan membawanya pulang ke Kampung Kores dengan variasi serta gaya yang disesuaikan dengan konteks budaya setempat.
• 0
• 2257
IGAL-IGAL
Seni Persembahan >Tarian
Igal-igal merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Bajau Laut terutamanya di pantai timur Sabah iaitu Semporna. Kata dasar “Igal” membawa maksud “Tari”, di mana terminologi ini sering dikaitkan dengan sebutan perkataan yang merujuk kepada ‘perbuatan’ tari seperti;
Jadual 1: Terminologi kata dasar “Igal”<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
No.<o:p></o:p>
Sebutan<o:p></o:p>
Deskripsi<o:p></o:p>
Angigal / Ngigal<o:p></o:p>
Bermaksud ‘menari’ – ditujukan untuk satu orang.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Contoh: “Bai na ka angigal?”<o:p></o:p>
Maksud: “Sudahkah kau/kamu menari?”<o:p></o:p>
Magigal<o:p></o:p>
Bermaksud ‘menari’ – ditujukan kepada lebih daripada satu orang<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Contoh: “Bai na kam Magigal?”<o:p></o:p>
Maksud: “Sudahkah kamu semua menari?”<o:p></o:p>
Igalan<o:p></o:p>
Bermaksud ‘tarian’ – ditujukan untuk seseorang atau lebih dari satu orang
Contoh: “Lanuknah igalan nuh” ~ ditujukan kepada seseorang<o:p></o:p>
Maksud: “Cantiknya tarian mu”<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Contoh: “Lanuknah igalan bih” ~ ditujukan kepada lebih daripada satu orang<o:p></o:p>
Maksud: “Cantiknya tarian kamu” <o:p></o:p>
Sehubungan dengan itu, secara umumnya dapat dirumuskan makna sejagat bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna, memahami “Igal” dengan maksud “menari” dan jika disebut “Igal-Igal” maka maksudnya adalah “tari menari”. Perkataan ini dipercayai telah diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris “Eagle” yang bermaksud helang, dan kerana itulah pergerakan Igal-igal ini dikatakan seperti helang yang sedang terbang.
Secara tradisional, kewujudan tarian Igal-Igal dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna mempunyai sejarah yang panjang dan mendalam. Salah satu versi asal usul nama "Igal" yang berkait dengan perkataan “Eagle” menceritakan bagaimana suatu ketika dahulu, komuniti Bajau Laut yang hidup secara nomad di atas lepa (perahu tradisional) sering melihat burung helang berterbangan menangkap ikan. Anak-anak kecil di atas lepa kemudiannya meniru pergerakan anggun burung helang tersebut sambil diiringi dengan muzik kulintangan dan gong. Suasana menjadi begitu meriah sehingga keluarga-keluarga dari lepa lain turut serta menarikan tarian ini, yang akhirnya diwarisi dan kekal hingga ke hari ini.
Versi yang lain pula menjelaskan kewujudan Igal-Igal telah dibawa oleh masyarakat Bajau Ubian dari Pulau Tabawan, kawasan Ubian Selatan  dalam wilayah Tawi-Tawi. Pulau ini terletak di Laut Celebes yang sangat berdekatan dengan kawasan pantai timur sabah meliputi daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Menurut cerita orang tempatan, orang-orang Ubian daripada Fiipina ini telah berhijrah ke Sabah sebelum negeri ini menyertai Malaysia pada tahun 1963, lalu mulai menetap di daerah Semporna yang dikenali sebagai Tong Talun ketika itu. Semuanya berkembang dan asimilasi budaya berlaku sehingga salah satu identiti budaya itu adalah Igal-Igal.
Versi lain pula menjelaskan bahawa Igal-Igal telah dibawa oleh masyarakat Bajau Ubian dari Pulau Tabawan, yang terletak di wilayah Ubian Selatan, Tawi-Tawi, Filipina. Pulau ini berada Perairan Celebes dan sangat hampir dengan pantai timur Sabah khususnya daerah Semporna, Kunak, dan Lahad Datu. Menurut cerita penduduk tempatan, masyarakat Ubian dari Filipina ini telah berhijrah ke Sabah sebelum penyertaan negeri tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Mereka mula menetap di Semporna, yang ketika itu dikenali sebagai Tong Talun. Seiring berjalannya waktu, budaya mereka berkembang dan melalui proses asimilasi, sehingga menjadikan tarian Igal-Igal sebagai salah satu identiti budaya yang kekal hingga kini dan nama khusus tarian ini juga turut dikenali sebagai “Igal Tabawan”.
