Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN MENGARANG MENYAK
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
5
Jumlah Pelawat
21
Pengenalan dan sejarah
Mengarang Menyak adalah tarian etnik Melanau. Tarian ini menggambarkan kehidupan masyarakat ini yang tinggal di pesisiran pantai Sarawak, dan adalah simbolik kepada proses menyak iaitu salah satu cara dalam penghasilan tepung sagu disebut sei dalam bahasa tempatan.
Gerak tarian ini meliputi semua kegiatan pemprosesan tepung sagu dari memotong, mengikis dan menginjak atau memijak rumbia untuk mengeluarkan intinya yang dikenali sebagai tepung lemantak sehingga terhasilnya sagu. Tarian ini juga menggambarkan semangat kerjasama antara lelaki dan wanita yang bekerja dalam keadaan harmoni dan gembira semasa melaksanakan tugas harian mereka.
-
-
-
Penari mengenakan busana tradisional etnik Melanau yang berwarna hitam yang tidak jauh bezanya dengan pakaian rasmi ketika menghadiri majlis perkahwinan, perayaan atau menyambut tetamu kenamaan. Perbezaannya hanyalah pada potongan panjang lengan, kaki dan penggunaan butang pada baju sahaja. Panjang lengan baju dan kaki seluar adalah tiga suku sahaja daripada ukuran panjang lengan dan kaki penari, yakni pakaian orang kebanyakan dalam melakukan kerja di hutan dan di laut.
-
Sumber Rujukan
i. https://www.sarawakfocus.com/blog/world-of-arts-2/tarian-menyak-melanau-35
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!