Walaupun terdapat pelbagai versi yang menceritakan asal-usul tarian ini, Igal-Igal kini telah menjadi identiti ikonik bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna sebagai lambang warisan budaya  yang unik dan berharga. Tarian ini bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan komuniti Bajau sendiri, tetapi juga telah meraih populariti di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Ia bukan sekadar tarian tetapi juga simbol perpaduan, tradisi, dan kebanggaan budaya yang terus dipelihara.
• 5
• 9416
ALAT MUZIK TONGKUNGON
Seni Persembahan >Muzik
Tongkungon ialah Ziter Tiub Idiokordik yang popular dalam kalangan masyarakat etnik Kadazan-Dusun khususnya di daerah Tambunan, Penampang dan Tuaran. Ia tergolong dalam kategori Kordofon yang diperbuat daripada batang buluh “Poring” iaitu sejenis buluh bersaiz besar dengan ukuran panjang di antara 40 hingga 50 sentimeter yang mempunyai tali daripada kulit buluh itu sendiri.
Tongkungon sebenarnya adalah alat muzik alternatif untuk menggantikan Gong yang perlu dimainkan oleh peramai pemuzik. Namun begitu, jika menggunakan Tongkungon, hanya seorang pemuzik sahaja yang digunakan dan ia mewakili semua resonans bunyi gong tersebut. Oleh hal yang demikian, jumlah bilangan tali yang terdapat pada sebuah Tongkungon adalah mewakili ensembel gong. Sebagai contoh, ensembel gong daripada daerah Penampang iaitu ‘Sompogogungan’ mempunyai enam jenis gong maka Tongkungon daripada daerah ini lazimnya mempunyai enam utas tali. Manakala Tongkungon dari daerah Tambunan pula adalah terdiri daripada tujuh utas tali kerana ensembel gongnya iaitu ‘Sopogandangan’  mempunyai tujuh jenis gong. Setiap utas tali ini juga diberikan nama seperti jenis gong tersebut iaitu ‘Bobogon’, ‘Tagung Tolombou’, ‘Tagung Tohison’, ‘Kuribadon’, ‘Kutou Kutowon’, ‘Tawag’ dan ‘Tongtoangon’.
• 1
• 2155
Tarian Sigar Tolak Bala
Seni Persembahan >Tarian
Tarian Sigar Tulak Bala merupakan salah satu warisan budaya penting dalam kalangan masyarakat etnik Bidayuh di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan selepas berakhirnya musim menuai sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan dan kepercayaan tradisional bagi menghalau roh-roh penyakit yang dipercayai berkunjung ke kampung. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh, kemunculan makhluk halus yang dikenali sebagai “Mindo Ngolah” bersama jelmaan roh-roh yang dipercayai mampu membawa penyakit, malapetaka, serta kesialan kepada penduduk sekiranya tidak ditangani melalui ritual tertentu.
Sepanjang pelaksanaan ritual ini, “Tua Gawai” iaitu ketua upacara yang dipercayai memiliki kebolehan untuk berinteraksi serta melihat kehadiran umot-mindo (roh-roh) akan memimpin tarian bersama sekumpulan penari. Dalam gerakan tarian tersebut, para penari akan meniru suara “Umot-Mindo” sebagai usaha untuk menenangkan, memujuk, dan mengiringi roh-roh tersebut supaya kembali ke habitat asal mereka di lautan, mengikuti Mindo Ngolah dalam keadaan gembira dan tenteram.
Pelaksanaan upacara ini turut melibatkan penggunaan beberapa objek ritual seperti kelapa muda, mayang bai, lilin yang diperbuat daripada minyak kelapa panyut, bakul anyaman buluh yang disebut sebagai “Taya”, serta replika perahu yang dikenali sebagai “Ajung”. Di dalam Taya dan Ajung tersebut akan dimuatkan pelbagai jenis makanan yang dikenali sebagai “Sadis” untuk santapan kepada roh-roh berkenaan. Selain berperanan dalam usaha menolak bala penyakit yang menimpa manusia, tarian ini turut diamalkan dalam usaha menghalau penyakit tanaman dan perosak padi.
• 13
• 4310
TARIAN ZAPIN PULAU
Seni Persembahan >Tarian
Zapin Pulau, khususnya dari Pulau Tioman dan Pulau Aur di Mersing, Johor, merupakan variasi tarian zapin yang unik, mencerminkan identiti budaya komuniti pulau tersebut. Tarian ini diwarisi dan dipelihara oleh tokoh-tokoh tempatan yang berperanan penting dalam mengekalkan keasliannya.
• 0
• 2490
NGAJAT BEBUNOH
Seni Persembahan >Tarian
Ngajat Bebunoh adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum lelaki etnik Iban. Tarian ini adalah peniruan atau pengulangan langkah oleh penari, menggambarkan situasi semasa menghadapi musuh dan juga ketika mengadakan aktiviti harian seperti berburu.
Tarian ini memaparkan dua orang pahlawan Iban yang sedang beradu kekuatan dalam perlawanan bersenjata untuk memperolehi status dan pengiktirafan di rumah panjang. Dengan berpakaian tradisi, lengkap bersenjatakan parang ilang dan perisai, pahlawan-pahlawan ini mempamerkan kemahiran dan ketangkasan untuk menewaskan lawan mereka.
• 0
• 3097
TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN (WPKL)
Seni Persembahan >Teater
Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Teater bangsawan dipengaruhi dari pementasan teater Wayang Parsi atau Mendu yang melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India ketika dulu. Pada tahun 1870-an, sebuah rombongan drama dari India, dikenali sebagai "Rombongan Wayang Parsi" atau "Mendu," datang ke Pulau Pinang untuk mempersembahkan lakonan mereka. Rombongan ini terdiri daripada pelakon lelaki dan perempuan yang mahir menyanyi, berlakon, dan menari. Teater Bangsawan mencapai zaman kemasyhurannya sekitar akhir tahun 1890-an, dengan memuncaknya bermula pada tahun 1911. Namun, teater ini mengalami kemerosotan pada awal 1940-an sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan mula hilang populariti pada tahun 1950-an. Selepas itu, beberapa kumpulan kecil masih mementaskan Bangsawan dalam majlis kecil secara undangan, tetapi tidak bertahan lama. Pada tahun 1990-an, dengan adanya Panggung Negara dan Istana Budaya, teater Bangsawan mula diterbitkan semula oleh kedua-dua agensi ini untuk memelihara seni budaya negara. Bangsawan kembali aktif dalam usaha melestarikan teater tradisional, di mana persembahannya semakin konsisten di bawah sokongan kerajaan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama melalui program Semarak Bangsawan, yang dimulakan pada tahun 2007 dan berterusan hingga kini.
• 1
• 4259
TARIAN DANSA COCOS
Seni Persembahan >Tarian
Dansa Cocos merupakan tarian paling popular dalam kalangan masyarakat etnik Cocos, sebuah kumpulan etnik minoriti yang menetap di daerah Tawau, Sabah. Istilah 'Dansa' itu sendiri berasal daripada perkataan Inggeris 'Dance', yang bermaksud tarian atau menari. Tarian ini mempunyai sejarah panjang yang bermula dengan kedatangan anak-anak kapal dagang Inggeris yang pertama kali tiba di Kepulauan Cocos pada tahun 1826. Alexander Hare, seorang perintis pelayaran Inggeris pada ketika itu memainkan peranan penting dalam memperkenalkan tarian ini melalui interaksi dengan anak-anak kapal dan penduduk tempatan. Kemudian, pada tahun 1827, Clunies Ross meneruskan pelayaran tersebut dan membawa pekerja dari beberapa kawasan di Nusantara seperti Melaka, Betawi (Jakarta), dan Banjarmasin. Bersama-sama dengan mereka, datanglah pengaruh budaya yang mencorakkan bentuk awal tarian Dansa Cocos. Tarian ini kemudian berkembang menjadi salah satu elemen penting dalam kesenian dan dan kebudayaan masyarakat etnik Cocos.
• 5
• 2305